PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Jana Idea untuk blog?

Hai pembaca blog PM, kali ni kita akan menyelusuri cara untuk jana idea yang PM lakukan untuk setiap entri baru blog PM. Langkah kita mungkin berbeza kerana kita ada cara tersendiri untuk mencanang idea apa yang boleh ditulis dalam blog. Jadi biar PM kongsikan serba sedikit. PM bukan blogger yang mempunyai idea idea power seperti blogger lain. tapi setakat ni blog PM sentiasa update.
Masa
Berapa lama anda menyiapkan satu entri?15minit?30minit? berhari hari? Mungkin kita tak menyedari kepentingan masa dalam menyiapkan sesuatu entri. Masa mempengaruhi kualiti cerita dan penghayatan cerita yang kita cuba kongsikan. PM biasanya ambil 30minit maksima untuk menyiapkan satu entri termasuk, mencari gambar gambar yang sesuai menggunakan google.


Mood
Biasanya ini yang paling penting dalam penulisan ,mood anda. Ok atau tidak. PM sendiri akan menulis ketika mood ok je,kalau tak ok PM tulis gak.haaha. kenapa PM nasihatkan anda ada mood ketika menulis dalam blog?kerana bahasa dan gaya penulisan anda akan berubah kalau anda tidak mempunyai mood. contohnya anda sedang marahkan seseorang, tersangat marah dan pada masa itu anda ambil keputusan untuk menulis dalam blog. alasan melepaskan geram. anda yakin dapat mengawal gaya bahasa yang akan anda gunakan? Jika ya jawapan anda. PM takkan halang anda menulis dalam blog ketika hilang mood.


Jalan Cerita
Penting untuk sesuatu entri mempunyai jalan cerita, apa yang PM dapat perhatikan adalah anda kehilangan arah apabila berada ditengah tengah penceritaan, menulis blog sama seperti menjawab soalan penulisan di dalam peperiksaan, amik masa seminit dua rangka jalan cerita, tak perlu la nak tulis atas kertas bagai, anda rangka dalam pemikiran anda je la. ni nasihat PM kalau anda tak mahu entri anda sentiasa lari dari tajuk.
Daripada mana idea?
Ha ini pun penting, apa yang anda nak tulis?dari mana sumber penulisan anda? bagi PM idea yang paling best untuk dijana adalah melalui persekitaran kita sendiri. Apa yang berlaku disekeliling kita. apa yang terlintas di hadapan kita. sebagai contoh kita melihat budak lelaki satu taman sibuk kacau awek awek yang lalu depan diorang, jadi kita boleh gunakan itu sebagai idea kita, cuma kita olah jalan cerita supaya nampak lebih menarik. bukan niat untuk hipokrit tapi kita harus lah bijak dalam merencanakan sesuatu supaya dapat menarik perhatian orang.
Sesuatu yang dapat menjanakan idea
Ini juga penting, sesuatu yang dapat menjana idea. Apa dia? Bagi PM salah satu perkara yang membantu PM dalam menulis entri adalah lagu, PM suka dengar lagi ketika update entri baru. Walaupun lagu tu tiada kaitan dengan entri kita tapi itu yang menemani PM dalam menyiapkan sesuatu entri. 


Lima perkara yang dapat PM kongsikan untuk menjana entri baru, maaf jika tak dapat terima point point ini. sekadar berkongsi pada yang sudi menerima. sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

17 bicara cinta:

umamahkinah said...

wah2..nice shares from u...

betul2..dgr lagu bru syokk blogging

Nadia said...

bernas....nad amik masa yg lama sikit kalau nak buat entry ni..huhu...

mood??nad salu ok jer...tapi kalau kuar mood tak blogwalking...cam hampeh jer...

jalan cerita??kadang2 jer mengarut...^_*

komen panjang luar biasa....^_*

Anonymous said...

hmmmmmmmm ape sebut nama aku tuuu.ngahahh

nice to be shared^^

cik wanie Lovela (CWL) said...

nak shared ada ayatt best kad situ

Miss Purple Ungu said...

thanks PM..sharing the info ;)

cik ika said...

idea nk wat entri ika dtg tanpa diundang..heheheh..kdg2 dlm kelas..kdg2 dlm toilet..heheheh

Falling . said...

semua point betol~~ 101% UTK ANDA!!

lynda said...

nice info. tapi lynda semakin mals nak updated. satu entry amek masa 2,3 hari.huhu

ascil.punye.lah said...

thanks lah share.aku rasa macam tak pernah terpikir pon pasal 5 benda di atas.suka tulis entry hentam keromo je.hahah.

aamalinaazman said...

^______________^

masa tu x jadi masalah kalo tahu jalan cerita, ada isi, ada gambor dan cintakan blog!

hehehe

aah..selalu dpt isi dr persekitaran

Aesya Zealous said...

idea dtg bile dlm toilet. haha

Nour Eyza said...

mood dan apa yang nak diceritakan tu penting. =)

The day we meet said...

suka yg last statement tu..
listening music time ngah update entry :)

kim heeruul said...

yeah,idea gua dtg dtg berdasarkan pengalaman & persekitaran..^^

Ku Azhar said...

waaa...idea ku dr ape yg tgh berlaku je :P

zainatul abu bakar said...

thanks ye..banyak membantu blogger baru mcm sy ni :)

keep sharing ok ^_^

Hun_eyes said...

nice sharing dude ! hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD