Hai pembaca blog PM, pernah tengok cerita 3,2,1 cinta?PM tertarik dengan satu dialog yang diucapkan oleh 'Ayam'
Dalam dunia ni ada dua jenis orang ,yang pertama orang bertuah dan yang kedua orang bodoh macam aku yang buang masa menantikan kau supaya kau tak terasa asing nanti.Tapi bila kau dah dapat kawan ,kau da jumpa manusia bertuah kau lupakan orang macam aku.PM da olah ayat tu upaya dapat disesuaikan dengan situasi am, kadang kadang bila kita sudah jatuh cinta kita akan melakukan perkara yang terbodoh dalam hidup kita tanpa kita sedari. contohnya bagi lelaki yang sebelum ni tak pandai nak memujuk dan romantik tiba tiba akan berubah menjadi lembut sebab kekasih mereka. sesetengah yang merokok akan berhenti mrokok disebabkan kekasih. Tapi berapa ramai yang nampak pengorbanan yang dilakukan kekasih?dan berapa ramai yang pandai menghargainya?
Tapi itu bila mendapat cinta, bagaimana yang masih berharap dan bertepuk sebelah tangan?PM jugak tertarik dengan satu ayat,
'anda selalu mengeluh dengan sikap kekasih kamu, tapi tahukah kamu berapa ramai yang sentiasa berdoa untuk dianugerahkan seorang pasangan hidup buat mereka'Seperti entri sebelum ni PM pernah bicara bahawa PM lebih suka entri personal untuk dibaca, berapa ramai yang mengeluh tentang kekasih, kerja , tempat tinggal di asrama tak selesa, tak dapat nak beli "kehendak" mereka impikan, pernahkah anda fikir orang yang tak pernah merasa perkara tu?
PM kadang kadang sedih bila baca entri korang mengeluh tentang tempat belajar, bersyukur lah anda masih mampu menyambung pelajaran, anda tak fikir berapa ramai yang kecewa sebab tak dapat tempat di IPTA, anda mengeluh tentang kerja anda penat la balik lewat la, pernah fikir tak berapa ramai yang menangis disebabkan gagal masa temuduga?
Bergitu juga soal cinta, ramai yang mengeluh tentang kekasih mereka, PM harap anda sedar betapa ramai diluar sana masih berharap cinta hadir dalam diri mereka. Kenapa kita nak mengeluh tentang pasangan, kenapa kita tak cuba penuhi kekurangan yang ada pada pasangan anda. dalam satu perhubungan kita saling melengkapi bukan saling berharap.
akhir kata dari pendamba, jadi lah seseorang yang kenal erti bersyukur, penuhi keperluan . Dan jangan pernah terfikir bahawa kehendak dapat dipenuhi, kerana secara logik dan mengikut fakta kehendak adalah infiniti. Dan bagi pendamba kehendak merupakan nafsu yang harus kita jaga sebaiknya.sekian
14 bicara cinta:
<---takde kekasih lagi.. hek3
huu..rindu kt laptop..ta pduli2..nk wat gk entry sal kerinduaan pada lptop
he is the best for me! love him .
PM ke yg tgh berdoa dianugerahkan seseorang hehe
sy tak mengeluh tapi berpeluh (^_^)
semoga saya tak ada dalam kaitan insan yang mengeluh .. :)
<-- single .. LAGI BEST!!!
PM jiwang !!!!!
klu psgn kita tuh curang?stil trima jgk?
bersyukur dgn ape yg ade sbb xde manusia yg perfect ;p
terima kasih atas ingatan
memang kdg2 kita tak sedar kite buat perkara bodoh sebb kite syg kan sesorg tu, tapi syg dia tak pernah nak menghargainya..
oleh itu kepada sesiapa yang tak tahu menghargai apa itu erti cinta hendaklah belajr untuk lebih menghargai.. !
bersyukur dgn apa yg ada =)
luv,
cik ana
terbaik la entri ini.
Suka.
Tu la kadang2 kite tak kisah sangat tapi orang sekeliling plak duk tanya, mula la berfikir dan sedih. Hihi~
http://sha-myheart.blogspot.com/2011/10/19-tips-mudah-jana-trafik-blog.html
suka.. setuju giler entry nie...
conclusion nya.. appreciate everything.. =)
p/s- mintak copy dialog tue.. hehehe. sib baek PM ingatkan ayat tue.. heheh
Post a Comment