PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Tajuk Panas

Hai pembaca blog PM, kali ni izinkan PM berbicara mengenai blog secara ringkas. Mengenai tajuk yang agak mengelirukan pembaca, seringkali tertipu akibat permainan tajuk oleh sesetengah blogger? Hinggakan anda banned dari terus memasuki blog mereka? PM juga pernah mengalamai perkara yang sama tapi bila PM fikir balik, tak salah mereka buat cam tu jika tajuk memang ada related dengan isi yang ingin dibicarakan.


Pemilihan tajuk hot telah menjadi budaya yang diikuti oleh para blogger, kerana faktor persaingan agak tinggi dalam dunia blog ini mendorong mereka untuk mimilih tajuk hot sebagai medium penarik pengunjung ke blog mereka. Kita amik satu contoh yang pendamba tak berapa minat tentang permainan tajuk panas ni, blogger yang menulis tentang isu semasa , contohnya "Artis X kantoi khalwat" tapi bila buka link tu, ada gambar yang di printscreen tentang tajuk itu kemudia akan ada ayat "untuk baca selanjutnya sila klik link' dan link itu menuju ke akhbar online. Bagi PM kalau anda bernar benar nak buat entri hot cam ni, buat la penjelasan tak perlu nak gunakan blog anda sebagai 'jambatan' ke link lain.

contoh terbaik adalah gambar diatas, tajuk memainkan peranan penting,ya atau tidak? tajuk pertama kalau anda tak main tajuk panas anda akan tulis "lepak dengan kawan kawan" ada ke orang nak lawat? mungkin ada tapi tak ramai, tapi cuba anda ubah jadi tajuk " aksi panas remaja kini" . apa pandangan anda? tajuk yang mempunyai 'double meaning' memang akan mengelirukan pembaca, inilah digelar strategi. PM sendiri main tajuk double meaning tak caya? cek la tajuk tajuk entri PM. tapi ini la yang menarik orang untuk datang ke blog kita.

Filem pun diorang tunjuk aksi aksi hot je semasa preview, itu yang menarik orang untuk datang tengok cerita tu. Penjualan CD jua bergitu, iklan lagu best je dalam album tu sedangkan lagu best ada 1 atau 2 je, syarikat francais seperti Mc'd dan KFC tunjuk yang best je tapi bila beli? itu la dinamakan strategi. Bagaimana kita nak memanipulasi kan minda seseorang. 

Nasihat PM jika anda berminat untuk bermain tajuk panas tajuk double meaning title, pastikan isi anda ada kaitan dengan tajuk. Jangan terlalu menyimpang. PM takut anda akan kehilangan pembaca blog anda.sekian


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

13 bicara cinta:

Falling . said...

betol3~~ tapi kadang2 ade org xleh 3ma tajuk cmni.. selagi x terpesong dari tajuk,rasanya ok je kot.

zahidah seran said...

kalau terpesong sangat memang bengang.
especially kalau tengah cari info penting....

Pondok Usang said...

Salam.. cube PM lawat blog sy.. adakah blog sy termasuk dlm ketegori sebegitu rupa..??

anamizu said...

saje nak maen dgn SEO lettew kot =P






luv,
cik ana

Shafiq said...

kalau tajuk ngan entry berkaitan ...ok lah...

kim heeruul said...

setakat ini,gua blom pernah buat tajuk double meaning.

saya cello191 said...

tajuk nak hot ja..
isi xde sangat~~

Just Mini Love said...

betul kata PM,, tapi ade jugak blogger yg buat tjuk memang hot giler tapi xrelated lnsung dgn content..

noraauliyya said...

setuju !

Miss Butterfly said...

pernah 2,3 kali wat tajuk pelik. hahaha

Jenny Pa-un said...

huhu pernah jugak buat tajuk panas tapi selalu otak blank bila nak buat tajuk hahah

Zul De Alexis said...

betul tu PM..kadang2 sM pon penah terkena gak...tajuk memang power tapi isi tentang benda lain..rasa mcm tertipu sgt..

Nyamuk Terbang said...

nak tarik minat org la tue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD