PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Konsert gempak Bunkface dan Hujan

Hai pembaca blog pendamba mawar, seperti yang anda tahun 8 oktober 2011 kerajaan negeri Terengganu telah menganjurkan konsert sempena Sultan Mizan Endurance Cup 2011. Agak gempak kelengkapan pentas yang dipersiapkan, dengan kehadiran artis artis terkemuka. Pendamba juga tak melepaskan peluang untuk menghadiri konsert tersebut kerana rumah pendamba berhampiran dengan tapak konsert.

Tepat jam 8.30 malam ,konsert dimulakan dengan persembahan artis tempatan, pendamba tak kenal pun diorang tapi sambutan menggalakkan daripada penonton. Kemudia persembahan diambil alih oleh FAIZAL RAMLY ,anda kenal ke? ala FAIZAL AF tu . anak jati Terengganu. Beliau menyampaikan 3 buah lagu.


Selepas beliau selesai, pengacara menambahakan kehangatan dengan menjemput BLACK MENTOR , persembahan agak mantap, pertama kali pendamba mendengar persembahan BLACK MENTOR secara live, pendamba puji dengan kekuatan vokal beliau. sangat mantap. Lebih mengejutkan semasa beliau mengalunkan lagu kedua,beliau telah membuka baju yang dipakainya dan dilemparkan pada pengunjung yang hadir.


kemudian pentas diambil alih oleh SHIHA MENTOR, sorakkan yang bergitu kuat oleh pengunjung, belum selesai beliau menyanyikan sebuah lagu tiba tiba hujn mula menyerang tapak konsert, hampir 85% pengunjung bertempiaran lari termasuk pendamba bimbang memori ribut berulang,pendamba terus pulang ke rumah. Dengan hampa tak dapat melihat BUNKFACE,HUJAN,FAIZAL TAHIR secara live


Jadi frust la ni tak dapat tengok 3 artis ni.. takpe la takde rezeki. artis je pun. pendamba pun artis jugak.ye dak?hahaha.sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

5 bicara cinta:

tieka said...

iyeee...pendamba pun artis jugk..heee..artis adalah insan biasa jugk..sama je ngan kita..huhuhu..

Nyamuk Terbang said...

i pn artis you

RinsyaRyc said...

---artis pom manusia.. hehe

kim heeruul said...

xdpt tgk bunface mmg rugi..
lu retis? mmg pon..haha

Just Mini Love said...

dah lame xtengak si faizal tu menyanyi.. pendamba xde tgkap gmbr dgn dorg ke ? hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD