PENJENAMAAN SEMULA BLOG PENDAMBA MAWAR

PRINCESS WIDIEA AZIRA

Jadilah seperti syaitan

Assalam semua, walaupun pos pertama saya tak mendapat sambutan namun PM akan tetap kuatkan semangat untuk terus blogging, banyak cerita yang PM nak kongsikan dengan anda semua, dah terlalu banya PM pendamkan seorang diri. Dan kali ni kita akan berbicara mengenai syaitan. 'Aik!' kenapa plak syaitan? jom kali ni PM nak seru semua kawan kawan kita jadi macam syaitan . erh jap! korang kenal tak syaitan tu apa? jadi PM terangkan sikit apa tu syaitan ye, ni maklumat yang PM dapat dari Ensiklopedia.


“Jin kafir” juga sebagai syaitan atau iblis. Dari segi bahasa, kata “syaitan“ (Arab) berasal daripada bahasa Ibrani yang bermaksud “ lawan” atau “musuh”.

 “syaitan“ ialah bahasa Arab asal (syaitan) kerana sejumlah kata Arab asal dapat dibentuk daripada kata itu, misalnya syatana yang bermaksud “jauh”, “sesat” dan “fanatik”.

jadi kita teruskan kenapa PM kata kita perlu jadi syaitan, ambil masa seketika fikir positif tentang syaitan ada sikap syaitan yang kita boleh ambil sebagai pegangan. Syaitan ni satu satu nya makhluk yang takkan pernah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara . Syaitan ni akan buat apa jua cara, akan mencara pelbagai helah untuk mencapai apa yang diingini. PM cuba menegaskan suatu perkara disini, kita ikut sikap syaitan yang tidak putus asa untuk berjaya jangan tertipu dengan cara kotor untuk berjaya.


sebagai contohnya dalam kehidupan seharian kita syaitan sentiasa ada bersama kita untuk mengambil peluang menghasut dan menggoda kita. contohnya.

subuh : kita - erh da lewat nak terlepas solat subuh da nisyaitan - kejap la, masih awal untuk bangun, lena mu,mimpimu masih indah. (berjaya atau tak itu kita)

tengahari ke petangkita - ' wah kerja banyak ni, malas nya nak buat, nak copy and paste je la" "kerja banyak solat belum lagi" syaitan - kerja lagi penting menjamin kamu hidup di dunia ni,harta tu...

Ok PM terangkan pendek je, apa sekalipun syaitan akan berusaha menggoda kita dari melakukan kebaikan dan sentiasa mengajak kita untuk leka,lalai dan jauh dari Allah. OK kita beralih kepada persepsi manusia plak di mana kita mestilah berusaha tanpa mudah putus asa untuk mencapai apa yang kita ingini. nak berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, cinta keluarga dan sebagainya. 

akhir kata dari saya, sekali sekala musuh kita memberi kita kekuatan dan 'hint' untuk kita terus berjaya sebenarnya, jadi luaskan pandangan anda untuk mencari apa yang tersembunyi dalam musuh kita. Cari dan aplikasikan apa yang kita tahu untuk berjaya.akhir kata dari PM, berusaha la untuk berjaya sampai bila kita nak terus bergantung pada belas ihsan orang lain untuk berjaya,. berpijak di bumi nyata.


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Alasan demi alasan

Salam 1 PM, dah lama sebenarnya tak update tak tulis story mory kat blog 'kesayangan' ku ini , bukan niat untuk berenggang dengan blog tapi masa dan gadget tak dapat memenuhi nafsu di hati. #cam apa je ayat. Semakin lama tinggal blog semakin malas jadinya, walaupun jeles dengan blog blogger baru yang cantik serta teknik penulisan blogger baru memang 'mantap'. Jadi di kesempatan ini PM buat keputusan untuk blogging lebih awal daripada tarikh yang telah dirancangankan. Sebagai permulaan PM tak mahu bercerita apa yang terjadi selama PM meninggalkan blog, apa yang telah PM tidak dapat laksanakan sebelum ini. Tapi PM akan berbicara mengenai sesuati yang sinonim dalam hidup,anda, guru anda, majikan anda, pekerja anda, kawan kawan anda, kekasih anda, dan juga diri saya sendiri.

Apa yang bakal PM bicarakan adalah mengenai ALASAN. ALASAN dan diri kita tak pernah berenggang, kita sering menggunakan alasan untuk melepaskan diri kita dari pelbagai masalah, daripada sekolah? alam pekerjaan? keluarga? kawan? kekasih? Rasanya kalau kita dapt catitkan alasan yang pernah kita gunakan berkemungkinan besar pasti alasan kita melebihi daripada amal kebaikan dan keburukkan kita. #anggaplah pernyataan PM ini sebagai metafora kerana kita pasti tak tahu berapa banya sudah kebaikkan dan keburukan  yang kita pernah lakukan. Sebagai contohnye...

di sekolah
cikgu : kenapa tak siapkan homework?
saya : "elektrik takde" "buku tertinggal" " tak faham: dll

di pejabat
bos : saya rasa masa yang saya bagi da cukup lama untuk siapkan kertas kerja ini.kenapa awak tak boleh siapkan?
saya : banyak kerja lain lagi yang kena hantar sebab tu tak dapat siapkan sehingga deadline.

di rumah
mak ayah : kau ni tak pernah duk rumah asyik nak keluar je.
saya : ala duk rumah bukan ad apa pun . "kawan" ajak minum.

dengan kawan
kawan : weh! ko napa lambat?berjam aku tunggu
saya : la , sori ar ada hal sikit tadi.

dengan kekasih
awek : abang ni, janji nak keluar tapi tak jadi plak
saya : sori la banyak kerja

Ok semua tu alasan yang biasa sangat kita guna. kita tak pernah nak mengaku kesalahan kita.  Seringkali alasan je yang kita gunakan untuk melepaskan diri. APa salahnya kesalah kita kita akui ia datang dari kekurangan dan kelalaian kita sendiri? PM yakin kalau kita mengaku kesalahan kita itu lebih baik daripada selalu memberi alasan.

"ko sedap je nasihatkan orang suruh mengaku kesalahan diri la apa la, yang pasti ko pon selalu guna alasan jugak PM oi' . sebab tu la kita susah nak maju bila kita cuba berubah, pasti ada insan yang 'sayang'; kita akan cuba kondem diri kita. kebanyakkan dari kita pula cepat terpengaruh dengan kata kata negatif kawan kawan kita yang 'baik' tu. jadi lepas ini tetapkan pendirian . kita hidup dalam dunia yang sementara dengan cara kita sendiri.

Akhir kata dari PM kekurangan dan cacat cela entri ini berpunca dari diri PM yang serba kekurangan ini. segalam maklum balas,komen cadangan dan kutukan boleh ditulis diruangan komen.sekian.


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Please Stay


Sounds straight from the twilight
Has me up all night I can't
Fall asleep coz I keep thinking of you
And I saw a shadow, outside my window
And it's you!
C/o
All my sorrows flew away,
Hush keep quiet hear me say
I don't ever want you to go
Please stay


With the moonlight dancing free
And there's no one but you and me
There's no reason to go astray
Please stay


-bridge
Making up a story
It's the way you're looking at me
If you think that this is funny
It's just you


Try and think about it
If your heart is closed don't lock it
Keep your keys back in your pocket, think this through


Repeat c/o
Please stay
Just stay with me
I'll take you to forevermore
Just stay




apa yang mampu PM katakan. PLEASE STAY..

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Mad market aku ketinggalan

Hai pembaca blog PM semalam PM rasa cam katak bawah konkrit kot bila bukak tv9 lepas tu terpampang muka awek ni. Skandal PM gak ni. hahaha #tipu je jangan marah tuan empunya badan. Korang kenal dengan pemilik belog

http://inibelogsaya.blogspot.com/


Kenal? kalau tak kenal tu tolong la kenal kenal ye, cun wo.. semalam PM ternampak dia ni dalam rancangan MAD MARKET kebetulan rancangan mengenai shopping and fesyen memang faveret la. Sekali tengok pengacara HANIS ZALIKHA. wah! baru PM taw untung nya jadi blogger.hahaha


nah ni header blog dia.. apa apa pun PM kebas dari google. memang diri ini ketinggalan sekarang..syok dapat jadi DIA..haha sekian

p/s nak jadi pengacara gak

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Eh hampeh je jadi blogger!

Assalam semua kepada semua pembaca blog ini, kalau ada la. Ramai yang telah mempersoalkan kemana menghilang keriangan,kehebatan, keagungan zaman blog. PM dalam sedar tak sedar turut merasai tentang nilai blog yang dihasilkan sekarang. Bagi sesetengah penulis blog yang berjaya mereka tetap dengan penulisan mereka yang memberikan banyak info kepada pembaca, tapi PM dapat lihat juga penulis blog baru yang kebanyakkan terdiri daripada budak budak sekolah, mereka menulis blog untuk dua perkara, satu mendapat follower, dua bercerita mengenai personal.

Tak salah bercerita mengenai diri sendiri , PM pun banyak menulis tentang diri sendiri, sekurang kurangnya anda tulislah sesuatu yang dapat memberi moral atau 'isi' kepada pembaca. barulah anda akan dapat nikmat sebagai penulis blog. Jangan blog je cantik tapi isi kosong , tak mau la cam tu ye adik adik. Satu cara terbaik untuk anda semua menulis blog dan merasai best nya  hidup sebagai penulis blog , anda perlu....


IKHLAS DALAM PENULISAN ANDA..



Saje la tulis pendek pendek, malas nak mengarang panjang panjang.. haha ni la faktor blog jatuh #malas
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

raya jadi ke tak



Apa nak jadi dengan blog PM ni. takde ke keyword yang 'cantik' sikit. Silap silap ari bulan kena boikot blog PM ni. haha. nak update pasal raya tapi keadaan di cyber ni tak mengizinkan dengan ramai kanak kanak bawah umur yang asyik melayan game..arghh tekana bising kot...

Apa apa pun raya tahun ni ok la, nak kata meriah tu simple je bagi PM tapi dapat jumpa kawan kawan blogger ,kawan kawan sekolah pun da ok bagi PM. tapi ku merindui dirinya.. itu je nak gitau.tata..

sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Aiman Hakim Redza


kenapa gambar ni? sebab nama dan gambar fb PM adalah dia..hahaha...hensem
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Aku jumpa Lailatul Qadar

Hai , nampaknya masih ada yang baca blog PM ye.alhamdulillah la sebab masih ada yang ngat kat PM ni ha. #ces padahal da inform kenkawan  blog da bukak..hahaha. Raya semakin tiba ,tatkala semua penduduk yang berpuasa sibuk untuk menyediakan persiapan raya PM maih lagi statik tidak memeli sebarang keperluan untuk raya. Saat semua orang sibuk membeli pakaian raya, PM masih dibuai mimpi dalam bulan ramadhan. Lailatul qada? PM nak kongsikan satu cerita mengenai malam penuh barakah.

seorang lelaki, yang pergi ke masjid utuk mendengar ceramah berkaitan lailatul qadar, diteliti apa yang diutarakan oleh ustaz mengenai malaikat yang turun ke bumi untuk mengaminkan doa insan yang beramal, pokok sujud ke bumi dan kubah sujud ke bumi. jelas apa yang difahami olehnya berlainan dengan apa yang diceritakan oleh ustaz.

Tiba pada suatu malam malam terakhir ramadhan beliau baru pulang dari membeli belah, ketika melalui sebuah surau, tiba tiba beliau terlihat kubah sebuah masjid menyentuh bumi, lantas dengan sepantas kilat beliau bergegas ke dalam masjid tersebut untuk menunaikan segala amalan sunat yang dilakukan.

keesokkan harinya dengan bangga dia memberitahu kepada kawan kawan nya di pejabat bahawa mereka semua rugi kerana "semalam " adalah lailatul qadar, dengan kehairanan kawan - kawannya bertanya "macam mana ko tahu?" dengan penuh kenyakinan beliau menjawab " aku nampak kubah masjid sujud ke bumi". Dengan serta kedengaran gelak tawa penuh hilai dri teman temannya itu, sambil menepuk bahu beliau " lain kali rajin la sikit untuk jengah ke masjid ye, kubah tu da tiga hari duk "sujud" ke bumi, JKR yang sujudkan.. Dengan muka merah padam beliau meninggalkan kawannya - kawannya. Moral yang PM nak sampaikan beribadah la dengan ikhlas, jangan jadi seorang yang hanya beribdah dalam kesusahan sahaja..

sekian.
rindu nak komen blog ni  Princess
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

PM bangkit dari kematian

Salam semua buat semua pembaca blog PM ni, tu pun kalau masih ada yang ingat blog ni selepas sekian lama PM tak dapat nak sign in akhirnya hari ni dengan kepandaian dan usaha untuk mendapatkan balik kawan kawan blogger PM, jadi PM berjaya mendapatkan balik blog PM ni.

wahai pengunjung pengunjung blog pendambamawar, harap kita boleh lupakan apa yang terjadi sebelum ni, dan PM nak ambil peluang ni untuk mulakan sesuatu yang baru, lagi pun setting kat blog da baru masih pening pening lagi. ok la tak mau cerita panjang hati banyak gembira.

ok buat kawan kawan PM yang selalu duk tanya tu, PM bila nak update, bila nak buat blog baru,ok sekarang da update, tapi disebabkan PM ni takde lappy harap anda faham la waktu online PM tak macam dulu. haha #bajet femes je..puih..

Dan sekarang PM boleh la nak menjengah kawan kawan blogger PM lagi.yahuu.. excitednya saya. ops bercakap tentang raya, sapa nak post kad raya kat PM? nah alamat ,sombongnya terus bagi alamat bajet ada orang nak bagi.

Mohd Faizal Bin Ghazali
Bekalan 'B' kompeni,
Pasukan Gerakan Am,
Kubang Badak,
21300 Kuala Terengganu
Terengganu

ha boleh la pi cari kad raya untuk PM ye.hahahaa.. sampai di sini je la PM nak tulis . 
SALAM PERKENALAN DARI BUDAK BARU BELAJAR MENULIS BLOG.ASSALAMUALAIKUM!

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Fantastic Friday Mawar 8

Hai pembaca blog PM , PM agak bizi untuk mengupdate blog  kerana PM sedang melakukan pengubahsuaian dalam bilik PM jadi PM tak dapat nak buat lawatan balas komen komen dari anda. Insyallah bila semua selesai PM akan terjah blog korang tu dengan penuh keazaman.. jangan lupa join segmen PM .klik je banner kat atas nuhhhhhhh... mekasih semua yang masih sudi baca entri ni dan komen entri PM.


Apa apa pun fon PM sentiasa terbuka ok.cuma port untuk online je dah hilang buat sementara waktu. sekian maaf ye semua. Tengok nak buat entri ni pun PM tak tulis panjang panjang. bukan apa update takut ada yang rindu.hahahaa


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Spontaneous Thursday #32

Aku Insan Penuh Khilaf Serta Cetek Dalam Ilmu ,
Tapi Aku Masih Tahu Apa Erti Hormat Dan Mengenang Budi

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Pesongkan agama, marah orang kita dulu

Hai pembaca blog PM, patut nya entri PM da taip semalam tapi PM malas plak.jadi PM kuarkan hari ni. Taknak berbicara panjang ,kenapa PM nak berbicara mengenai ini? sebab ramai sangat yang share mengenai lagu IT WILL RAIN by BRUNO MARS dengan bait lagu


There’s no religion that could save me
No matter how long my leaves are on the floor..


Tapi bukan itu yang PM nak bicarakan,PM nak anda hayati video ni


Dah layan penjelasan UAI? perasaan satu nama yang memainkan watak penting dalam perayaan Hari kekasih? Dapat apa yang PM maksudkan? Tak dapat? tengok video ni pula


Amacam? biasa dengar lagu ni? ni Indonesia punya, kita pun ada dari kumpulan search. Dan lagu ni da lama berada di industri seni kita, dan telah menjadi siulan anak anak muda dari dulu kini mungkin selamanya. Jadi apa releven nya video pertama dengan video kedua dan apa yang PM cuba sampaikan.

Cuba kita fikir sejenak siapa ISABELLA yang dimaksudkan? layan bait lagu Isabella tu. Dan PM percaya anda dapat fikir. 

P/s betul kata orang tua kuman diseberang kita nampak, gajah depan mata kita buat tak tahu. jadi ini la yang berlaku, lagu barat yang sememangnya bukan islam tu kita nampak dia cuba pesongkan agama Islam. Tapi lagu kita sendiri?yang dinyanyikan anak muda kita?melayu? Islam?renung renungkan...

Jangan lupa join segmen PM > SINI

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Wordless Wednesday #34



P/s : Snap by myself
join my new segment : here
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Percubaan pertama menjadi ...

Hai pembaca blog PM wah kali ni PM nak berbicara mengenai sesuatu. Cewah penantian PM selama ini akhirnya terjawab tengahari tadi, apa bila "papaku puolang dari kota ,papa ku belikan kereta" eh silap menyanyi plak. Abah bawak balik sesuatu , ya! sesuatu yang ditunggu, kini telah berada di genggamanku.

Tu dia bungkusan telah ku sambut dengan senyuman, dengan rakus tanpa menghiraukan keselamatan dirimu aku meraba seluruh pelusuk tubuhmu ,mencari ruang untuk ku masukkan jariku dengan niat membuka baju yang membaluti tubuhmu, tanpa ku sedar nafsu mudaku telah mengawal mindaku untuk melayanmu tanpa belas kasihan..

bajumu telah ku lemparkan ketepi, ku lihat, ku tatap dengan nafsu yang membuak buak kearahmu, ku cium, harum baumu, ku raba seluruh badanmu, licin kulitmu. cantikknyaaaaaaa.......

comelnye. akhirnya penantianku untuk memakai baju ni kesampaian.hohoho alhamdulillah encik posmen, pegawai yang bertugas di bilik gerakan, pegawai yang bertugas ni pejabat kompeni kerana sudi menjaga hartaku ini.

Admin, PM da dapat ni baju ni. Gembiranya.. dan satu lagi PM nak tanya tentang header ni


ni la yang PM maksudkan percubaan pertama PM buat header untuk blog orang lain. haha segan plak rasanya. cer komen sikit. owner dia?
tak letak lagi kot.haha

dan jangan lupa join segmen PM
sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Hari Pertama sebagai guru Ganti

Hai kali ni nak berbicara mengenai cikgu la, sebab PM frust terlepas rezeki jadi cikgu ganti. Hurm takpelah bukan rezeki PM. Kalau tak esok PM da bergelar CIKGU FAIZAL .. haha.. Takpe ada rezeki lain yang menanti tu, kali ni taknak berbicara banyak sebab PM nak kongsikan beberapa karangan dan jawapan yang PM rasakan agak kelakar.. Petik dari google je.jom kita baca.







amacam? lawak. PM tak dapat bayangkan kalau PM jadi cikgu nanti murid murid tu jawab cam ni. tak ke guling guling PM gelak dalam bilik guru tu.haha. Apa Apa pun memang sedih ar tak dapat jadi cikgu ganti.ahhhhhh...

pesanan penaja...Jangan lupa join segmen PM


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Tasha Manshahar Be mine Perempuan version, Lelaki plak?

Tasha Manshahar nama yang makin melonjak naik di alam maya kini, lagu be mine pasti akan menjadi siulan anak anak muda kini. Dengan rupa yang agak comel, suara yang merdu... jom layan video ni




Tapi bukan lagu itu yang PM nak promote, jom kita tengok lagu balasan dari pihak lelaki




Amacam? hahaha suwet jugak oooo..
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Segmen Jika Dan Berapa Soal PM

Hai dah lama tak buat segmen , kali ni PM akan bukak segmen JIKA DAN BERAPA selama seminggu, rasanya da cukup lama tu, haha. Simple segmen by PM. Mungkin ada yang da buat segmen ni, dan mungkin belum pernah lagi yang buat segmen cam ni ok jom kita tengok syarat.


TERMA DAN SYARAT

FOLLOW BLOG ? IKUT KORANG LA NAK FOLLOW BOLEH TAKNAK PUN BOLEH

LIKE FAN PAGE ? SUKA HATI KORANG LA NAK LIKE BOLEH TAKNAK LIKE PON BOLEH

NAK KENA KLIK IKLAN ? NAK BOLEH TAKNAK PUN TAKKAN PAKSA

BANNER ? HA PM DA SIAPKAN BANNER TAPI IKUT KORANG LA NAK LETAK KE TAK


Kalau dah letak tu link la ke entri ni erk
eh comel tak?haha


OK APA YANG PM NAK ANDA BUAT BERKENAAN JIKA DAN BERAPA. 


SOALAN 1 : BERAPA KALI ANDA GOSOK GIGI DALAM SEHARI. WAJIB JAWAB.HAHA #SUSAH KAN SEGMEN KALI NI.

SOALAN 2 : JIKA PM BAGI ANDA RM 200 APA YANG AKAN ADA BUAT ? #KALAU RAJIN HURAILAH ERK PM NAK TAHU BAGAIMANA AWAK MANAGE DUIT.

SOALAN 3 : MANA AWAK TAHU BLOG PM NI? #RINGKAS JE.

AMACAM? MENCABAR KAN? JIKA SUDI JOIN LA SEGMEN PM NI ERK.SEKIAN


TARIKH TUTUP : 19 FEBRUARI 2012 11.59MALAM


Ingat ini segmen taw. jika sudi join, balasan nye bukan hadiah.haha.:) sekadar segmen PM nak kenal ngan anda semua. sekian
Harap blogger yang join ni tak sembunyikan button follower blog anda. supaya mudah PM follow anda.. dan jika ada fanpage anda kasi PM senang untuk klik like.hehe..
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Tips penceritaan dalam entri


Hai pembaca blog PM, yang pertamanya PM nak anda mainkan lagu kat atas tu sambil membaca satu tips yang bakal PM kongsikan dengan anda semua. Bagaimana menjana sebuah idea untuk menulis di blog. Kita sedar muzik merukan salah satu cara untuk merangsang minda kita untuk lebih aktif menghasilkan idea idea kreatif. 

Kebanyakkan dari kita akan ketandusan idea bila mula menekan NEW POST pada blog editor. Mungkin kita tak tahu apa yang ingin kita tulis atau bagaimana kita nak mulakan penulisan kita. Jadi pendapat PM muzik merupakan salah satu elemen yang penting dalam penghasilan sebuah entri. Melalui muzik kita boleh berimaginasi. Tak percaya? anda ambil masa menonton sama ada drama atau apa apa, mesti ada background music dalam slot slot tertentu. itu untuk menambahkan lagi "emosi, dan penghayatan" kita sebagai penonton. 



Begitu jua blog, muzik akan menambahkan penghayatan kita dalam penulisan. Tapi seharusnya jangan la muzik yang terlalu rancak, seeloknya instrumental muzik atau muzik yang tenang , seperti PM lagu diatas merupakan salah satu lagu pilihan PM untuk menghasilkan sebuah entri. FOREVER IN LOVE, sebuah lagu instrumental yang mengasyikkan bagi PM, mungkin anda ada citarasa dalam muzik tersendiri. Tapi lagu ni banyak membantu untuk PM menghasilkan entri entri berkaitan....

Jadi bagaimana cara anda menjana idea dalam penulisan? tips dari PM muzik berkaitan rapat dengan perkembangan minda. Tak percaya lagi? lirik lagu dan nota yang awak berlajar di sekolah mahupun IPTA.. mana yang awak mudah untuk ingat? lirik kan? kerana ditambah unsur melodi, begitu jua jika anda alihkan nota anda kepada melodi. Insyallah. sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Remaja zaman untuk?

Hai pembaca blog PM, apahal tetiba PM nak berbicara mengenai remaja? haha maklumlah baru balik dari ceramah belia untuk bahagi borang DUIT RM200. haha Hey ! pergi kerana duit ke? mestilah duit sangat penting masa kini tapi bila dengar ceramah tu PM dapat input yang sangat memberi kesan pada diri PM ,pada masa sama Pm dapat tengok telatah remaja remaja yang lebih tua dari PM dengan pelbagai ragam yang amat memalukan. 

PM nak tanya anda apa maksud remaja sebelum kita beralih kepada isu ini, merujuk kamus dewan remaja membawa maksud remaja 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda; tapi bukan remaja ini yang PM nak tekankan. yang pm bakal tekankan adalah maksud remaja ini.

R = Rilex
E = Enteng
M = Malas
A = Angkuh
J = Jenaka
A = Akibat

Ni hanyalah sesuatu yang bermain di fikiran PM , sinonimnya berkait rapat dengan diri remaja sekarang. Rilex , remaja sekarang sangat sangat rilex terutamanya bila diarah melakukan sesuatu atau sesuatu berlaku. Contohnya, Diarah untuk menyiapkan tugasan, jawapan yang diberikan? " RILEX ar lambat lagi nak antar.

Enteng atau sikap ambil mudah atas sesuatu perkara, ini biasa dilakukan oleh remaja, suka melakukan sesuatu secara sambil lewa akhirnya kesan akan dapat diri mereka sendiri. Malas, normal bagi seorang remaja dengan MALAS ini kerana kita merasakan kita ada cukup banyak masa untuk melakukan sesuatu dan malas seringkali menjadi alasan utama dalam diri seorang remaja.



Angkuh, remaja ni dah terbukti dengan ego yang membuak buak tambahan pula darah remaja merupada darah paling panas dalam kitaran darah manusia.haha mesti cuba betulkan kata kata sendiri walaupun mereka salah. susah untuk mengakui kelemahan diri sendiri. Jenaka , ramai remaja suka melawak dan melakukan sesuatu yang dianggap main main, Jenaka di sini PM maksudkan sebagai sikap remaja yang suka main main dengan sesuatu walaupun benda itu merupakan perkara serius. 

Dan yang terakhir adalah akibat, setiap dari remaja suka melakukan sesuatu yang baru atas alasan REMAJA HANYA SEKALI tanpa memikirkan akibat baik buruk yang bakal berlaku kepada diri mereka. Jadi kita seharusnya memikirkan akan positif negatif atas tindak tanduk yang kita lakukan sehari hari.

Ingat remaja hanya datang sekali, siapa kita pada masa kini adalah apa yang kita telah lakukan pada masa lepas, siapa kita pada masa hadapan adalah apa perancagan kita pada masa kini.sekian.


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Music On Saturday 19


Oh viva la fiesta
Dancin' in the moonlight
Until the break of day
Just let the rhythm take control
Can you feel the spirit
I know you can hear it
There's a fever in your soul

Take a chance 
Come on and dance, dance, dance
We're gonna salsa, yeah
We're getting down tonight
Everybody come and join the party
Where the music never stops

Don't wait up
I just want to party forever
Never stop
Everybody's dancing together
Don't wait up
I just want to party forever
Never stop
Viva la fiesta

Oh viva la fiesta
Oh (Dance, dance, dance all night)
Viva la fiesta

When you get that feeling
You're dancing on the ceiling
Let the rhythm take control
Everybody's staying
The music keeps on playing
There's a fever in your soul

Take a chance 
Come on and dance, dance, dance
We're gonna salsa, yeah
We're getting down tonight
Everybody come and join the party
Where the music never stops

Don't wait up
I just want to party forever
Never stop
Everybody's dancing together
Don't wait up
I just want to party forever
Never stop
Viva la fiesta

Oh viva la fiesta
Oh viva la fiesta

Don't wait up
I just want to party forever
Never stop
Everybody's dancing together
Don't wait up
I just want to party forever
Never stop
Viva la fiesta

Don't wait up
I just want to party forever
Never stop
Everybody's dancing together
Don't wait up
I just want to party forever
Never stop
Viva la fiesta

Don't wait up
Never stop
Viva la fiesta


Lagu ni mempengaruhi PM masa muda muda dulu.haha mungkin rentaknya.. or...
RACHEL..hahaha

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Romantis itu ada ukurannya

hai pembaca blog PM lama betul tak berbicara, eh semalam update? itu sekadar paste lirik lagu yang PM minat je. kali ni PM ingin berbicara mengenai soal romantis. Bagaimana nak kenali lelaki yang romantis? Bagi PM nak mendapatkan seorang lelaki yang romantis sebenarnya sangat susah, adakalanya sangat senang. ha! sesetengah lelaki suka memndamkan apa yang mereka impikan, apa perasaan mereka pada seseorang. Macam PM la. Korang mesti cakap, 'adus PM sebelum sebelum ni entri ko da tulis ko jatuh cinta la apa la rindu la, sembunyi apa cam tu.' dan jawapan PM , awak tahu pada siapa saya tujukan? .

Bila berbicara mengenai perkataan romantis pasti ramai yang mahukan pasangan hidup yang mempunyai jiwa romantis ni kan? kita tertumpu kepada lelaki la yang romantis. kalau rupa kacak, berharta sikit tambahan romantis, memang akan menjadi jejaka idama melaya la dia. jom kita bicara sikit sikit berkenaan romantis.
Lelaki yang suka menghadiahkan bunga ni seorang yang romantik? padangan anda kaum wanita? Bagi PM lelaki yang selalu menghadiahkan bunga ni bukan lah seorang yang romantik. Sekadar membeli bunga di kedai dan hulurkan pada anda. Kalau begitu untunglah pemilik kedai bunga. senang betul nak jadi romantik, pergi kedai beli bungan da hulur. 

Lelaki yang selalu menuturkan kata kata manis? pandangan anda kaum wanita? "sweettalker' terbahagi kepada dua, satu yang berniat untuk mencairkan hati seorang perempuan kemudian mempermainkan hatinya, yang kedua lelaki yang sememangnya berbicara dari luahan hatinya. Jadi nasihat PM berhati hati bila berhadapan dengan lelaki seperti ini. Mungkin ada di sesetengah nya yang menggunakan taktik ini untuk tujuan yang tak betul. Romantis dari sudut bicara? akan memberikan dua impak.. negatif dan positif.

Lelaki yang selalu ajak keluar bersama (kapel) ? pandangan anda kaum wanita? ' romantik nya mereka berdua, selalu bersama sama gi makan, gi shopping, gi kelas. romantiknya.' hey itu bukan romantik, itu mengambil kesempatan. tak perlu la nak 24jam bersama sama kalau berkapel tu. Bagi PM kalau dia romantik, dia akan jaga pasangan dia dan takkan melekat berdua 24 jam.

Lelaki romantis bila dia sanggup berhenti main game kerana kekasihnya? pandangan kaum wanita? ha ini belum romantis. Yang lebih romantis bila lelaki tu berhenti mesej kekasihnya bila ibu bapanya meminta dia melakukan sesuatu. itu la lelaki yang romantis kerana patuh pada bicara ibu bapanya.

banyak lagi ciri ciri lelaki romantis yang tidak pendamba berkongsi.Bukan berniat memburukkan kaum sendiri, tapi supaya anda kaum wanita lebih berhati hati supaya tidak menyalahkan semua lelaki jika sesuatu berlaku pada anda. apa apa pun nasihat PM, rupa bukanlah segalanya hati itu lebih penting, luaran bukan penilai dalaman..berhati hati menyerahkan hati.sekian


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Tiba tiba ku Jatuh Cinta


So she said what's the problem baby
What's the problem I don't know 
Well maybe I'm in love (love) 
Think about it every time
I think about it
Can't stop thinking 'bout it

How much longer will it take to cure this
Just to cure it cause I can't ignore it if it's love (love) 
Makes me wanna turn around and face me but I don't know nothing 'bout love 

Come on, come on 
Turn a little faster
Come on, come on 
The world will follow after
Come on, come on 
Cause everybody's after love

So I said I'm a snowball running 
Running down into the spring that's coming all this love 
Melting under blue skies 
Belting out sunlight 
Shimmering love 

Well baby I surrender 
To the strawberry ice cream
Never ever end of all this love
Well I didn't mean to do it 
But there's no escaping your love

These lines of lightning 
Mean we're never alone, 
Never alone, no, no 

Come on, Come on
Move a little closer 
Come on, Come on
I want to hear you whisper
Come on, Come on 
Settle down inside my love

Come on, come on 
Jump a little higher
Come on, come on
If you feel a little lighter
Come on, come on 
We were once
Upon a time in love 

We're accidentally in love 
Accidentally in love [x7]

Accidentally 
I'm In Love, I'm in Love, 
I'm in Love, I'm in Love, 
I'm in Love, I'm in Love,
Accidentally [x2]

Come on, come on
Spin a little tighter
Come on, come on 
And the world's a little brighter
Come on, come on 
Just get yourself inside her 

Love ...I'm in love

Saya cuma nak anda sedar bahawa awak dah buat saya jatuh cinta pada awak..

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Suratku untuk mu kekasihku

Sekadar perkongsian untuk insan bergelar anak. secebis lembaran yang mungkin tertulis di pemikiran ibu bapa kita untuk kekasihnya(kita)...

A Letter
from Mom and Dad

When I get old , I hope you understand
and have patience with me

In case I break a plate or spill soup on the table 
because I'm loosing my eyesight
I hope you don't yell at me
older people are sensitive
always having self-pity when you yell 

When my hearing gets worse
and I can't hear what you're saying
I hope you don't call me 'DEAF'
please repeat what you said or write it down

I'm Sorry , my child
I'm getting older

When my knees get weaker
I hope you have the patience to help me get up
Like how I used to help you while you were little
Learning how to walk
Please bear with me

When I keep repeating myself like a broken record
I hope you just keep listening to me
Please don't make fun of me or get sick listen to me

Do you remember when you were little
and wanted a balloon ?
You repeated yourself until you got what you wanted

Please also pardon my smell
I smell like an old person
Please don't force me to shower
My body is weak

Old people get sick easily when they're cold
I hope I don't gross you out
Do you remember when you were little ?
I used to chase you around because you didn't want to shower

I hope you can be patient with me when I' always cranky
It's all part of getting old
You'll understand when you're older
And if you have spare I hope we can talk
Even for a few minutes

I'm always all by my self all the time and have no one to talk to
I know you're busy with work
Even if you're not interested in my stories
Please have time for me

Do you remember when you were little ?
I used to listen to your stories about your teddy bear
When the time comes and I get ill and bedridden
I hope you have the patience to take care of me

IM SORRY
if I accidentally wet the bed or make a mess
I hope you have the patience to take care of me 
during the last few moments of my life
I'm not going to last much longer , anyway

When the time of my death comes
I hope you hold my hand and give me the strength to face death
And don't worry
When I finally meet our Creator
I will whisper in His ear to BLESS you
because you LOVED your Mom and Dad
Thank You So Much for your care
We Love You

With much love,
Mom and Dad

Apa yang PM rasa bila baca ni? hurm air mata menitis walaupun sekadar ayat tapi sangat menyentuh perasaan, mampukah PM melayan mereka dengan baik bila mereka tua seperti apa yang mereka telah lakukan untuk PM selama ini. PM berusaha menjadi anak yang kenal entri penat lelah keperitan membesarkan seorang anak.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Spontaneous Thursday #31

Bilangan perempuan ramai dari lelaki.. Tetapi kenapa awek orang jugak perasaan cinta tu hadir.ah pening pening.. kenapa tak yang single single? ahhhhhhhh.....

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Wordless Wednesday #34 Header baru

haha tak gerak kat post.knapa?

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Wordless Wednesday #33

i always be ur doraemon.haha thats my promise

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Relationship satu dosa

Hai pembaca blog PM, betulkan ke kita tak dapat bernafas dengan mulut ketika kita sedang jelirkan lidah?hehe , ok dah dah jangan buat. haha. hari ni PM nak berbicara soal ini

Relationship di Facebook, apa pendapat anda. PM pernah membaca satu artikel di FB mengatakan BERDOSA jika buat relationship di FB dan penjelasan Ustaz Azhar pula mengatakan sebaliknya. Jadi mana yang boleh diguna pakai? kita persoalkan persoalan di benak fikiran kita sendiri.

Betul ke jika membuat relationship di FB boleh menimbulkan fitnah? jika kita lihat dari sudut negatif, memang benar ya. Sedangkan Islam menyeru kita untuk menghebahkan tentang perkahwinan, tetapi menyembunyikan pertunangan apatah lagi perhubungan percintaan yang belum sah dari hukum agamanya. Dan apa yang bakal anda katakan pada PM, tak salah mereka cuba berkongsian perkhabaran yang baik untuk semua. Dan PM pun tak kata salah buat relationship di FB ni.

Berbalik kepada isu fitnah? pandangan serong orang atas relationship di FB ,PM rasa ada lagi benda yang patut anda nampak selain relationship ini. Ya, berkenaan GAMBAR dan POST anda di FB, Itu salah satu perkara atau perbuatan kita yang paling mudah untuk ditimbulkan fitnah atau kata buruk terhadap seeorang. Contohnya, seorang perempuan, meletakkan gambar tanpa menutup aurat/seksi di FB sedikit sebanyak dia telah melakukan perkara yang membuatkan orang lain memberikan tanggapan negatif terhadap beliau.

Sebaliknya bagi lelaki, yang meletakkan gambar diri sendiri dalam keadaan shirtless , kononnya nak menunjukkan badan yang 'taf' tu. Kadangkala gambar yang tak menutup aurat. Jadi di sini kita dapat lihat betapa sempitnya pemikiran kita dalam menilai seseorang. kita nampak sesuatu relationship yang dikatakan bakal menimbulkan fitnah akhirnya memberikan dosa. Tapi perkara perkara yang sedia ada di hadapan kita?di home kita?kenapa tidak kita tegur? dan bila bercakap pasal pahala dan dosa. Siapa kita untuk menilai ?

Nasihat PM, jaga la tingkah laku kita di FB, satu lagi gambar, jaga la aset yang anda miliki sebaik baiknya. Setiap manusia suka pada kecantikkan tak kira lelaki mahupun perempuan. Jangan jadikan aset anda sebagai bahan untuk orang lain berbicara. sekian. Maafkan kekurangan atas entri ini sekadar perkongsian dari insan yang penuh khilaf.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

When I say I Love You



They read you Cinderella
You hoped it would come true
That one day your Prince Charming 
Would come rescue you
You like romantic movies
You will never forget
The way you felt when Romeo kissed Juliet

All this time that you've been waiting
You don't have to wait no more

I can love you like that
I would make you my world
Move Heaven and Earth if you were my girl
I will give you my heart
Be all that you need
Show you you're everything that's precious to me
If you give me a chance
I can love you like that

I never make a promise I don't intend to keep
So when I say forever, forever's what I mean

I'm no Casanova but I swear this much is true
I'll be holdin' nothing back when it comes to you
You dream of love that`s everlasting
Well baby open up your eyes

I can love you like that
I would make you my world
Move Heaven and Earth if you were my girl
I will give you my heart
Be all that you need
Show you you're everything that's precious to me
If you give me a chance
I can love you like that

You want tenderness-I got tenderness
And I see through to the heart of you
If you want a man who understands
You don't have to look very far

wah PM tak tahu kenapa PM post lagu ni...
fallen in love?but with who???

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Tertebus kesangapan ku

Hai pembaca blog PM, terima kasih pada pembaca yang masih setia menjadi pembaca dan pengomen setia blog PM walaupun PM da jarang update. mungkin PM akan mula update entri balik lepas ni, selepas PM kembali mendapat semangat dari seseorang. ok la kali ni kita tidak akan memulakan bicara dengan entri cinta tapi kita beralih tentang kesangapan PM yang telah lama PM pendam.

Bila bercakap tentang kesangapan mesti ramai yang tahu sangap ni membawa maksud gian atau lain pada itu mengantuk, tapi kita akan berbicara mengenai GIAN. YA gian, da lama PM pendam akhirnya terlunas. Bukan ingin bercakap perkara negatif tapi sekadar perkongsian kegembiraan dengan pembaca blog PM.

Akhirnya PM berjaya memiliki apa yang PM idamkan selepas barang lama yang ada di rumah PM rosak sejak ramadhan tahun lepas. Tapi berkat usaha, duit dari blogging?eh. takde kaitan, PM berjaya memiliki sebuah..
Dengan harga RM 1700 PM berjaya memiliki sebuah TV PLASMA berjenama PANASONIC, alhamdulillah rezeki dari Allah dipermudahkan dalam segala urusan. Selain itu PM juga membeli set Home Theater Sytem  berjenama PANASONIC dengan harga RM 850 
Mudah mudahan set ni mampu bertahan lama di rumah PM, dan dalam perancangan PM ingin membeli sebuah MIXER, untuk memudahkan karaoke, bajet PM hanya RM 500. haha . Untuk entri ni PM hanya nak berkongsi kesangapan PM untuk menonton televisyan telah pun terlaksana, mungkin untuk entri seterusnya PM akan berbicara mengenai perubahan pada rumah PM. sekian.


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

7 Yang harus kita tahu

Hai pembaca blog PM, ada lagi yang ingat kat diri ini?hahaha lama betul tak update. maaf emosi terganggu.. PUIH! terganggu apa online FB tiap tiap hari.haha.. ok la untuk entri pembukaan kali ni PM nak berkongsi sesuatu yang PM baca di facebook tadi. ala kalau da baca pun tak pe la Pm nak kongsi jugak. jom pakat pakat kita amalkan.mudah mudahan kita berada dalam landasan yang benar. InsyaAllah

Tujuh kalimat yg harus dibiasakan.

1.Bismillahirrahmanirrahiim:
Setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah :
Setiap kali habis melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullah :
jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.Insya Allah :
jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :
bila sukar melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :
jika melihat/menghadapi musibah.

7.Lailaha illallah :
bacalah siang & malam sebanyak2nya.

Rasulullah bersabda :
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.."
moga semua memperolehnya..Amin ya Amin. 


sekadar perkongsian untuk kita semua...

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

1 Group 10 Suara



Selamat datang undangan penyeri 
Apam Polkadot memperkenalkan diri 
Bicara kami terlukir dihati 
Segala kekhilafan harap dimaafi. 

Assalamualaikum pengunjung dihormati 
Pemberi cetusan idea dan inspirasi kami 
Usaha dari kami bakal dilayari 
Buat tatapan dan ingatan di hati 

Alhamdulillah selesai sudah sesi perbincangan dari kami 10 orang ahli kumpulan Apam Polkadot untuk menjayakan aktiviti ke sembilan Geng FiQ’Ra yang bertemakan 1kumpulan 10 suara. Ternyata dengan aktiviti ini kami semua dapat mengenali dengan lebih rapat siapa ahli kumpulan kami. Jika sebelum ini kami hanya bertegur secara biasa kini kami telah pun berusaha mencapai motif utama Geng FiQ’Ra untuk menjadi sebuah family. 

10 Ahli bukan mudah untuk berkongsi
namun atas usaha ini yang kami hidangi
buat jamahan pengunjung disini
ku perkenalkan senarai ahli kami

Aqidah Nuwairah ☜♥☞ http://iniblogciknuwairah.blogspot.com/
Aziera Adenan ☜♥☞ http://ierasukamenaip.blogspot.com/
Hafizah fitrah ☜♥☞ http://izamindorayakis.blogspot.com/
Nurin Najwa ☜♥☞ http://qesahsaya.blogspot.com/
Intan Syazwani ☜♥☞ http://msyarz.blogspot.com/

Bila berbicara lebih lanjut mengenai aktiviti ini, kami ditugaskan untuk mencipta sebuah kumpulan kami sendiri, bagaimana kami merancang strategi, bagaimana kami berkomunikasi bagaimana kami mencorakkan aktiviti yang diberi. Alhamdulillah dengan izin dari Allah SWT kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberi pada waktu yang diingini tanpa menghadapi kesulitan. 

Kami akan mempersembahkan hasil perbicangan kami. 

Idea dikongsi bukan untuk dibaziri, 
Menjadi panduan dalam merancang strategi, 
Biarpun simple tapi mudah untuk diingati 
Kupersembahkan nama ahli kumpulan kami 



Walaupun kami berbeza dari segi jantina, umur, asal dan padangan tapi bila bersama satu gabungan yang berkualiti kami hasilkan. Sesukar mana dugaan yang kami hadapi untuk berkomunikasi itu bukanlah satu halangan yang besar untuk menidakkan kami mencapai apa yang kami hajati. 

10 nama sudah ku hidangi 
Buat tatapan hadirin kesini 
Menjadi bualan bukan itu yang kami impi 
Hanya ingatan yang sudi tersemat di hati 

Penat lelah kami berusaha 
Akhirnya hasil ini yang kami terima 
Resepi kita, kejayaan bersama 
Menjadi tagline kami semua


Apam polkadot, cantik ditatapi enak dirasai . Apa acuan nya? Apa pula resepinya?jadi melalui nama kumpulan , kami semua menetapkan satu tagline yang akan menjadi pengenalan kumpulan kami iaitu resepi kita, kejayaan bersama. Apa resepi kami ? apa strategi kami? Itu menjadi rahsia kami. Bersaing itu kami pasti, ukhwah bersama juga tak lupa kami pahatkan dihati. 

Pemilihan tagline ini berdasarkan apa yang bakal kami lakukan, apa pula perancangan kami untuk menjadi salah sebuah kumpulan yang mampu memberikan saingan secara “challenger” kepada kumpulan lain. 

Animasi menjadi pilihan dihati
Agar tertarik indah dipandangi
Banner ku hamparkan untuk ditatapi
agar engkau menjadi penilai sejati


Mesti anda tertanya tanya kenapa banner kumpulan kami seperti tu. apam polkadot kecil kemudian besar, kami akan terangkan, banner ini terhasil menepati kesesuaian tagline kami, resepi kita, kejayaan bersama. Apam polkadot kecil tu sebenarnya merujuk apa resepi kami, apa strategi kami. Manakala apam polkadot yang besar tu menujukkan kejayaan yang bakal kami kecapi.

Seperti kapal perlukan arah untuk ke destinasi 
Begitu juga Apam polkadot sekumpulan 
Matlamat sudah diukir bakal kami turuti 
Menjadi landasan mencipta kejayaan 


Kesedihan bakal kami tutupi dengan senyum tawa, susah senang bakal kami penuhi dengan kelebihan yang ada pada ahli kumpulan kami, yang akan menghasikan kami sebagai sebuah kumpulan yang happening dan ceria sokmo. Oh ya sokmo itu bermaksud selalu. Apa jua berlaku, sesukar mana dugaan yang bakal kami hadapi insyallah kami hadapi dengan tenang . Berpegang pada matlamat.sebuah group yang happening dan ceria sokmo. 

Hampir selesai persembahan kami,
tapi video kami tak nampak dicari
lupakah kami atau ini hanya konspirasi
video intro kami ada di SINI

Bukan menjadi kumpulan yang sepi 
Diam diam kami diam berisi
Indah rangkap tersusun bait berpuisi 
Menjadi irama hiasan di hati 

Madah bicara inspirasi di hati
didendangkan pula bersama irama melodi
lagu dicipta bukan untuk khazanah diri
tetapi sebagai penghibur pengunjung kemari
Lirik Percaya pada Apam Polkadot

Aku tak tahu apa yang kurasakan,
Dalam kumpulan ku semuanya bersatu,
Lihat leaderku lihat member kumpulanku

Resepi kita kejayaan bersama,
Itu tagline kita untuk slamanya
Walau dugaan menimpa kita tetap bersama

Rahsiakan resepiku juga strategiku,
Percaya padaku juga kumpulanku
Hingga akhir waktu ku tetap bersatu..
-nada percaya padaku-ungu.
Kami akhiri pengenalan kumpulan kami
bukan tugasan seorang kerana kami kumpulan
hasil terhidang kami rasa berkualiti
harap kepuasan terukir dihati kalian

Dengan lafaz Terima kasih kami sudahi
kerana sudi menjadi penyeri
Idea kami, penulisan kami
tetap bersama walau ada yang mencaci.

sekian.

P/s : alhamdulillah nampak hasil kerja kami sekumpulan. semua idea diolah dan berbincang bersama bersama.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2011PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD