PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Cinta tak Kesampaian

Sejauh mana kesetiaan ku teruji? sejauh mana keikhlasan aku pada dirinya? sekuat mana sayang hati ini untuk dirinya. aku persoalkan pada diri. Bukan aku tak mahu hidup denganmu. Tapi aku cuba memahami situasi mu. Engkau sibuk di sana sedangkan aku pula jauh di sini. Ingin ku cipta perhubungan diantara kita tapi layakkah aku untuk menjadi penentu jalan buatmu? Keluh Zairul mengenangkan nasib nya.


Sedang leka menghayati malam yang dingin kedengaran bunyi talefon nya yang menghantar isyarat bahawa ada sekeping mesej baru telah diterima. malam ni Esya balik ke kampung. Esya nak jumpa irul esok. Zairul mengukirkan senyuman di bibirnya selepas membaca isi mesej tersebut yang dikirim oleh Esya gadis yang diimpikan olehnya sejak dulu lagi. Dalam senyuman , tiba tiba raut wajahnya berubah. "Mimpi apakah Esya mengajak ku berjumpa esok hari." Persoalan itu terus bermain di mindanya sehingga Zairul tertido.

Seawal jam 9pagi Zairul telah bersiap siap untuk menjemput Esya di rumah nya, zairul terus memandu Honda Civic miliknya ke rumah Esya. Selama 5minit dia menunggu di hadapan rumah esya sebelum gadis idaman nya muncul dihadapan nya dengan berpakaian baju t shirt, jeans dan bertudung. Zairul tersenyum melihat Esya. Esya terus menyapa Zairul, "awal jugak awak bangun ye. Jom kita ke pantai."  tanpa membuang masa zairul terus menuju ke pantai selama 20 minit di dalam kereta mereka berdua hanya bertanya khabar.


Sesampainya di laut mereka terus menuju ke sebatang pokok untuk berteduh dan menikmati keindahan pantai. Matahari mula meninggi, tapi dek hembusan angin yang membelai pipi mereka ,kehangatan itu tidak memberikan kesan terhadap mereka. "Zairul tahu kenapa esya ajak keluar?" tanya Esya. "tak" ringkas sahaja jawapan yang dijawab zairul. 

Kita da berkawan dari sekolah lagi, irul kenal esya. dan esya juga kenal irul. Esya nak kongsikan sesuatu yang gembira dengan Irul. Hati zairul mula gelisah. mungkin kesedihan buat dirinya. " Esya da ada kekasih dan kami akan bertunang hujung bulan ni" ujar Esya. Zairul memandang tepat kearah mata Esya. " tepat sangkaan ku, kegembiraan nya ada luka buat diriku. "keluh ziarul di dalam hati kecil nya. Tiba tiba Esya bersuara, "kenapa diam irul? irul tak gembira ke dengan semua ni?" esya mula bertanya selepas melihat raut wajah zairul yang mula berubah.

Zairul terdiam selama beberapa minit sebelum menjawab " Tahniah esya, akhirnya kawan saya ni bertemu jodoh jugak, tak macam irul ni" zairul cuba berjenaka walaupun hatinya sedang mengalami kehancuran. Selama 3 jam mereka berada di pantai sebelum Esya mengajak pulang kerana hari sudah menjelang tengah hari. mereka menuju pulang.Zairul menghantar Esya dan terus pulang ke rumahnya. sesampainya di rumah...

Zairul terus menuju ke biliknya, menuju di sudut biliknya tempat dia termenung dan mengingati kisah kisah lama, tiba tiba tanpa disedari air mata mula mengalir, kenapa semua ini terjadi padaku? kenapa bukan kami yang disatukan? kenapa? kenapa dan kenapa? semua perkara mula bermain di fikirannya. kesedihannya tak dapat disembunyikan lagi. Dia mencapai talefon nya dan terus menghatar sekeping mesej kepada Esya.


 "Tahniah Esya, Irul doakan jodoh esya dengan kekasih esya akan kekal berpanjangan sampai bila bila, maafkan irul sebab tadi tidak semesra dulu, kerana cuaca sangat terik, (bohongnya menyembunyikan perasaannya kepada esya, apa apa pun esya adalah kawan irul yang terbaik pernah irul miliki, leoas ni jangan mula lupa irul ya"

Selang lima minit tiba tiba talefon berbunyi, balasan masej daripada Esya " terima kasih irul, esya tak kan lupakan persahabatan kita. maafkan Esya jika esya melukai hati irul."

Selepas irul membaca mesej itu, baru dia sedar,persahabatan adalah yang abadi, percintaan hanya la persinggahan sementara buat kita. Jangan terlalu mengharap kelak kita yang kecewa, peristiwa ini telah membuka mata irul untuk mengenal apa itu perngorbanan dalam percintaan. Melepaskan orang yang kita sayang untuk insan yang mereka cintai adalah pengorbanan yang paling besar dalam soal percintaan. Harus diingat setiap percintaan dan pengharapan tidak menjanjikan sebarang keindahan untuk memiliki. Tapi pengorbanan dalam percintaan akan memberikan seribu kepuasan dalam perhubungan. sekian


ps cerita rekaan PM sendiri, maaf kalau tak best PM tak pandai sangat nak menulis tentang cerita.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

18 bicara cinta:

Ku Azhar said...

waaaa....pandainye buat novel! :)

Anonymous said...

best :)

jamilah izzati said...

huhuhu,,mendalam maksud semua ni,,PM tulis cerita ni macam dah pernah alami kan,,hehe=D

btw,,persahabatan tidak akan ada pangkal hujung nya seperti satu bulatan yang memang tak de penghujung~=D

RinsyaRyc said...

buatt sendiri ke? apesal tak tulis novel gakk?? ===>>suke tulis jugak..

sedih ngattt kat zairul... ><

aamalinaazman said...

kalo smbung lagi ni mesti bess











cinta itu suci
bercinta lah kerana bersahabt =]

Unknown said...

sedihnya!

Diyana Ali said...

wah sedihhh ! hehe

The day we meet said...

wah..pm dh leh jd novelist ni..best2..

tertarik ngan ayat ni:melepaskan org yg kita syg utk insan yg mereka cintai..bukan sng nk berkorban cm tu..

noraauliyya said...

ada bakat !

budak penjara said...

wahh..cam baca novel je..hehe

alah cakap kt irul..kita org laki..xyah nk tacim2 sngt..gegel mmg suka men kan perasaan org pon..haha

kim heeruul said...

best cerpen nie..sumpah terasa..sbb gua pernah mengalami apa yg zairul alamai dlm kisah ini..hati mmg hancur gila..

Miss Butterfly said...

awat irul tak luah kat esya.. grrrr...

Anonymous said...

nice!

sejak bila pm mnulis2 ni
ehem2 :)

Noor Maizan said...

wahhh..bleh buat buku ni..hehe

Adeela Hime said...

aiiihh.. jiwang3.. hahahaha.... ok ape citer ni.. tp pendek sgt... hehehehe

Just Mini Love said...

wah jiwang nye.. buat sendiri ? wah, pndai nye.. best2 citer ni.. tersentuh hati bace.. :)

Falling . said...

heheheh da bule wt novel pon...

pinky_liscious said...

wow..berbakat!! tak sangka..btw sedih gak baca story nie..keep it up PM!! mana tau ade bakat terpendam ke..heheh...

p/s= cinta tak smestinya memiliki tapi cinta suci adelah meredhakan segalanya ngan hati yg iklas walaupun perit... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD