Part Pengenalan
Dalam diri yang penuh tanda tanya dia menuju pulang kerumah, tiba tiba dalam perjalanan ke rumah...
Ketika arman sedang leka melangkah beliau disapa oleh seorang gadis. " Assalamualaikum, awak boleh saya tanya? awak tahu tak alamat ni. Saya sesat la. " . Arman merenung wajah gadis tersebut, seakaan terkaku dia melihat gadis tersebut sebelum beliau menjawab sapaan gadis itu. "biar saya tengok. oh tak jauh dari sini, nak saya tunjukkan? Tapi saya pelik la, macam mana awak boleh sesat?dan bawa alamat lagi.? " ujar Arman sambil mereka berdua melangkah menuju ke destinasi yang ingin dicari oleh gadis tersebut. " Saya sedang mencari rumah keluarga saya yang baru berpindah ke sini, sebelum ni saya tinggal dikampung bersama nenek, tapi untuk persekolahan tahun hadapan ibu bapa saya nak saya bersekolah dekat dengan mereka, sebab tahun depan saya nak SPM. " jawab gadis tersebut. "SPM? sebaya la kita. tak sangka. hehe "gelak Arman.
Tanpa disedari mereka telah sampai ke tempat yang dituju, sebelum Arman mengundur diri untuk pulang ke rumahnya, tiba tiba gadis itu bersuara " Terima kasih sebab sudi hantar saya, oh ya nama awak apa ye, mana tahu lain kali kita berjumpa lagi." tanya gadis tersebut. " nama saya Arman,dan awak? "balas Arman. "oh Arman, awak boleh panggil saya Zara". ringkas jawapan gadis tersebut." ok lah awak da hampir maghrib ni.saya pulang dulu. Jika ada rezeki kita jumpa lagi.".
Selesai makan malam bersama ibunya, Aman pun mula berbual dengan ibunya, "Ibu, tadi arman jumpa seorang budak perempuan dia sesat lepastu arman tunjukkan jalan kat dia, sebab tu terlewat balik rumah, cantik bu." ibu ye segera merenung ke arah anaknya, dan berkata " cantik pun kamu nak buat apa? sekolah dulu jangan nak menggatal." perli ibunya. Kemudian Arman terus menuju ke biliknya, termenung atas katil nya sambil mula mencoret sesuatu di atas kertas.
Mimpi apakah aku ini,
membawa kepada realiti,
Siapa yang ku cari dan siapa pula yang ku temui,
tika aku melihatnya, lidahku bisu tubuhku kaku,
raut wajahnya yang ayu bergitu menarik hatiku
jika diizinkan olehmu,
ingin aku bertemu
dengan dirinya yang mengunci diriku
Suaranya memukau gerak geriku,
bahasanya penyeri kecantikkan isi hatinya
ingin aku mengenali
ingin aku memahami
ingin aku selongkari
tentang dirinya, yang membuatkan mata aku buta
yang membuatkan hati aku tak tentu hala
adakah ini cinta pandang pertama
atau nafsu yang bertapak dijiwa
jika engkau hadirkan dirinya untuk hatiku
kau perkenankanlah doaku untuk mengenali dirinya..
selesai mencoret di lembaran Arman terus berbariing di atas katilnya tanpa disedari terlelap sehingga pagi. dalam kotak fikirannya tiada matlamat lain selain menuju ke taman pada petang itu dengan harapan dapat berjumpa dengan gadis tersebut. hari demi hari, minggu berganti minggu, sehingga la cuti persekolahan tamat, penantian nya setiap petang sangat sangat mengecewakan hatinya kerana tidak kelihatan langsung kelibat gadis tersebut.
Sesi persekolahan telah pun bermula, kini Arman berada di tahun terakhir persekolahan di mana dia akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini, Dalam fikirannya masih ada terselit raut wajah gadis tersebut, pada hari pertama persekolahan dia hanya termenung dalam kelas, kelekaannya menyebabkan dia tidak menyedari guru kelas membawa masuk seorang pelajar baru ke dalam kelasnya, selepas gadis tersebut memperkenalkan diri secara serta merta Arman terus merenung ke arah gadis tersebut , ternyata itu Zara yang beliau kenali. Hatinya melonjak kegembiraan dengan kehadiran Zara sebagai pelajar baru dalam kelasnya.
Sejak dari itu mereka berdua semakin rapat, mula bergurau senda bersama, pergi dan pulang ke sekolah bersama sama. Sehinggalah pada bulan ketiga mereka kenal antara satu sama lain.........
P/s bersambung di part ketiga.
7 bicara cinta:
kalo cinta pndang pertama je mst sbb paras rupa..sedih taww..yg x cantik pulak cmna.haha
ok..tggu part 3.haha
tulis novel ya..
teruskan..^^
alorr sambung ag...pat PM..Auliyya nk bce part sterusnya..
hahahah angau letttewww... lau awek tu x cantek mesti dia x gilew byg an..
suweet dah ni.. ekekeke..
*rasa nak jatuh cinta gak lepas baca* eh? haha~
arman baru masuk form 5..
gua tunggu apa yg akan terjadi dgn hubungan mereka..=)
owh..baru form 5 rupanya..:)
nice+jiwang sikit...
nad sambung baca besok..ngee..:)
Post a Comment