Kringggggggg kedengaran sayup loceng sekolah berbunyi menandakan sesi persekolahan untuk tahun ini berakhir, "yeah sudah habis tahun keempatku di sekolah ini" jerit Arman. Beliau bergitu gembira kerana keluarga nya telah berjanji untuk membawanya bercuti di sebuah pulau apabila cuti persekolahan bermula. arman melangkah dengan megah pulang kerumah, tidak dihiraukan lagi buku sekolah , tidak diperdulikan lagi undang undang sekolah, otaknya hanya pada percutian.
Apabila sampai dirumah, arman memberitahu ibunya bahawa cuti persekolahan telah bermula. Tapi kenyataan itu merubah raut wajah ibunya. "Man, tahun ni ibu tak dapat nak tunaikan janji untuk kita sekeluarga pergi bercuti. Ayah tak dapat memohon cuti kerana ditugaskan dibahagian luar daerah.ibu minta maaf ye man." ujar ibunya. Arman terkejut dengan kenyataan itu, dia memandang tepat pada wajah ibunya sebelum berlalu pergi menuju ke biliknya.Bersendirian dia di atas tilamnya, kosong fikirannya kerana impiannnya untuk bercuti kali ini terpaksa dibatalkan. disebabkan dia terlalu letih dan sedih akhirnya dia terlelap di atas katilnya.
"Man bangun man, bangun dah masuk waktu asar ni. Pergi solat tak elok tido waktu waktu cam ni." desak ibunya. dengan perlahan arman bangun dan terus menuju ke bilik air untuk mandi . Selesai solat Asar dia meminta kebenaran ibunya untuk bersiar siar di taman.Cuaca pada petang itu sangat indah, tidak terlalu panas kerana disulami hembusan hembusan angin yang membelai. Arman menuju ke buaian dan mengambil keputusan untuk duduk di buaian sambil memerhatikan gelagat orang lain yang berda di taman tersebut.
Sedang asyik menghayun buaian tiba tiba bahunya ditepuk seseorang, " awak boleh tolong saya tak? layang layang saya tersangkut di atas pokok.boleh tolong ambilkan tak?" kedengaran suara seorang gadis memohon bantuan dari dirinya. "erm?layang layang?pokok? oh baiklah." jawab arman. Arman terus mengamati layang layang yang tersangkut diatas pokok tersebut, "rendah je ni"bisik hati arman. Tanpa berfikir panjang dia terus memanjat pokok tersebut sedang leka dia mengambil layang layang tersebut tiba tiba tanpa disedari dia memijak dahan yang telah reput. sekelip mata berlaku "dush! aduh sakitnya" jerit arman. Ibunya meluru kearahnya "kenapa Arman?" . "ibu sakit la Arman jatuh pokok" ujar Arman. "Man, tengok sekeliling tu, pokok apanya, man ada dalam bilik la, jatuh katil jer.tu la tido lagi lepas asar. sudah pi mandi dan solat" desak ibunya yang tersenyum melihat telatah anaknya. " La aku mimpi rupanya." arman terus bergegas mandi dan menunaikan solat asar.
Selesai sahaja menunaikan solat Arman bergegas memohon keizinan ibunya untuk keluar bersiar siar di taman, langkah kakinya pantas menuju buaian yang hadir dalam mimpinya sebentar tadi, diperhatikan keadaan sekeliling mencari kelibat orang yang bermain layang layang tapi ternyata pencariaannya menemui erti kehampaan. Dalam diri yang penuh tanda tanya dia menuju pulang kerumah, tiba tiba dalam perjalanan ke rumah...
P/s bersambung di part dua yang bakal menyusul.
16 bicara cinta:
bersambung lak...sampai jatuh...siannye..hurmmm lama tak main layang2
pat sambung !!!
ala bru smgat nk thu ap jdi .. hasih tak sbr tgu smbungannya . hehe
boleh gua tahu umur arman brp?
hik hik hik...sbb dr 1sr paragraph gua bace ,tap tak tahu dia nie sekolah rendah or menengah..hik hik hik.
Btw,gua tunggu sambungan nye..=)
nice story..
cehh~ orang dengan tekunnya baca sekali ada sambungan lak.. hehe takpe takpe.. nanti kalau dah ada sambungan misscall2 org di sini. cewwahhh :)
dem ! bikin suspennn !
wah..cerpen online..
encik kasih,cik tag awk dlm entri game gtu..nnti kite post ek..awk kne join tau! ahaha
wat suspen je.cepat sket sambung!
cececeehhh
mengharapkan ade gadis suh pnjat pokok selamatkn layang2 la tuueeeee =p
pehh! tiba2?
apa terjadi lepas tu? cepat sambung...
pehhh~ tetiba?
<---menunggu..
(ingatkn dia betul2 cedera, heh, mimpi.. = =")
wahhhhhhhhhhhhhhhhh~
suke :))
nice...
arman ni sekolah rendah lagi ye??
tafsiran pertama nad arman ni jenis dgr ckp mak..:)
Post a Comment