PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Pengakuan Pendamba lelaki lembut

Hai pembaca blog pendambamawar, dapat baca tajuk tu?pengakuan berani mati pendamba . Habis lah market pendamba lepas ni. Tak dinafikan pendamba lelaki lembut budi bahasa, Dah masuk bakul angkat sendiri plak pendamba ni. Kenapa pendamba pilih tajuk ni. sebab pendamba nak buat penjelasan isu penggunaan kata ganti nama untuk diri pendamba.Mungkin sesetengah orang beranggapan 
'eh!pendamba ni lembut ke, jenis aw jugak ke, ye la setiap kali entri mesti guna kata ganti diri pendamba. jika jantan mesti guna aku, gua."
Biar pendamba jelaskan kenapa pendamba tak gunakan itu semua dalam blog mahupun dalam percakapan. Sememangnya dari kecil pendamba telah diajar cara berkomunikasi dengan orang, dan bila menyambung pelajaran dalam bidang bisnes, pendamba mengaplikasikanya dalam setiap perbentangan projek. 
Dengan Lelaki
Pendamba lebih selesa menggunakan aku kau, aku mu, gua lu. Kerana pendamba juga seorang lelaki, dan penggunaan ayat ini dapat menambahkan lagi keakraban kami antara lelaki. Tapi pendamba tetap menggunakan saya awak jika pendamba kenal seseorang .Itu tandanya pendamba hormat seseorang. Pendamba jarang guna abang atau adik dengan lelaki ni, sebab pendamba tak biasa, dengan abang sendiri pun pendamba panggil dengan nama diorang je.
Dengan Perempuan
Pendamba selesa menggunakan saya awak, pendamba, abang. kenapa? Bagi pendamba nampak kasar jika bercakap aku kau dengan seorang perempuan, kecuali yang betul betul rapat memang pendamba aku kau je. tapi yang pendamba kenal di alam maya ni, pendamba lebih selesa menggunakan saya awak, atau membahasakan diri sebagai Faizal. Kadang kadang pendamba bahasakan diri adik,abang dalam alam maya, dan pendamba panggil perempuan tu adik, sayang, kakak. sebab pendamba selesa dengan cara tu.Maaf la jika anda tak menyukai nya.

Ada je perempuan yang menggunakan aku kau dengan pendamba dalam alam maya ni, tapi pendamba yang elakkan menggunakan aku kau, pendamba guna ganti diri lain. pendamba memang tak boleh nak guna aku kau dengan perempuan. sebab pendamba da diajar bergitu semasa kecil.

Jadi jangan la beranggapan pendamba ni sebagai lelaki lembut pulak ye, pendamba keras lagi. Nafsu pendamba pun pada perempuan lagi bukan pada kaum sejenis. Dan buat pengunjung blog pendamba lebih selesa menggunakan pendamba sebagai kata ganti diri di blog. kan nampak lebih 'manis' ayat tu dari penggunaan aku. 
Ya pendamba tahu kita semua menggunakan 'AKU' semasa 'BERCAKAP' deengan ALLAH , itu tandanya kemesraan diri kita sebagai Makhluk ciptaan NYA. tapi pendamba lebih selesa menggunakan kata ganti diri saya dengan perempuan. akhir kata dari pendamba, kita dapat menilai seseorang dari percakapan. tapi jangan pernah untuk menyalahtafsirkan nya.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

11 bicara cinta:

Just Mini Love said...

sama la ieyza xpernah guna aku,ko pun sebb rasa macam kurg ajar je.. ieyza guna saya, awak untuk org xknal.. kita ,kamu untuk org yg kenal. hee..

kalo guna aku pun waktu tgh marah,org tulis status kt fcebook..erti lain tulis sesuatu untuk diri sendiri...

iAmCekbolat said...

<< suke2 hati jer.. igtkn pndamba mwar ni prmpuan :)

pinky_liscious said...

sejuk perot ibu mengandung kan..tak sia2.... ;)

RinsyaRyc said...

hehehe... tajok entri ko ada kaitan dengan aku punye entri baru.. miahahhaa

aiman mania said...

yeahhh...kita sama......lebih selesa guna nama kalo kat blog........
in short,style kita sama....
hoohoo..
budi bahasa budaya kita...

Falling . said...

gugu ngan sume owg guna aku kau.. hehehehe.

CikTeddyCorner said...

kalo dng kite plak?encik kasih?ahaha

kathy said...

kalau kat entri/blog sy, sy selesa guna 'aku'..tp kalau komen entri org lain ke pe, mmg sy guna 'saya' 'awak'..ok jugak tu kan? heeee~

saya cello191 said...

kalau komen kt blog org,mmg guna sy awk..

kengkadang guna aku ko jgk coz rasa cam rapat..^^

Ana Farhana said...

semua tempat2 ni best, klau la dapt p semua tempt.syok snyerr :)

Unknown said...

gua lu wa ko
(bahasa apa ni)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD