PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Perasaan dan cinta

Hai pembaca blog pendamba mawar, izinkan PM berbicara soal hati dan perasaan untuk kali ini. Soal cinta, soal kasih,soal sayang ,dan soal rindu. empat elemen yang sanat indah bila digabungkan tapi sangat memeritkan bila tidak berjaya memiliki. Cinta hadir tanpa dipaksa, hadir bersama rindu yang membara. Tapi jangan lupa cinta juga mampu pergi dengan sekelip mata. 




Bila bermain dengan perasaan , sedikit sebanyak kita lebih banyak melukakan hati kita sendiri. teutamanya jika kita seorang saja yang terlibat dalam soal perasaan. Perasaan cinta sebelah pihak.cukup menyiksakan. cukup membuat diri ini termenun setiap malam, mampu juga membuat diri ini tidak dapat melelapkan mata. bukan ini yang diharapkan tapi ini lah yang berlaku.


Bila diingat pada ayat ini, cintailah orang yang menyintai kita. Sangat ringkas tapi akan memberikan kebahagiaan yang sangat besar dalam diri kita. Tapi yang menjadi masalah bila kita sendiri tak tahu siapa yang menyintai kita. Cinta yang hakiki hanya pada Allah SWT, siapa lah kita untuk melawan cintaNya, tapi kita semua tahu, bahawa kita ini serba kekurangan. Memerlukan pasangan untuk memenuhi kekurangan kita. Jadi tak salah jika kita mengimpikan sebuah percintaan dan perhubungan di dunia fana ini.


Bila kita mula sayang pada seseorang, perasaan cemburu pula muncul. Kenapa? kenapa setiap kebahagiaan perlu ada dugaan dan ujian. Salah satu sebab PM takut untuk mesra dengan seseorang ialah PM tak nak mula sayang pada seseorang, sebab terseksa bila cemburu mula bertandang. Bila difikirkan cemburu itu tandanya sayang tapi seperti tidak percayakan seseorang bila kita cemburu. Kenapa tak yakin pada diri sendiri. 




Soal cinta sangat mudah untuk dibicarakan tapi sangat susah untuk melaluinya. Kerana ia melibatkan perasaan, perasan juga merupakan salah satu elemen yang sukar untuk dikawal. PM berharap ramai tak tersasar dalam soal percintaan. sebab bila sekali kita da tersasar,impak negatif agak besar bertapak dalam hidup kita untuk buangkan semua kesan tu memerlukan masa yang agak lama. jadi fikir fikirkanlah. cinta dan persaaan. suci dan indah tapi kadangkala memeritkan.sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

16 bicara cinta:

kunci locker said...

muhasabah diri...terbaik ko...kisah cinta byk kt blog ko...hahhaa

widiea azira said...

buka lagu kekasih awal dan akhir..ALLAH,kau kekasih awal dn akhir..tulah cinta..slmt mncuba yer

Ana Farhana said...

cinta ? =,=

Nadia said...

takot r pikir pasal cinta ni..:(

Nizam Ijam said...

xnk bercinta...

CikTeddyCorner said...

ske ayat Soal cinta sangat mudah untuk dibicarakan tapi sangat susah untuk melaluinya..
indeed true!

Falling . said...

betol.. mak gugu selalu,cri orang yg syg kte lebih dr kte syg dia.. insyaallah bahagia~

I do I need Iman said...

;)

insyllh pdmba pon bhgia ;)

Shiema Sufian said...

shiema suke ayat pertama dalam perenggan terakhir :)

anamizu said...

CINTA.
mudah je kalo pandai jage HATI.
kan PM kan?? =P




luv,
cik ana

EYQASARA said...

Cinta~ mmg menyakitkan.. bila kita dah mula syg, kita ditinggalkan.. sampai hati.. -.-"

*ibarat sperti memainkan prasaan la kan PM? btul tak?

RinsyaRyc said...

<----tak pernah bercinta.. kih3

Anonymous said...

cinta kat Maha Pencipta pun belum mantap, cinta kat diri sendiri pun belum kuat, tak payahla nak cinta2 orang len neh..huhu..

noraauliyya said...

ececehhh

Anonymous said...

sgt stuju...:-)

Just Mini Love said...

cinta memang indah...
tapi ia ada perpisahan :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD