Bila berbicara soal impian, pasti setiap orang mengimpikan kesempurnaan tak kira dari segi taraf hidup, perhubungan dan segalanyanya. Pasti impian yang diciptakan bergitu sempurna. Tanpa ada cacat celanya, dan kali PM akan berbicara mengenai kesempurnaan atau kebahagian dalam perhubungan. sama dalam perhubungan kita memerlukan kebahagiaan atau kita tetap mengejar kesempurnaan dalam perhubungan percintaan.
PM tertarik dengan satu dialog yang dilafazkan oleh Lisa Surihani dalam cerita Semerah Cinta Stilleto.
Apa yang awak rasa tak sempurna pasal diri awak, keluarga awak hidup awak itu la kesempurnaan untuk diri saya. Kesempurnaan dalam hidup tiada, yang wujud kebahagiaan.
Kadang kadang kita seringkali merasakan bahawa hidup kita serba kekurangan, kenapa tidak mendapat itu, tidak mendapat ini.Sentiasa mengeluh dengan kekurangan yang dimiliki. Tapi pernahkah kita meletakkan diri kita dalam keluarga yang lebih bernasib kurang baik dari kita?bila kita renung kehidupan insan lain yang kurang dari kita baru kita sedar betapa sempurnanya kehidupan kita sekarang. Bergitu juga soal cinta, kita sering mengeluh dengan kekasih kita , tapi kita lupa bahawa mereka telah berkorban untuk mengukir senyuman di wajah kita.
Dari mana nak cari kesempurnaan? memang kita takkan pernah mengecapi erti kesempurnaan kerana kita tahu tiada yang sempurna melainkan Allah SWT. Apa yang kita boleh lakukan adalah menggapai kebahagiaan, dari kebahagiaan kita sudah hampir pasti menemui apa itu kesempurnaan. Hidup ini seperti sebuah novel.setiap bab merupakan perjalanan hidup kita, kadang kadang kita senang dengan hidup kita dan kadang kadang bila kita berda di ruangan konflik kita akan diuji dengan pelbagai ujian, dan akhirnya kita akan menemui pengakhiran cerita kita. Tapi harus diingat setiap kenangan kita itu la kebahagiaan sebenar yang perlu kita rasai.
Pernahkah anda berfikir tentang ayat, " Pahit manis kehidupan" kenapa tidak disebut sebagai "manis pahit kehidupan" cubalah dengar siapa siapa yang berbicara mengenai ini, PM pasti sebutan nya akan berbunyi "pahit manis kehidupan" bukan nya "manis pahit kehidupan" .Pernahkah kita persoalkan? PM tak rasa kita pernah mempersoalkan. kali ini biar PM terangkan, setiap perjalanan hidup kita, pasti diiringan dengan cabaran dan dugaan, pastinya itu merupakan kepahitan buat kita kerana kita seringkali tertekan,bersedih dengan setiap ujian yang diberikan. tapi kita lupa setiap cabaran dan dugaan yang kita alami pasti memberikan seribu keindahan dalam kehidupan kita nanti. Percaya lah Allah menjanjikan yang terbaik untuk makhluk ciptaan Nya. Cuma kita seringkali didatangi ujian kerana kita seringkali terleka untuk mengingati Nya dalam kehidupan seharian kita.
Mengikut teori Maslow yang diperkenalkan oleh Abraham Maslow iaitu Bapa Perdagangan kita diajar bahawa keperluan manusia terbahagi kepada lima bahagian di mana bahagian kelima iaitu puncak keperluan manusia adalah kesempurnaan diri. dan untuk mencapainya kita perlu melalui empat elemen keperluan yang lain. Secara logik nya kita dapat melihat untuk mencapai kesempurnaan kita akan melalui pelbagai kesulitan dan cabaran sebelum kita berjaya mengecapi nya.
Keperluan kita yang pertama adalah dari segi psikologi iaitu keperluan asas dalam kehidupan. Pada tahap ini
kita diajar untuk memenuhi keperluan utama kita iaitu dari segi pakaian, makanan, tempat tinggal dan sebagainya. Pada tahap paling asas kita telah diuji bagaiman untuk mendapatkan makanan?tempat tinggal diuji dengan kemampuan kita. Pada tahap dua kita diseru untuk memenuhi keperluan dari segi keselamatan iaitu perlindungan untuk menjaga kita, kerana pada tingkat ini kita telah diajar untuk berjaga jaga dengan dugaan dan ujian yang bakal dialami apabila kita telah memiliki keperluan asas.
pada tahap tiga dan empat kita memerlukan perhubungan, dan penghargaan ,pada tahap ini kita akan menemui erti kebahagiaan. Percaya atau tidak pada PM? cabar diri anda untuk mencapainya dan anda akan merasai nikmat pengorbanan anda dalam ujian yang dialami sebelum ni. Pada tahap terakhir kita akan merasa nikmat kesempurnaan dari kebahagiaan yang kita kecapi. Jika PM kaitkan teori ni kedalam perhubungan cinta. pada tahap pertama kita melalui proses perkenalan, pada tahap ni kita akan diuji dengan perlbagai ujian,kesetiaan,keikhlasan dan kejujuran. kemudia pada tahap kedua kita akan beralih kepada proses mengenal dengan lebih mendalam,iaitu berjumpa dengan keluarga masing masing.
Pada tahap tiga kita mendirikan sebuah ikatan sah iaitu perkahwinan di sini kita akan merasa nikmat kebahagian bergelar suami isteri yang sah, yang keempatpada tahap ini kita sudah memiliki cahaya mata. dan satu lagi kebahagiaan telah muncul dalam kehidupan kita. pada tahap kelima kita merasa sempurna dengan semua ni. setiap yang diimpikan menjadi kenyataan dan kebahagiaan itu memberikan kesemournaan.Nasihat PM usah dikejar kepada kesempurnaan tapi berusahalah untuk mengecapi kabahagiaan. sekian.
ps maaf jika entri ini membosankan. tapi jika anda faham apa yang PM cuba sampaikan insyaallah anda akan gembira membacanya. semua ayat diatas adalah hasil idea PM hanya dialog yang dicuri.hehe..
15 bicara cinta:
moga moga akhirnya kita semua temui kebahagiaan ok ;)
aku mahukan kebahagiaan ..hehe :p
pahit manis kehidupan.sblm ni x perbah terfikir pun nape sebut pahit dlu br manis.hehe
--->membaca smbil ulang kaji. ti kalau keluar soalan ni, muka abang pejal terus terbang kat minda.. p
smua org mahukan kebahagiaan tu..tapi jgn terlalu mengharap pasangan kita itu sempurna serba serbi..lengkapkan diri dia dengan kelebihan yang kita ada ;)
baru lar sempurna bila saling melengkapi hehehe..
yes, kebahagian tu yang aku cari-cari.
tak boleh dibeli dgn duet harta segala...
:)
thanks untuk entry ni
nak sgt bhgia lama2
tak thu la bila
wah entry panjang lebar. :P
tiap2 hr bhagia ni.
^__________________^
disebalik keresahan dijiwa
pasti ada pelanginya
kesenangan
kebahagiaan
tidak akan dtg bergolek
tanpa sebarang kesusahan yang menimpa =]
nice :)
suke semua kata2 mu wahai encik kasih..
saling melengkapi.. itu bahagia yg sempurna~
saling melengkapi.. itu bahagia yg sempurna~
hidup nih xda dugaan xbest ma...
serupa hidup xda cabaran..lahir, dewasa, kawen, meninggal..then ulang lagi... tak mencabar lah kan..
Allah dah tentukan sebaik-baikny..
tetiba rasa belajar organizational behaviour balik.. heheh *teori maslow...
suke entri ni..btw, pnh nmpk chart tu..dlm sbjek management.. :) hehe
Post a Comment