PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Kekasih Atau Sahabat

hai pembaca blog pendamba mawar, apa cerita anda hari ni? Hari ni izinkan pendamba berbicara isu kekasih dan sahabat. Kenapa pendamba pilih isu ni?pendamba ada masalah dengan kekasih ke? ok pendamba single lagi tak de kekasih ok. Pendamba cuma tertarik dengan teman blog pendamba reenapple yang meluahkan perasaan mengenai perubahan yang berlaku terhadap teman nya selepas memiliki kekasih. Izinkan pendamba berbicara mengenai isu ini.


Tak perlu pendamba jelaskan dengan lebih mendalam mengenai KEKASIH dan KAWAN kerana pendamba yakin anda dapat bezakan antara dua ini. Terlebih dahulu pendamba minta maaf kepada sesiapa yang mungkin terasa dengan bicara pendamba kerana pendamba ingin anda semua sedar mengenai isu yang anda katakan lapuk ini.




Ramai kawan kita yang berubah selepas mereka memiliki kekasih, kawan pendamba juga ramai yang bersikap demikian rupa. Dan pendamba yakin anda juga mengalami perkara yang sama dimana kawan kita tiba tiba berubah selepas mereka mempunyai kekasih. Kenapa terjadinya hal sedemikian rupa? Pendapat pendamba kekasih mereka mengawal tingkah laku mereka dengan siapa mereka 'harus' berkawan.


Persoalan pertama dari pendamba, antara KAWAN dan KEKASIH siapa yang anda kenal terlebih dahulu? Diantara PERSAHABATAN dan PERCINTAAN mana yang anda lalui terlebih dahulu? Jadi layak kah anda untuk mengabaikan seorang Sahabat untuk sebuah percintaan? Jawab soalan pendamba.




Biasa nya Mereka yang bercinta mampu luangkan hampir 24jam sehari untuk Kekasih mereka, Tapi untuk kawan? seperti teman pendamba cakap kawan hanya wujud dalam percintaan bila mereka ada masalah dengan kekasih, bila mereka sedih dengan sikap kekasih, bila mereka putus. Ya masa itulah anda mula mencari kawan. Tak malu ke macam tu? bila senang anda lupakan seseorang yang pernah gembirakan hati anda, sentiasa bantu anda.sentiasa menjadi pendengar setia anda. Bila susah? masa itu anda baru teringat akan kehadiran mereka.




Kita beralih pula kepada isu kekasih tak benarkan mereka berkawan terutamanya dengan kawan yang lain jantina dengan mereka. Ini la perkara paling mengarut pendamba tak dapat terima. Dalam satu hubungan percintaan,salah satu perkara yang penting adalah KEPERCAYAAN, jika pasangan anda tak benarkan anda berkawan ngan seseorang yang pernah bergelar 'KAWAN' bagi anda, cukup la perhubungan tu sampai di situ kerana erti kepercayaan terhadap pasangan tiada dalam diri dia. Maaf buat yang terasa tapi ini la alasan yang sangat mengarut pernah pendamba terima.




Ada madah lama yang mengatakan ' hilang kekasih boleh dicari, tapi hilangnya teman sukar untuk diganti' ,pada pandangan anda madah ni saja saja je ke diorang cipta?mesti ada maksud yang tersurat dan tersirat. Mengikut pemahaman pendamba madah ni menyeru kita supaya kita lebih mengutamakan persahabatan walaupun kita dalam percintaan. Kerana kawan adalah segala galanya. 


Pendamba cukup tak suka bila seseorang tu lupakan sahabat bila mereka telah mempunyai kekasih, tapi pendamba bukan seorang yang kejam, pendamba masih mampu untuk menjadi peneman yang setia dikala mereka ada masalah. Jadi pendamba harap anda hormat dan jangan la abaikan kawan anda jika anda da mempunyai kekasih. Kerana kekasih sebuah pershabatan boleh terputus, tapi dari sebuah persahabatan sebuah percintaan boleh terjalin.fikirkanlah.
Diantara PERSAHABATAN DAN PERCINTAAN anda pilih la ea yang terbaik. Pilihan terletak pada anda. jika anda rasa kekasih adalah segala galanya teruskan dengan cara anda. pendamba tak kan pernah menghalang. tapi pendamba rasa anda da cukup matang untuk hal ini. sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

16 bicara cinta:

RinsyaRyc said...

taktaubelumadekekasih... buatmasanisahabatpentinglepasfamily^^

http://bulatmata.blogspot.com/

widiea azira said...

biase la tuh..kwn menangis susah nk cari,kalo kwn suke2 nuh! brlambak kt tepi jalan..ape ceeel000ppp lyn pakwe meyh...

nurul diana said...

kawan lg pnting :)

monologmalamhari said...

saya lebih suka pilih kedua2nya . :) ada kekasih dan ada sahabat sebab tak smua rahsia kita bole bgtau kekasih bgtu juga dgn shbat . ada masa stu2 perkara tu bole dikongsi dgn sahabt dan ada kalanya stu2 pkara tu bole dkongsi dgn keksih ..
so saya nak ada kedua2nya...

Rosalia said...

walaupn sdh ada si dia kwn sy ttp x lpe. ttp kuar sme2. ttp msg tnye khabr.:) sbb si dia jg merupakan sahabat sy.

Unknown said...

sedih bila kwn utamakn kekasih apatah lg persahabatan tu tercipta dulu sebelum percintaan....

Falling . said...

umur da 20,pandai2 la pk ek.. eheheh~

CikTeddyCorner said...

lbh slesa brkawan..hoho
kalo brcinta slalu ade je mslh kan?cemburu..adat la kan.rase memiliki n mnakluki tu kuat..

Miss Butterfly said...

sahabat is better. ;)

reenapple said...

yeah... kawan lagi penting... =)

p/s-terima kasih backup... =D

msredcheesecake said...

Kalau boleh msred mahu kedua2nya... Sama penting....

Noraien said...

ermm,kawan lagi penting selepas family .lebih prefer PERSAHABATAN (:

aiman mania said...

errrrmm..bg aiman,dua2 nampak penting..tapi,kalo da bercinta sakan tuh,kawan jgn dilupakan plaK....MAnalah tau,ada masalah ngan gf/bf,kawan jugak yg jadi org tengh..tul x?

Just Mini Love said...

for me, kawan itu lebih penting dari kekasih,,,

biar ape pun terjadi persahabatan akan ku perthankan..

anamizu said...

kau SAHABAT kau KEKASEH lebih indah gitu..hehe

*fb cik ana : anamizu kaito :)




luv,
cik ana :)

Idzanfashila said...

cuma ingt ini.
kekasih kalau skali kita putus, dia akn terus hilang. tapi sahabat, even kita bergaduh pun msti akn baik semula.

kesimpulannya : sahabat itu sgt penting. tnpa shbt, kita tka mampu nk jalani kehidupan ni sndirian. kn?

p/s: tq pendamba letak IF Blog dlm bloglist. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD