Assalam semua, walaupun pos pertama saya tak mendapat sambutan namun PM akan tetap kuatkan semangat untuk terus blogging, banyak cerita yang PM nak kongsikan dengan anda semua, dah terlalu banya PM pendamkan seorang diri. Dan kali ni kita akan berbicara mengenai syaitan. 'Aik!' kenapa plak syaitan? jom kali ni PM nak seru semua kawan kawan kita jadi macam syaitan . erh jap! korang kenal tak syaitan tu apa? jadi PM terangkan sikit apa tu syaitan ye, ni maklumat yang PM dapat dari Ensiklopedia.
“Jin kafir” juga sebagai syaitan atau iblis. Dari segi bahasa, kata “syaitan“ (Arab) berasal daripada bahasa Ibrani yang bermaksud “ lawan” atau “musuh”.
“syaitan“ ialah bahasa Arab asal (syaitan) kerana sejumlah kata Arab asal dapat dibentuk daripada kata itu, misalnya syatana yang bermaksud “jauh”, “sesat” dan “fanatik”.
jadi kita teruskan kenapa PM kata kita perlu jadi syaitan, ambil masa seketika fikir positif tentang syaitan ada sikap syaitan yang kita boleh ambil sebagai pegangan. Syaitan ni satu satu nya makhluk yang takkan pernah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara . Syaitan ni akan buat apa jua cara, akan mencara pelbagai helah untuk mencapai apa yang diingini. PM cuba menegaskan suatu perkara disini, kita ikut sikap syaitan yang tidak putus asa untuk berjaya jangan tertipu dengan cara kotor untuk berjaya.
sebagai contohnya dalam kehidupan seharian kita syaitan sentiasa ada bersama kita untuk mengambil peluang menghasut dan menggoda kita. contohnya.
subuh : kita - erh da lewat nak terlepas solat subuh da nisyaitan - kejap la, masih awal untuk bangun, lena mu,mimpimu masih indah. (berjaya atau tak itu kita)
tengahari ke petangkita - ' wah kerja banyak ni, malas nya nak buat, nak copy and paste je la" "kerja banyak solat belum lagi" syaitan - kerja lagi penting menjamin kamu hidup di dunia ni,harta tu...
Ok PM terangkan pendek je, apa sekalipun syaitan akan berusaha menggoda kita dari melakukan kebaikan dan sentiasa mengajak kita untuk leka,lalai dan jauh dari Allah. OK kita beralih kepada persepsi manusia plak di mana kita mestilah berusaha tanpa mudah putus asa untuk mencapai apa yang kita ingini. nak berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, cinta keluarga dan sebagainya.
akhir kata dari saya, sekali sekala musuh kita memberi kita kekuatan dan 'hint' untuk kita terus berjaya sebenarnya, jadi luaskan pandangan anda untuk mencari apa yang tersembunyi dalam musuh kita. Cari dan aplikasikan apa yang kita tahu untuk berjaya.akhir kata dari PM, berusaha la untuk berjaya sampai bila kita nak terus bergantung pada belas ihsan orang lain untuk berjaya,. berpijak di bumi nyata.
6 bicara cinta:
JADILAH SEPERTI SYAITAN YG TAK PERNAH BERPUTUS ASA ..
kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Tidak ada yang namanya hari yang tidak penting dalam kehidupan manusia ini. Setiap saat berharga.
haiiii! awat lama menghilang?
Insyaallah akn terus berusaha utk capai kejayaan ~
#jgn arap dpt goda2. heee :D
astagfirullah..
teruskan dengan info2 islamic mcm ni erk. . hehe
Post a Comment