PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Kau Miliki Hatiku Ini

Hai pembaca blog pendamba mawar, kali ni pendamba nak berbicara mengenai gadis, perempuan, wanita yang menjadi pilihan hati pendamba. Ya pendamba juga insan yang serba kekurangan tapi tak salah jika pendamba memasang angan angan. Pendamba akan senaraikan apa kritiria yang pendamba inginkan untuk bakal teman hidup pendamba.
Pendamba berharap 'awak' dapat memenuhi apa yang pendamba impikan. Dan pendamba cuba penuhi apa yang 'awak' impikan.
Manja
Pendamba suka seorang gadis yang manja bukan mengada ngada. Manja pada pendamba bukan pada insan lain. Dari manja kita dapat lihat kelembutan seseorang. 
Bertudung atau 'freehair'
Pendamba bukan jenis yang memilih dalam soal bertudung atau tidak untuk menjadi pasangan pendamba. Tapi ini sebelum menjadi milik pendamba yang sah, bila 'awak' dah sah menjadi milik pendamba, pendamba tadahkan harapan 100% kepada anda untuk kekal bertudung dan menutup aurat.
Boleh memasak atau tidak
Pendamba inginkan seorang permaisuri hati yang boleh memasak, pendamba tak cerewet dalam makanan, jadi awak tak perlu risau nak masak apa pun. Selagi itu air tangan 'awak' pendamba akan menjamah nya tanpa alasan. Jika awak tak pandai nak memasak, tak perlu risau, pendamba akan sentiasa bantu anda di dapur. Pendamba akan tolong awak masak.
Kaki Fesyen
Pendamba harap sangat awak pandai dalam berfesyen, pendamba tak mahu permaisuri hati pendamba hanyut dalam arus fesyen yang mengalir deras seperti air. Pendamba nak sangat tengok anda pakai pakaian yang tak mencolok mata, tutup la mana bahagian yang perlu ditutup. 
Kaki cermin
Pendamba harap awak juga suka melihat cermin, ya pendamba maksudkan cermin diri sendiri, siapa kita, apa kelebihan kita, apa pula kekurangan kita. supaya kita sedar diri kita yang sebenar, tidak sombong dan riak.
Hormat orang tua
Ni la salah satu pilihan yang buat pendamba padam awak dari menjadi permaisuri hati pendamba, pendamba nak sangat awak seorang yang menghormati orang tua,ibu bapa awak dan ibu bapa pendamba. Tanpa mereka siapalah kita. Jika sudi biarlah kita bawa orang tua kita hidup bersama sama kita.
Minat pada budak
'Comel nye budak tu' itu pandangan pertama anda jika melihat seorang budak. kan bagus  senang la nanti kita nak menjaga zuriat kita nanti. Takde la kita nak susah payah upah pembantu rumah untuk semua itu. itu kan anugerah Allah kepada kita, jadi kita harus la bertanggungjawab untuknya.
Terima seadanya
Pendamba akan terima awak seadanya ,jika awak ada kekurangan pendamba akan cuba tutup kekurangan tu dan pendamba juga berharap awak juga mampu lakukan perkara yang sama buat pendamba.  Pendamba seorang yang ramah dengan orang lain, tapi hati pendamba masih kukuh terpahat erti kesetiaan . Jadi pendamba berharap awak mampu percayakan pendamba juga.
Agama
Ni kritiria paling penting buat awak, agama adalah segala galanya. Pendamba berharap sangat awak mampu jadi makmum pendamba. Pendamba nak sangat awak cium tangan pendamba selepas kita solat berjemaah. dan pendamba harap awak mampu hadiahkan pendamba dengan surah Al Fatihah, Yassin serta bacaan ayat ayat suci Al Quran jika ditakdirkan pendamba pergi dahulu daripada awak.
Itu lah senarai yang pendamba impikan, memilih sangat pendamba ni? pendamba akan terima siapa jodoh pendamba. Tapi pendamba akan doakan semoga Allah memperkenankan jodoh buat 'kita'. Sekian


P/s: Kenapa tetiba tulis pasal ni?idea ni muncul selepas 'awak' call saya .terima kasih ,saya hargai.
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

14 bicara cinta:

cik mate sepet said...

mesti pendamba ni pndai masak kn? hehehe

Ku Azhar said...

waaa!! abe ske mkn ape? hehehe

RinsyaRyc said...

--->carik lelaki pandai masak cam cheff wan, pandai jaga budak <---laki camni comel.. hahhaa..

CikTeddyCorner said...

alahai sweetnya..mooga2 encik kasih cpt dpt jodoh.Amin! eh umo encik kasih bape ek?^^

Idzanfashila said...

insyaallah. pasti ada. yg penting pendamba kena pandai mencarinya.

:)

nurul diana said...

untunglaa spe dpt abg , hehehe

~eFFa sLumBeR~ said...

semoga kamu n 'awak' akan bersatu n semoga 'awak' tu menjadi pasangan pendamba..

Syuhadah Razali | Lifestyle . Family . Food said...

hahaha..yang paling penting pendamba kena terima pasangan pendamba seikhlasnye...sebab 2 paling penting...*pengalaman adah*

Rosalia said...

wah~! pedamba pandai masak ea?:) hihi siapalah gerangan perempuan tu kan?

Falling . said...

eheheheh x cerewet sgt~~~ t lau da jmpe jgn lupa gtaw taw ;)

echa takashimaya said...

hehe.insyallah. semoga PM dapat seperti yang diinginkan :)

Unknown said...

wow!! senarai ciri2 calon isteri

reenapple said...

untungla... =)

anamizu said...

wahhh ni smue calon ISTERI solehah ni pendamba :)




luv,
cik ana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD