PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Kalimat Terakhir

Jika benar abg cintakan sayang, abg lepaskan lah sayang.
Bingung memikirkan kalimah yang terucap dari bibirnya, kenapa aku terpaksa melepaskan dirinya pergi dari genggaman ku ini. Apakah salahku hinggakan ini yang terpaksa ku lalui. Benar jatuh cinta itu mudah tapi menjaga cinta itu yang menjadi permasalahan. Sebulan diriku terabai memikirkan kenapa aku terpaksa menanggung semua penderitaan ini.

Aku bagai hilang arah, aku hilang pekerjaan ku. Aku lari dari semua teman teman ku kerana aku sangat kecewa dengan kegagalan cinta yang aku bina selama ini. Perkenalan selama lima tahun tidak mampu menjadi tempat untuk mengukuhkan percintaan kami. Aku telah kehilangan seseorang yang aku dambakan hanya dengan satu kalimat yang betul betul menikan hati suciku ini. 


Selama sebulan juga aku tidak mendapat khabar berita dari nya. Ku cuba hubungi nombor talefon nya untuk meminta penjelasan tapi setiap kali ku cuba hanya la jawapan dari operator yang menambahkan lagi derita di hatiku. Mungkin dia tidak suka pada diriku. keluhku yang semakin lama semakin mula hilang kepercayaan ku pada dirinya. Mungkin aku bukan lelaki yang kacak dan kaya tapi aku masih tahu apa itu Agama dan apa itu Cinta.

Dikeheningan pagi sedang aku membelek laciku, tiba tiba aku terjumpa diari kami, aku membelek satu persatu helaian yang tertulis. Ya diari yang kami kongsikan bersama, penulisan kami berdua sejak permulaan cinta kami sehingga la hari terakhir dia menyerahkan diari itu kepadaku dengan kalimah pedih yang dia ucapkan. sedang leka membaca cerita yang kami lalui tiba tiba aku terdiam membaca satu helaian yang bertarikh 19 Julai 2011, 


Sayangku,
diri ini mula terasa lemah dengan dunia,
sangat berat untuk melepaskan dirimu dari hatiku
tapi aku harus untuk masa depanmu
usah kau tangisi pemergianku
Cinta yang bersemi dihati ini 
takkan pernah terpadam walaupun kita berpisah
maafkan diri ini kerana seringkali membuat sayang risau
ucapan maaf mampu ku lafazkan
doakan diriku mampu untuk mengadapNya 
19Julai2011, sayangmu.


Selepas aku membaca kata kata nya , aku akhirnya menitiskan air mata yang telah lama aku pendam selama ini, ' apa yang dia sembunyikan dariku?" soalku pada diri sendiri. Kenapa aku tidak pernah tahu yang ganjil mengenai dirinya, dia sakitkah?aku masih bingung. Banyak persoalan yang bermain difikiran ku. Aku sedar bahawa aku tak kan menemui dirinya lagi. sehingga kini persoalan itu tetap menjadi persoalan di hatiku. Bukan aku tidak berusaha mencarinya tapi aku buntu di mana lagi tempat yang harus ku tuju untuk bertemu dengan dirinya.

Jika benar dia adalah jodohku, KAU hadiahkan lah dia kembali padaku, jika dia bukan milikku aku redha dengan kahilangan yang ku alami sekarang. Benar cinta tak berarti memiliki tapi aku terkilan dengan persoalan yang dia tinggalkan bersamaku. sekian.


p/s: maaf atas penggunaan 'aku' kerana pendamba ingin bercerita bukan untuk berbicara.  hasil nukilan pendamba.Tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia.sekian.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

19 bicara cinta:

Anonymous said...

uwaaaa.... sedih bah

RinsyaRyc said...

kata tak reti bab cinta.. padahal lebih arif bab cinta... hekhekhek... ^^


nice entry cam cita korea.. ^^


http://bulatmata.blogspot.com/

Idzanfashila said...

macam bace novel pulak.
sdih pulak,
kalo pnjg da menitis ni.
ayat yg memainkan perasaan. gudjob PM! :D

anamizu said...

kdg2 ALLAH anugerahkan hujan,guruh & kilat untuk hadiahkan PELANGI di akhirnya..trust on HIM :)


luv,
cik ana.

Jenny Pa-un said...

waaaaaaaaa sedih huhuhu...

kim heeruul said...

dulu gua pernah mengalami situasi macam ini..memang pedih..

Just Mini Love said...

sedihnye bace..
macm betul2 je..
cerita betul ke ni ? huhu

Ku Azhar said...

huhu...

Nazatulwanis said...

melepaskn cinta x semudah yg disangka ^_^ tp melihat cinta itu bahagia lbih indah dari biarkan cinta itu sengsara dlm genggaman kita >.< huhu

Rosalia said...

sedihnye :'( tersentuh dihati. setiap yg terjd ada hikmahnya insyaallah persoalan tu akn muncul bler dh smpi msenye.:) sabar ye

Farierahasanz said...

cerita benarkah wahai abam ku.??

Unknown said...

Allah tak akan menguji seseorang itu lebih dari kemampuannya....

CikTeddyCorner said...

Bkn jodohmu utk brsamanya..
Allah lbh sygkan dia..
anyway,nice story..^_^

Noraien said...

ermmm,sedih laaaa .

Anonymous said...

huuuu. sedihh nye T.T


btw thanks singgah blog...

Cik Asma BLuppy said...

sikit ag nk kuo air mate tp tahan..

*cover malu..hehe

Ai-Sis said...

ish ish ish.sabar yea sabar

monologmalamhari said...

tiba2 trase touching . huhuhu . sedih .

Falling . said...

sy cuba bc n3 ni dgn pnuh feeling tp x bule.. sbb perut sy lapor ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD