PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Masalah Cinta 3

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hai semua pembaca blog pendambamawar.. ada sesiapa bersedih hari ini disebabkan masalah cinta?? Jangan sedih sedih kegembiraan dan kesedihan dalam percintaan adalah biasa..itu la yang mencorakkan keindahan nya.. Tempuh dugaan dalam percintaan dengan tabah..pasti ada sesuatu yang menanti anda kelak..
Kali ni masalah yang ingin pendamba bicarakan mengenai, bekas kekasih anda kembali mencari anda.. waw! adakah situasi ini berlaku pada anda? pada saat anda telah lupakan dia tiba tiba dia datang kembali mencari anda..kusut?pening?keliru? kenapa 'aku' yang dicari..mungkin ini yang bermain di fikiran anda..
Tentu nya anda menjadi bingung dengan semua ini.. dan lebih memeningkan bila si dia sudah dimiliki dengan sah oleh insan lain.. kenapa masih mencari diri kita yang ditinggalkan dulu.. terutamanya bila dia menghadapi masalah dengan pasangan hidupnya sekarang. jika dia mengajak anda untuk bertemunya untuk membincangkan sesuatu... pendamba harap anda berfikir lebih dari 2 kali kerana ...
Menimbulkan Fitnah
ini biasa berlaku bila pasangan yang dah berkahwin tiba tiba keluar bersama bekas pasangan yang lama ditinggalkan.. walaupun anda tidak melakukan apa yang bertentangan tapi persepsi masyarakat sekitar akan lebih kepada negatif.. jadi berhati hati..jaga nama dan maruah diri serta kelarga anda.
mengeruhkan keadaan
jika mereka ingin bertemu anda untuk membincangkan masalah mereka dengan pasangan.. oh.. ini pendamba tak galakkan anda untuk berjumpa,kerana..ini akan mengeruhkan lagi keadaan yang telah sedia ada tegang..kenapa? bayangkan pertemuan kita diketahui oleh pasangan mereka.. apa tanggapan pasangan nya? 'jumpa ex??' negatif.,
kesimpulan sekarang.. pertemuan dengan bekas kekasih akan memberikan dua kesan sama ada positif dan negatif.. dan renungkan la apa penyebab berlaku perpisahan .. dan pastikan dia masih belum menjadi milik orang lain.. jika dia masih keseorangan dan serius untuk melakukan sesuatu yang lebih kepada manfaat..terima pelawaan mereka.jika sebaliknya.. jangan pernah mencuba untuk melakukan nya walaupun dalam fikiran anda ianya hanya pertemuan untuk membantu mereka..sekian... segala kekurangan dalam penulisan ini datang dari diri pendamba sendiri..

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

8 bicara cinta:

Falling . said...

betol.. ble da clash tu elok jgn jmpe dah..

Pendamba Mawar said...

mekasih cik gugu

kim heeruul said...

gua dgn ex gua jd kwn..even tak rapat pon..still bertegur..=)

Pendamba Mawar said...

bgus la ..:) law masih single takpe kim

tomatokering said...

better tayah jumpa ex lama .. huhuk

Pendamba Mawar said...

hehe.itu sebaik nye

imah said...

wat donno ja.. ^^

Pendamba Mawar said...

hehe boleh ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD