PENJENAMAAN SEMULA BLOG PENDAMBA MAWAR

PRINCESS WIDIEA AZIRA

NYAMUK TERBANG | Bila Aku Bosan

Hai PM join segmen, jom PM seru teman teman PM join. Tapi ada 2jam lagi sebelum tutup.haha
Dalam segmen ni kena senaraikan 5 perkara yang PM buat kalau bosan.


Layan Video atau movie
Ini memang utama PM buat kalau da bosan tahap gaban , tambahan internet ni da tak mengizinkan untuk online, memang video lagu ngan movia la jadi santapan utama PM
Main Game PES
Pro evolution soccer. boleh klik link ini untuk lebih lanjut. PES GAME
Gitar
gitar? jangan tanya PM pandai ke tak main gitar, sebab PM akan jawab tak. haha
Kemas bilik
Ni memang PM akan buat kalau bosan tu da tahap tertinggi, kemas bilik je la. tak tahu la nak kemas apa kat bilik PM ni. nak kata bersepah tak la..haha
Baca buku
oh jangan ingat PM ni pemalas nak baca buku, tapi buku apa?haha.. biasanya komik..wakaka. tapi bukan 24 jam ngan komik. kadang kadang buku buku ilmiah la. Dan salah satu buku faveret PM Mukjizat para Nabi dan Rasul. hadiah dari kawan PM dari form 2.

Ok ni la lima perkara PM buat kalau PM bosan .

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Asmara yang membara

Sedang leka aku membelek buku Mutiara Perkahwinan sambil mulut ku mengalunkan bait bait lagu,


Biar ku tanam cinta di hati,
cinta keramat mekar sejati,
cinta mulia setia menanti,
cinta suci dibawa ke mati,

andainya aku akan bertemu,
tiada yang lain hanya dirimu,
segar dimata dihati tak jemu,
seringku puja kusebut namamu.


Tiba tiba pintu bilikku diketuk seseorang , lantas dihulurkan sekeping sampul, bermarna merah. Seperti kita semua tahu jika sebuah surat dalam percintaan surat bermarna merah akan membawa arti " Asmara yang membara" tapi ini sampul surat, fikiranku ketika itu membawa maksud yang sama juga. Hati tertanya tanya siapakah penghantar surat ini terhadapku.
Aku tercari cari siapa gerangan menghatar surat ini kepada ku, adakah kata cinta yang menjadi isi sampul merah tersebut. Hati semakin tak keruan, fikiranku tertanya tanya. dengan berhati hati aku membuka sampul tersebut. Tulisan pada sampul surat seperti ku kenali. Tapi hatiku masih bertanya benarkah 'dia'? .Ternyata benar, sangkaan ku tepat menuju kepada pemilik surat tersebut. Ku amati pemberiannya, bentuk hati bisik ku. aku tersenyum sendiri melihat pemberian nya. oh ya, ku lampirkan gambar sebagai bukti bahawa kataku bukan kata kosong.
Ku cuba menyelak sampul tersebut, kot kot ada coretan buatku tapi takde,mungkin tercicir kot.hahaha..Terima kasih untuk pemberian ini , Saya sangat hargainya. Inilah hadiah pertama untuk hari jadi PM yang bakal tiba.. terima kasih. oh ya. anda mungkin tertanya tanya siapa pemberian siapa? Terima kasih lagi sekali.
My Dear FY
Ps: Mungkin ada yang terima hadiah yang sama. tapi pedulik apa. dia hantar kat PM. mekasih dear. ha klik link atas ni kalau nak gi blog dia.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Peminat Fatin Liyana? rapatkah PM dengan Ben Ashaari?

Hai pembaca blog PM, Kenal Fatin Liyana? kenal Ben Ashaari? Bukan PM cuba menumpang populariti diorang ni tapi entri ni betul betul ada kaitan dengan mereka berdua. Sekarang sudah 6 bulan setengah PM dalam dunia blogging ni banyak blogger yang PM kenal dan mereka berdua ni merupakan blogger terawal yang PM gelarkan popular sebelum ramai lagi blogger blogger popular yang lain PM kenali.
Nah besar punya gambar PM letak, comel kan? sapa tak mahu kenal ngan Fatin Liyana, ramai kot nak kenal. Tambahan dia pun sebaya PM. OK berbalik kepada isu, kenapa dua blogger ni menjadi sebutan PM hari ni? tadi sedang sibuk godek gode entri lama tiba tiba terklik pada link Ben Ashaari dan PM dengan senang hati PM klik link entri tu. eh korang tak tahu erk PM ngan Ben ni kawan baik. haha #bila entah. perasan je lebih. Tapi header blog PM pernah dipilih oleh Ben. PM perhatikan komen untuk entri tu. Salah satu nya tertulis seperti ini.


seperti sedia maklum, blog PM diwujudkan pada 13 April 2011, dan tempoh masa untuk komen tu hanya la sebulan lebih selepas blog ini diwujudkan. Tapi tengok kenyataan komen tu. "Mr Ben, Pendamba ni ke yang suka sangat kat Fatin Liyana tu ke? " Waw ada orang tanya kat  Ben Ashaari tentang PM. haha . Nantikan jugak jawapan Ben untuk soalan tu, tapi takde. ahaha.


Tapi baru sebulan berjinak dalam dunia blog , cam ner dia tahu PM ni suka gila kat Fatin Liyana ni? mungkin disebabkan entri Luahan Untuk Awak atau, entri Cinta 4 segi yang menarik kehadiran Fatin Liyana yang mengaku dia malas dan Yuyu zulaika yang nak pilih PM sebagai calon kekasih dia. Tak percaya? boleh klik link tu.


Apa apa pun secara jujurnya blogger yang pandai buat entri yang dapat menarik perhatian PM untuk membaca memang akan menjadi tempat persinggahan PM. sekarang da setengah tahun PM bersama blog ni.alhamdulillah hasil usaha dan cara blogging PM mendatang kan hasil ada yang dapat terima blog ni walaupun PM ni hanyalah blogger picisan. sekian .mekasih sudi baca entri ni.sudi sudikan untuk komen.
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

99 Perkara mengenai PM

Hai pembaca blog PM, rasanya ini blogger terakhir yang tag PM kot. haha.
33 Perkara pertama
22 Perkara kedua
33 Perkara ketiga
dan kali ni PM akan membahaskan lagi 11 perkara mengenai PM
Bilakah anda memulakan hidup sebagai seorang blogger?
13 April 2011 
Mengapakah anda ingin melibatkan diri dengan dunia blog?
Ingin berkongsi apa sahaja dengan pembaca
Siapakah yang mendorong anda untuk blogging?
Entahlah, PM memang minat menulis. 
Warna apakah yang menjadi tema pada blog anda?
Biru 
Adakah anda memasang iklan di blog anda?
Yup 
Blog siapakah yang anda follow disaat pertama kali anda bergelar blogger?
Tak tahu, tak ingat aih 
seramai manakah follower blog anda?
1367 
Pernahkah anda mendapat komen begini "i follow u,follow me back" ?apakah tindakan anda?
pernah, kalau dia betul follow, pm follow je la dia balik 
Apakah perasaan anda bila membuka blog yang mempunyai music?
Bergantung pada lagu 
Adakah disetiap entry anda mendapat sambutan?komen yang banyak?apakah perasaan anda?
Satu komen sudah cukup buat PM terseyum 
Siapakah blogger pilihan hati anda? dan mengapa?
hati? hihi rahsia 


Soalan ni daripada Lynda.
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Transformasi

PM tak tahu nak tulis apa hari ni jadi...
ni header semalam
ni header petang tadi.tak puas hati lagi.
ni header baru PM
meh komen sikit.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Jana Idea untuk blog?

Hai pembaca blog PM, kali ni kita akan menyelusuri cara untuk jana idea yang PM lakukan untuk setiap entri baru blog PM. Langkah kita mungkin berbeza kerana kita ada cara tersendiri untuk mencanang idea apa yang boleh ditulis dalam blog. Jadi biar PM kongsikan serba sedikit. PM bukan blogger yang mempunyai idea idea power seperti blogger lain. tapi setakat ni blog PM sentiasa update.
Masa
Berapa lama anda menyiapkan satu entri?15minit?30minit? berhari hari? Mungkin kita tak menyedari kepentingan masa dalam menyiapkan sesuatu entri. Masa mempengaruhi kualiti cerita dan penghayatan cerita yang kita cuba kongsikan. PM biasanya ambil 30minit maksima untuk menyiapkan satu entri termasuk, mencari gambar gambar yang sesuai menggunakan google.


Mood
Biasanya ini yang paling penting dalam penulisan ,mood anda. Ok atau tidak. PM sendiri akan menulis ketika mood ok je,kalau tak ok PM tulis gak.haaha. kenapa PM nasihatkan anda ada mood ketika menulis dalam blog?kerana bahasa dan gaya penulisan anda akan berubah kalau anda tidak mempunyai mood. contohnya anda sedang marahkan seseorang, tersangat marah dan pada masa itu anda ambil keputusan untuk menulis dalam blog. alasan melepaskan geram. anda yakin dapat mengawal gaya bahasa yang akan anda gunakan? Jika ya jawapan anda. PM takkan halang anda menulis dalam blog ketika hilang mood.


Jalan Cerita
Penting untuk sesuatu entri mempunyai jalan cerita, apa yang PM dapat perhatikan adalah anda kehilangan arah apabila berada ditengah tengah penceritaan, menulis blog sama seperti menjawab soalan penulisan di dalam peperiksaan, amik masa seminit dua rangka jalan cerita, tak perlu la nak tulis atas kertas bagai, anda rangka dalam pemikiran anda je la. ni nasihat PM kalau anda tak mahu entri anda sentiasa lari dari tajuk.
Daripada mana idea?
Ha ini pun penting, apa yang anda nak tulis?dari mana sumber penulisan anda? bagi PM idea yang paling best untuk dijana adalah melalui persekitaran kita sendiri. Apa yang berlaku disekeliling kita. apa yang terlintas di hadapan kita. sebagai contoh kita melihat budak lelaki satu taman sibuk kacau awek awek yang lalu depan diorang, jadi kita boleh gunakan itu sebagai idea kita, cuma kita olah jalan cerita supaya nampak lebih menarik. bukan niat untuk hipokrit tapi kita harus lah bijak dalam merencanakan sesuatu supaya dapat menarik perhatian orang.
Sesuatu yang dapat menjanakan idea
Ini juga penting, sesuatu yang dapat menjana idea. Apa dia? Bagi PM salah satu perkara yang membantu PM dalam menulis entri adalah lagu, PM suka dengar lagi ketika update entri baru. Walaupun lagu tu tiada kaitan dengan entri kita tapi itu yang menemani PM dalam menyiapkan sesuatu entri. 


Lima perkara yang dapat PM kongsikan untuk menjana entri baru, maaf jika tak dapat terima point point ini. sekadar berkongsi pada yang sudi menerima. sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Hatiku dilukai duri Mawar

Tatkala hujan mencurah di tepian tingkap rumahku, hatiku juga terluka dihiris duri sekuntum mawar.  menjadi impian seorang pendamba memiliki sesuatu yang didambakan kan nya tapi ternyata impian nya kali ini terlalu besar untuk digalasi apatah lagi untuk digapai. Kecewa nya hati bila insan yang didamba mula berubah.


Saat ku tinggalkan dirimu untuk mencapai impian mu, kau mula berubah. sayangmu mula berpaling. cinta mu mula mencari arah baru rindu mu hilang dibawa angin kesepian oh Mawarku kenapa engkau berubah? tak cukupkan kasih sayangku, tak kukuhkah cintaku?tak setiakah pendirian ku memiliki dirimu. Atau kau sengaja mencuba menguji hatiku ini. agar engkau tahu betapa mulianya sayang yang ku semaikan di hatimu agar mekar menjadi kuntuman cinta yang bergitu indah.


Zul tu PM .tanya dia sendiri kenapa dia panggil zul. tengok hadiah lempang yang dia kirimkan. selepas berapa lama tak berbicara bersamanya. kenapa ini yang mawar hadiahkan pada PM. kenapa?
"fine la nak spent kat sini tak bagi kan zul!" nampak ? ada tekanan itonasi yang dibuat untuk ayat tu.maknanya tengah marah tu. Dah pandai marah PM sekarang. tapi PM suh berhenti sebab dia nak exam lusa fokus la pada buku. salah ke.?Tolong lah jelaskan semua ni mawar. kenapa mawar berubah tak seperti dulu lagi.adakah PM yang salah?Terimalah warkah terakhir PM untuk mawar,


Mawarku,
sesungguhnya engkau dilindungi oleh durimu,
kerna itu aku meminati dirimu,
tapi engkau lupa bahawa duri itu juga,
yang telah melukai hatiku,
izinkan aku membawa diriku,
kita putuskan perhubungan kita,
usah kau cari dimana akan ku pergi,
usah kau nanti kata maaf dariku lagi.
tak perlu lagi
perhubungan kita diuji sebergini,
aku sudah pasti dengan semua ini,
pengakhiran hubungan kita hanya sampai disini.
usah kau tangisi warkahku ini,
kerana hanya coretan untuk menambah isi 
diruangan blog ku yang sepi,
bila idea tidak bertandang ke mari,
ku mainkan kata blog yang ku hargai
bukan berniat untuk menipu pembaca blog ini,
tapi sekadar membuatkan kamu tersenyum sendiri
maafkan diri ini,
kerana entri yang kosong ini. 

P/s haha entri promote blog sebenarnya. Jangan salah faham antara kami berdua ok. dia sudah dimiliki.miahaha.klik mana mana gambar untuk ke blg beliau.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

11 Perkara tentang PM

Hai pembaca blog PM jika sebelum ni PM dah menjawab 33 soalan di PAPER 1 dan 22 soalan di PAPER 2 kali ni PM akan menjawab 33 soalan lagi untuk malam yang indah ini. oh ya siapa lagi blogger yang tag PM silakan lah ya.
Cik Najihah Yang Cute
Tengah belaja ke keje ke skolah?
Keje partime je. 
Pencuci muke ape yang korang tengah pakai skang?
Nivea 
Pengalaman paling2 pahit korang penah alami
pahit?makan peria?haha... Duk tengah tengah ribut yang melanda kuala Terengganu. 
Mane lagi bes : bruno mars @ anuar zain?
 2PM la.. eh silap. hurm dua dua tak minat.
Uplod gamba 2 orang yang paling korang sayang
haih. perlu ker?ok..
Ma abah PM

Nak kenal?klik la.


komen sikit blog daku ni 
hurm ok je.. takde pe nak komen. 
pandangan korang tentang daku 
tunggu jumpa dulu. 
mane lagi prefer : celcom berokband @ maxis berokband @ digi @ yang lain?
celcom je 
sape artis yang korang nak sangat2 jumpe
2PM 
artis yang kureng suke
AF 
pandangan korang tentang blogger2 sekarang
Banyak entri copy paste dari FB, Sibuk nak jadi popular, suka buat entri menyakitkan. haha
PUTERI SALJU 
nama samaran anda dalam BLOG & FB
Blog : PM
FB : Faizal Fyzal 
nama sebenar anda (nama penuh ek)
Mohd Faizal Bin Ghazali 
sejak bila start dalam dunia blogging
13 April 2011 
pendapat & komen tentang blog puteri yang burok neh... haha
Lagu je mintak cari player yang bukan autoplay 
asal dari mana & sekarang tinggal kat mana
Terengganu dan Terengganu 
Dah berpunya ke belum (kalau dah berpunya, dah berapa lama kapel atau kawin)
Single lagi .. tapi hati da ada nama. 
blog yang paling korang suka singgah (maybe hampir setiap hari)
Klik Tetamu VVIP saya kat sidebar.  
perangai korang (3 yang positif & 3 yang negatif)
Positif dan negatif : korang nilai la sendiri. 
anak mak atau anak ayah
Anak mak 
anak ke berapa daripada berapa
3 dari 3 
tarikh lahir korang (nak wish neh... ke nak hadiah?? haha)
2 NOVEMBER .. nak hadiah kalau boleh.
KHAIRUNNISAATIKAH
Korang penah korek idung tak ?
pernah 
Lepas korek idung , korang buat ape ? haha
basuh tangan. kalau takde air lap tangan tu 
Kalau korang ade Kuasa Power, ape yang korang buat ?
buat tak tahu je. 
Ape yang korang buat bile ade orang yang kurang siuman kejar korang tak henti2 ? haha
Lari ler dik oiiiiiiii 
Ape perbezaan couple n scandle ? kui3
Ejaan maybe  
Korang ade blog tak ? #sah2 soalan gile . haha
eh takde plak.hahaa 
Bayangkan , korang pi jenjalan . Tibe2 tgh jalan2 depan orang ramai , seluar korang terlondeh . haha . ape korang buat ?
Jap nak bayangkan. 
Mase kecik2 kan , korang suke maen ape ?
bola sepak 
Contoh lah yer , korang tengah sedap2 makan , tetibe gigi palsu orang sebelah jatuh kat dalam makanan korang , ape yg korang akan buat ? teruskan makan ker , b'henti makan or belasah org tu sebab ilangkan selera korang nak makan . haha
Mintak ganti rugi 
korang nie perempuan ker laki ? hehe
lelaki 
ape macam dengan soalan nisa , best tak ? ekeke . Jawab yer .
Susah nye banyak takleh jawab sebab tak study.haha 

Sekian sahaja 33 soalan dari PM.keseluruhan 264 soalan telah PM jawab. Ada lagi nak tag?sila la.haha
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Bisikan Warkah Rindu Buat Zara #1

Part Pengenalan

Dalam diri yang penuh tanda tanya dia menuju pulang kerumah, tiba tiba dalam perjalanan ke rumah... 
Ketika arman sedang leka melangkah beliau disapa oleh seorang gadis. " Assalamualaikum, awak boleh saya tanya? awak tahu tak alamat ni. Saya sesat la. " . Arman merenung wajah gadis tersebut, seakaan terkaku dia melihat gadis tersebut sebelum beliau menjawab sapaan gadis itu. "biar saya tengok. oh tak jauh dari sini, nak saya tunjukkan? Tapi saya pelik la, macam mana awak boleh sesat?dan bawa alamat lagi.? " ujar Arman sambil mereka berdua melangkah menuju ke destinasi yang ingin dicari oleh gadis tersebut. " Saya sedang mencari rumah keluarga saya yang baru berpindah ke sini, sebelum ni saya tinggal dikampung bersama nenek, tapi untuk persekolahan tahun hadapan ibu bapa saya nak saya bersekolah dekat dengan mereka, sebab tahun depan saya nak SPM. " jawab gadis tersebut. "SPM? sebaya la kita. tak sangka. hehe "gelak Arman. 


Tanpa disedari mereka telah sampai ke tempat yang dituju, sebelum Arman mengundur diri untuk pulang ke rumahnya, tiba tiba gadis itu bersuara " Terima kasih sebab sudi hantar saya, oh ya nama awak apa ye, mana tahu lain kali kita berjumpa lagi." tanya gadis tersebut. " nama saya Arman,dan awak? "balas Arman. "oh Arman, awak boleh panggil saya Zara". ringkas jawapan gadis tersebut." ok lah awak da hampir maghrib ni.saya pulang dulu. Jika ada rezeki kita jumpa lagi.".

Selesai makan malam bersama ibunya, Aman pun mula berbual dengan ibunya, "Ibu, tadi arman jumpa seorang budak perempuan dia sesat lepastu arman tunjukkan jalan kat dia, sebab tu terlewat balik rumah, cantik bu." ibu ye segera merenung ke arah anaknya, dan berkata " cantik pun kamu nak buat apa? sekolah dulu jangan nak menggatal." perli ibunya. Kemudian Arman terus menuju ke biliknya, termenung atas katil nya sambil mula mencoret sesuatu di atas kertas.

Mimpi apakah aku ini,
membawa kepada realiti,
Siapa yang ku cari dan siapa pula yang ku temui,
tika aku melihatnya, lidahku bisu tubuhku kaku,
raut wajahnya yang ayu bergitu menarik hatiku
jika diizinkan olehmu,
ingin aku bertemu
dengan dirinya yang mengunci diriku
Suaranya memukau gerak geriku,
bahasanya penyeri kecantikkan isi hatinya
ingin aku mengenali
ingin aku memahami
ingin aku selongkari
tentang dirinya, yang membuatkan mata aku buta
yang membuatkan hati aku tak tentu hala
adakah ini cinta pandang pertama
atau nafsu yang bertapak dijiwa
jika engkau hadirkan dirinya untuk hatiku
kau perkenankanlah doaku untuk mengenali dirinya..

selesai mencoret di lembaran Arman terus berbariing di atas katilnya tanpa disedari terlelap sehingga pagi. dalam kotak fikirannya tiada matlamat lain selain menuju ke taman pada petang itu dengan harapan dapat berjumpa dengan gadis tersebut. hari demi hari, minggu berganti minggu, sehingga la cuti persekolahan tamat, penantian nya setiap petang sangat sangat mengecewakan hatinya kerana tidak kelihatan langsung kelibat gadis tersebut. 


Sesi persekolahan telah pun bermula, kini Arman berada di tahun terakhir persekolahan di mana dia akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini, Dalam fikirannya masih ada terselit raut wajah gadis tersebut, pada hari pertama persekolahan dia hanya termenung dalam kelas, kelekaannya menyebabkan dia tidak menyedari guru kelas membawa masuk seorang pelajar baru ke dalam kelasnya, selepas gadis tersebut memperkenalkan diri  secara serta merta Arman terus merenung ke arah gadis tersebut , ternyata itu Zara yang beliau kenali. Hatinya melonjak kegembiraan dengan kehadiran Zara sebagai pelajar baru dalam kelasnya.

Sejak dari itu mereka berdua semakin rapat, mula bergurau senda bersama, pergi dan pulang ke sekolah bersama sama. Sehinggalah pada bulan ketiga mereka kenal antara satu sama lain.........

P/s bersambung di part ketiga.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Diri ini artis

hai pembaca blog PM, jika entri lepas PM telah menjawa 33 soalan dari 3 orang blogger kali ni, untuk paper seterusnya PM akan menjawab 22 soalan. Ternyata nama PM yang pertama ditag. haha. Mekasih kerana ingat diri ini. PM akan jawab sejujur mungkin.
Adik Comel Pendamba
korang suka buat apa bila cuti ?
Main gitar, layan komik, main game PES dan baca buku. 
Suka warna apa ?
Biru 
cerita BINI-BINIKU GANGSTER best tak ?
Abang pun tak tengok lagi dik. kalau LIBAS memang best. 
Bila korang tengah bengang , cam ne korang nak cover ?
Diam 
korang lagi suka mana , ? MCD , KFC , PIZZA HUT atau MARRYBROWN?
KFC je bagi abg 
Buat soalan-2 macam ni , berbaloi tak ?
Sedikit sebanyak orang tahu tentang owner blog.berbaloi kot. 
Dah berapa lama korang BERBLOGGING ?
6 bulan setengah. 
First time masuk dalam dunia BLOG , apa perasaan korang ?
Blur, tak tahu nak menulis tentang apa. 
Korang suka makan rendang ?
Faveret la,kenapa?nak masakkan untuk abg ker? 
Masa raya aidilfitri hari tu , korang dapat duit raya ?
Dapat la, Abang pertama bagi RM50, abang kedua bagi RM50, Abah bagi RM 50, Makcik Pakcik bagi total RM 70, Jiran jiran datang rumah tak bagi.haha.. kira la banyak mana.
Perindu PM <-- Dia rindu PM 
Pandangan anda mula-mula masuk blog ni?
Pink!mesti awek. 
Anda rasa saya ni peramah ke tak?
Pemarah?ye ker?tak nampak pun pemarah. haha eh! peramah la.. oh.. memang peramah tapi kalau face to face awak mesti pendiam. 
Blog ni berserabut ke dengan benda tak penting?
kalau boleh letak feed blog PM ok gak.haha 
Berat tak nak tunggu blog ni buka?
alhamdulillah ambil penimbang tadi ringan je. campur ngan berat laptop ada la 2kilo lebih. laju dah loading blog awak 
Entry yang saya buat ok ke merapu je?
Buat la entri puji PM baru la tak merapu.hihi 
Apa yang perlu ditambah dalam blog ni?
PM rasa perasa da cukup, kalau tambah bebola ayam sedap jugak tu. eh ingat ni masak masak. bagi PM awak kena buat divider untuk asingkan post dan sidebar jer. 
Apa satu kelemahan blog ni yang anda tak suka?
Gambar Him, haha buang la #kejam. Frust je PM tengok.wahaha 
Kalau diberi pilihan anda nak tak kenal dengan saya?
Mestilah nak. 
Blog ni ada potensi tak untuk orang kenal?
Insyallah jika awak ada impian awak guna kelebihan yang ada pada awak tarik la pembaca. 
Patut tak saya berhenti je buat blog?
Patut. sebab awak tak pernah buat blog. awak menulis blog jer..haha.Jangan la berhenti. 
Penat tak jawab soalan saya ni?
Kalau PM cakap penat awak nak bancuhkan air untuk PM ker? 


Nah 2 set soalan sudah dijawab. siapa lagi tag PM cepat sementara mood ada nak menjawab soalan soalan dari korang ni. Ke nak PM buat segmen kenali diri PM.haha. ingat diri #Retis .sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Exam ke?

Hai Pembaca blog PM, seperti yang kita semua tahu ramai yang join segmen 11 soalan tu kan. Maaflah PM bukan tak nak join,tapi PM tak kreatif cam korang . Tapi untuk tidak menghampakan blogger yang tag nama PM untuk menjawab soalan. PM akan jawab soalan soalan ni. Ini yang anda nak tahu tentang PM kan? jom kita lihat soalan dan jawapan.
Kakak Kembar PM yang PM sayang
Suka warna ape?
Biru 
Sudah ada kekasih/suami/isteri & sila nyatakan nama.haha
Single, Tapi hati ada nama seseorang 
Pernah fail subjek masa sekolah?kalau pernah sila nyatakan.
Pernah, Add math la. 
Dulu wang saku berapa
Sekolah rendah RM1, Tingkatan 1-3 RM3 , Tingkatan 4-5 RM5 , Politeknik RM400 sebulan. 
Pernah ada cinta monyet? siapa cinta pertama korang.
Pernah, member sekolah 
Ape pendapat tentang cinta sebelum kahwin?
Ada baik ada buruk. baik kita dapat kenal isi hati. buruk, kita banyak menghabiskan masa dengan benda tak berfaedah. 
Ada kawan baik tak?
Tak dapat dipastikan selepas ditikam dari belakang. 
Sejak bila buat blog & siapa yang menjadi inspirasi anda
13 April 2011, Fatin Liyana  
Suka binatang ape?
Kucing 
Tajuk lagu kesukaan.
Banyak sangat. Lagu best semua PM layan. Tapi yang menjadi kegemaran Love Like This SS501 ,nasyid dilema cinta ilahi dan perlukah Forheart.
Antara lelaki & perempuan siapa lebih suka merajuk & nyatakan sebab
Sama je. sebab dua dua pandai merajuk. 
Cik Kasih 
Nama penuh korang?
Mohd Faizal Bin Ghazali 
Warna fav?
Biru 
Movie yang paling korang minat?
Taiyao no uta , Kung Fu Dunk.
Lagu yang memberi inspirasi dalam hidup?
Perlukah dan  Dilema Cinta Ilahi - Forheart 
Kata-kata semangat yang paling anda suka?
Jangan salahkan penonton jika stadium kosong sedangkan corak permainan tidak berubah dan tidak bermutu
Ucapan untuk ibu bapa anda?
PM nak mereka bahagia dan sentiasa ketawa. itu je. 
Jika anda seorang pemimpin,apa yang anda akan lakukan untuk negara?
Manipulasi minda rakyat supaya kita sentiasa berada di bumi yang nyata, impian dan angan angan akan tercapai jika usaha dan kerjasaman antara perlbagai pihak dapat dijalankan.  
Nickname anda dalam dunia blog?
Pendamba aka PM 
Blogger idola anda?
- n/a tak ambil siapa pun sebagai idola. Sebab PM buat blog dengan cara PM sendiri.
Haiwan yang paling ditakuti?
burung gagak, labah labah. haha sebab pengaruh filem. 
Benda yang paling dibenci?
Caj tambahan PTPTN 
Cik Beskod
Berapa kali anda mengunyah dalam sehari?
Menguyah =makan ea? 2kali sehari 
Kalau anda ade rm3000 dalam tgn anda nak buat ape?
Tukar fon yang rosak ni , yang balance nak buat perlaburan emas. 
Sejarah dulu dapat berapa time UPSR,PMR n SPM??
Kompom C 
Berapa tangki air liur dah anda bazirkan time tido?
Tak main la air liur. 
Guna shampoo ape? berkesan tak?
Sunsilk. ok je kot. 
Facebook ke twitter? pilih yg mana satu dan kenapa?
Facebook. mudah. 
Kalau anda tau emel n password blog saya, anda nak buat ape?
Delete blog anda.haha #gelak sopan 
Bantal tido anda ada peta dunia x?(air liur basi)
Bantal suci.tak de 




Ok PM da jawab semua soalan. oh ya. Sapa lagi yang tag nama PM dalam game ni? tolong inform.biar PMjawab soalan soalan tu. sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

segmen Boy Vs Girl

Hai kali ni PM nak join satu segmen anjuran Aydah dan Khaz. Segmen Boys vs Girl secara ringkasnya segmen ni untuk melihat pandangan seorang lelaki terhadapa perempuan dan sebaliknya. Waw! segmen cam ni la best, masa ni la anda nak kritik lelaki atau perempuan. Disebabkan ada perkataan ,
kau lelaki ? aku cabar kau buat entry cam ni boleh ? sekian 
PM berbesar hati untuk join.
Klik Je banner untuk join.


Sebagai lelaki PM kena menulis mengenai gegurl la kan?cam tu kot.haha. Kalau ada sebarang ketidakpuashatian terhadap entri ni sila kemukakan di ruangan komen. betulkan kesilapan bicara PM kerana ni pandangan seorang lelaki kepada perempuan. 
mengada vs manja
PM boleh terima gegurl yang manja, tapi PM tak suka  gegurl yang gedik dan mengada.  Apa beza mengada dan manja, bila seseorang tu terlebih manja akan berubah menjadi mengada dan PM sangat menyampah perkara cam ni. sikap manja biasanya telah dimiliki secara semula jadi tak kira boboi atau gegurl. tapi mengada ngada ni memang sesuatu yang dibuat buat untuk menarik perhatian orang disekeliling. contohnya bila berkasih, dan mereka keluar bersama perempuan yang jenis mengada ni biasanya akan menunjukkan sikap mereka dikhalayak ramai, semata mata untuk menarik perhatian orang sekeliling. berbanding perempuan yang manja. sikap mereka tidak ditunjukkan kepada orang ramai.
Bergambar
 Tentang bergambar PM tak nak jelaskan dengan lebih jelas kerana PM telah buat satu pandangan terhadap pose perempuan ketika bergambar, anda boleh baca secara jelas di SINI . Muncung tak muncung, jelir tak jelis,peace tak peace semua ada dalam entri tu.
No to family, Yes for lovers
Hal ni PM dapat tengok dari kenalan rapat dan saudara PM sendiri ,bukan nak memburukkan tapi PM tak mahu anda fikir PM cakap ikut sedap mulut je. Apa yang PM cuba jeleskan mengenai point ni ialah sikap perempuan yang melebihkan kekasihnya berbanding family nya. contohnya kalau ibu nya meminta pertolongan untuk melakukan sesuatu, dia seringkali memberikan alasan walhal dia sedang bermain mesej dengan kekasihnya. Tapi jika kekasihnya meminta pertolongan sesuatu, tiada kata tidak untuk dirinya. Cinta hanya untuk kekasih. tapi hal ni lelaki pun berlambak.
Suka menerima Penghargaan tapi tidak pandai menghargai
Ni la point paling ketara yang PM boleh bagi untuk perempuan, mereka sangat suka bila dihargai dan dipuji tapi mereka tak tahu bagaimana nak menghargai pujian itu. Kadang kadang kita mengatakan bahawa hati seorang perempuan ni lembut mudah terguris. tapi anda pernah fikir tak hati lelaki juga bergitu? perhagaan yang diberi dibalas kata perli yang menyakitkan.


cukup la empat poinnt sahaja, yang lain bagi PM, tak melampau sangat. tentang shopping,makeup, gaya pemakaian, its ok for me. Lepak,chill and rilex..sekian.
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Bisikan Warkah Rindu Buat ZARA

Kringggggggg kedengaran sayup loceng sekolah berbunyi menandakan sesi persekolahan untuk tahun ini berakhir, "yeah sudah habis tahun keempatku di sekolah ini" jerit Arman. Beliau bergitu gembira kerana keluarga nya telah berjanji untuk membawanya bercuti di sebuah pulau apabila cuti persekolahan bermula. arman melangkah dengan megah pulang kerumah, tidak dihiraukan lagi buku sekolah , tidak diperdulikan lagi undang undang sekolah, otaknya hanya pada percutian.


Apabila sampai dirumah, arman memberitahu ibunya bahawa cuti persekolahan telah bermula. Tapi kenyataan itu merubah raut wajah ibunya. "Man, tahun ni ibu tak dapat nak tunaikan janji untuk kita sekeluarga pergi bercuti. Ayah tak dapat memohon cuti kerana ditugaskan dibahagian luar daerah.ibu minta maaf ye man." ujar ibunya. Arman terkejut dengan kenyataan itu, dia memandang tepat pada wajah ibunya sebelum berlalu pergi menuju ke biliknya.Bersendirian dia di atas tilamnya, kosong fikirannya kerana impiannnya untuk bercuti kali ini terpaksa dibatalkan. disebabkan dia terlalu letih dan sedih akhirnya dia terlelap di atas katilnya.

"Man bangun man, bangun dah masuk waktu asar ni. Pergi solat tak elok tido waktu waktu cam ni." desak ibunya. dengan perlahan arman bangun dan terus menuju ke bilik air untuk mandi . Selesai solat Asar dia meminta kebenaran ibunya untuk bersiar siar di taman.Cuaca pada petang itu sangat indah, tidak terlalu panas kerana disulami hembusan hembusan angin yang membelai. Arman menuju ke buaian dan mengambil keputusan untuk duduk di buaian sambil memerhatikan gelagat orang lain yang berda di taman tersebut.


Sedang asyik menghayun buaian tiba tiba bahunya ditepuk seseorang, " awak boleh tolong saya tak? layang layang saya tersangkut di atas pokok.boleh tolong ambilkan tak?" kedengaran suara seorang gadis memohon bantuan dari dirinya. "erm?layang layang?pokok? oh baiklah." jawab arman. Arman terus mengamati layang layang yang tersangkut diatas pokok tersebut, "rendah je ni"bisik hati arman.  Tanpa berfikir panjang dia terus memanjat pokok tersebut sedang leka dia mengambil layang layang tersebut tiba tiba tanpa disedari dia memijak dahan yang telah reput. sekelip mata berlaku "dush! aduh sakitnya" jerit arman. Ibunya meluru kearahnya "kenapa Arman?" . "ibu sakit la Arman jatuh pokok" ujar Arman. "Man, tengok sekeliling tu, pokok apanya, man ada dalam bilik la, jatuh katil jer.tu la tido lagi lepas asar. sudah pi mandi dan solat" desak ibunya yang tersenyum melihat telatah anaknya.  " La aku mimpi rupanya." arman terus bergegas mandi dan menunaikan solat asar.


Selesai sahaja menunaikan solat Arman bergegas memohon keizinan ibunya untuk keluar bersiar siar di taman, langkah kakinya pantas menuju buaian yang hadir dalam mimpinya sebentar tadi, diperhatikan keadaan sekeliling mencari kelibat orang yang bermain layang layang tapi ternyata pencariaannya menemui erti kehampaan. Dalam diri yang penuh tanda tanya dia menuju pulang kerumah, tiba tiba dalam perjalanan ke rumah...

P/s bersambung di part dua yang bakal menyusul.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Manusia ni Kreatif



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Bahagia itu sempurna

Bila berbicara soal impian, pasti setiap orang mengimpikan kesempurnaan tak kira dari segi taraf hidup, perhubungan dan segalanyanya. Pasti impian yang diciptakan bergitu sempurna. Tanpa ada cacat celanya, dan kali PM akan berbicara mengenai kesempurnaan atau kebahagian dalam perhubungan. sama dalam perhubungan kita memerlukan kebahagiaan atau kita tetap mengejar kesempurnaan dalam perhubungan percintaan.
PM tertarik dengan satu dialog yang dilafazkan oleh Lisa Surihani dalam cerita Semerah Cinta Stilleto.
Apa yang awak rasa tak sempurna pasal diri awak, keluarga awak hidup awak itu la kesempurnaan untuk diri saya. Kesempurnaan dalam hidup tiada, yang wujud kebahagiaan.
Kadang kadang kita seringkali merasakan bahawa hidup kita serba kekurangan, kenapa tidak mendapat itu, tidak mendapat ini.Sentiasa mengeluh dengan kekurangan yang dimiliki. Tapi pernahkah kita meletakkan diri kita dalam keluarga yang lebih bernasib kurang baik dari kita?bila kita renung kehidupan insan lain yang kurang dari kita baru kita sedar betapa sempurnanya kehidupan kita sekarang. Bergitu juga soal cinta, kita sering mengeluh dengan kekasih kita , tapi kita lupa bahawa mereka telah berkorban untuk mengukir senyuman di wajah kita.


Dari mana nak cari kesempurnaan? memang kita takkan pernah mengecapi erti kesempurnaan kerana kita tahu tiada yang sempurna melainkan Allah SWT. Apa yang kita boleh lakukan adalah menggapai kebahagiaan, dari kebahagiaan kita sudah hampir pasti menemui apa itu kesempurnaan. Hidup ini seperti sebuah novel.setiap bab merupakan perjalanan hidup kita, kadang kadang kita senang dengan hidup kita dan kadang kadang bila kita berda di ruangan konflik kita akan diuji dengan pelbagai ujian, dan akhirnya kita akan menemui pengakhiran cerita kita. Tapi harus diingat setiap kenangan kita itu la kebahagiaan sebenar yang perlu kita rasai. 

Pernahkah anda berfikir tentang ayat, " Pahit manis kehidupan" kenapa tidak disebut sebagai "manis pahit kehidupan" cubalah dengar siapa siapa yang berbicara mengenai ini, PM pasti sebutan nya akan berbunyi "pahit manis kehidupan" bukan nya "manis pahit kehidupan" .Pernahkah kita persoalkan? PM tak rasa kita pernah mempersoalkan. kali ini biar PM terangkan, setiap perjalanan hidup kita, pasti diiringan dengan cabaran dan dugaan, pastinya itu merupakan kepahitan buat kita kerana kita seringkali tertekan,bersedih dengan setiap ujian yang diberikan. tapi kita lupa setiap cabaran dan dugaan yang kita alami pasti memberikan seribu keindahan dalam kehidupan kita nanti. Percaya lah Allah menjanjikan yang terbaik untuk makhluk ciptaan Nya. Cuma kita seringkali didatangi ujian kerana kita seringkali terleka untuk mengingati Nya dalam kehidupan seharian kita. 
Mengikut teori Maslow yang diperkenalkan oleh Abraham Maslow iaitu Bapa Perdagangan kita diajar bahawa keperluan manusia terbahagi kepada lima bahagian di mana bahagian kelima iaitu puncak keperluan manusia adalah kesempurnaan diri. dan untuk mencapainya kita perlu melalui empat elemen keperluan yang lain. Secara logik nya kita dapat melihat untuk mencapai kesempurnaan kita akan melalui pelbagai kesulitan dan cabaran sebelum kita berjaya mengecapi nya.

Keperluan kita yang pertama adalah dari segi psikologi iaitu keperluan asas dalam kehidupan. Pada tahap ini
kita diajar untuk memenuhi keperluan utama kita iaitu dari segi pakaian, makanan, tempat tinggal dan sebagainya. Pada tahap paling asas kita telah diuji bagaiman untuk mendapatkan makanan?tempat tinggal diuji dengan kemampuan kita. Pada tahap dua kita diseru untuk memenuhi keperluan dari segi keselamatan iaitu perlindungan untuk menjaga kita, kerana pada tingkat ini kita telah diajar untuk berjaga jaga dengan dugaan dan ujian yang bakal dialami apabila kita telah memiliki keperluan asas.

pada tahap tiga dan empat kita memerlukan perhubungan, dan penghargaan ,pada tahap ini kita akan menemui erti kebahagiaan. Percaya atau tidak pada PM? cabar diri anda untuk mencapainya dan anda akan merasai nikmat pengorbanan anda dalam ujian yang dialami sebelum ni. Pada tahap terakhir kita akan merasa nikmat kesempurnaan dari kebahagiaan yang kita kecapi. Jika PM kaitkan teori ni kedalam perhubungan cinta. pada tahap pertama kita melalui proses perkenalan, pada tahap ni kita akan diuji dengan perlbagai ujian,kesetiaan,keikhlasan dan kejujuran. kemudia pada tahap kedua kita akan beralih kepada proses mengenal dengan lebih mendalam,iaitu berjumpa dengan keluarga masing masing.

Pada tahap tiga kita mendirikan sebuah ikatan sah iaitu perkahwinan di sini kita akan merasa nikmat kebahagian bergelar suami isteri yang sah, yang keempatpada tahap ini kita sudah memiliki cahaya mata. dan satu lagi kebahagiaan telah muncul dalam kehidupan kita. pada tahap kelima kita merasa sempurna dengan semua ni. setiap yang diimpikan menjadi kenyataan dan kebahagiaan itu memberikan kesemournaan.Nasihat PM usah dikejar kepada kesempurnaan tapi berusahalah untuk mengecapi kabahagiaan. sekian.

ps maaf jika entri ini membosankan. tapi jika anda faham apa yang PM cuba sampaikan insyaallah anda akan gembira membacanya. semua ayat diatas adalah hasil idea PM hanya dialog yang dicuri.hehe..

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2011PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD