السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Merdeka!merdeka!merdeka! menjerit jerit laungan tu. Tapi sedarkah kita apa makna kemerdekaan? Kamus Dewan memberi makna merdeka sebagai (1) bebas daripada penjajahan, kurungan dan naungan; (2) lepas daripada tebusan dan tuntutan; (3) berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain. tapi betul ke ini kemerdekaan yang kita kecapi sekarang? teringin pendamba mengupas isu isu ini. Insyallah pendamba cuba ringkaskan tentang isu yang betul pendamba rasa kita masih belum merdeka. sebenarnya tafsiran Merdeka ni berbeza beza untuk setiap orang jika kita mengupas maksudnya secara spesifik tapi kali ni pendamba hanya ingin berbicara secara umum.
MERDEKA?? Tak Pernah Pendamba rasa kita sudah merdeka
Kenapa? seringkali kita berbangga bila menjelang 31ogos setiap tahun untuk mengibarkan jalur gemilang dan melaungkan lafaz kalimat ' MERDEKA' tapi terfikirkah kita sebelum dan selepas tarikh itu?atau lebih dasyat semasa tarikh itu? pendamba selalu fikir. kenapa kita ni negara merdeka sedang corak pemerintahan masih dibawah kuasa dan mengikut budaya barat. Music?masih mengagungkan barat. Fesyen?masih terikut budaya barat. sosial?memang dah terpengaruh. makan?pun sama. jadi apa yang merdeka? sekolah? dari barat. ekonomi?bergantung pelabur dari barat.
Semua masih barat. jadi macam mana kita klasifikasi ini sebagai MERDEKA?? pendamba pun tak faham. apa fahaman merdeka bagi mereka sebenarnya. Pendamba jua terpengaruh dengan budaya barat terutamanya lagu dan siaran televisyen. korang jua begitu. apa yang pendamba nampak, dalam blog la entri korang rojak bagai penulisan tapi korang cakap korang bangga ngan bahasa Melayu. apa tu? cuba terangkan. pendamba pun biasa je sembang sembang kadang kadang terojak jugak. kenapa er? minda kita da dieksploitasi.
Cikgu pendamba pernah pesan dulu, kita pergi belajar kat luar negara,kita amik ilmu diorang kita bangunkan anak melayu kita. Itu la sepatutnya, tapi apa yang pendamba dapat tengok sekarang? ramai yang bawak balik budaya bukannya ilmu. Tu silapnya kita, kita berpeluang untuk menimba ilmu tapi kita lupa tentang adat yang sepatutnya kita jaga dan kita kekalkan. Ramai anak melayu yang sambung luar negara,tapi ramai mana yang pulang sebagai anak melayu?
dua perkara yang nyata menjadi jajahan penjajah adalah sistem pengadilan dan pakaian seragam pasukan keselamatan negara kita.
salah satu contoh kita masih lagi dijajah,pemakain rambut palsu untuk hakim, ini adalah corak pemakaian hakim di eropah kenapa kita masih mengikuti cara ini jika kita telah bebas untuk mnetadbir negara kita sendiri,kenapa kita tidak mengikut pkaian yang dahulu nya diamalkan oleh hakim hakim islam iaitu jubah.
Jadi persoalan pendamba sekali lagi. Merdekah kah kita?tidak bukan? kita masih dijajah..Jadi bila masa negara kita ni nak merdeka?renungkan la.banyak lagi yang pendamba ingin bicarakan mengenai ini.mungkin ada sambungan entri ni..nantikan.sekian.

Jadi persoalan pendamba merdeka kah kita sebenarnya?yang kedua mengenai calit yang terdapat di bahu pakaian anggota keselamatan, dari mana asal usul calit tu? itu juga daripada barat,kenapa kita tidak reka sendiri? adakah kita masih bebas sebenarnya dari penjajah?
Jadi persoalan pendamba sekali lagi. Merdekah kah kita?tidak bukan? kita masih dijajah..Jadi bila masa negara kita ni nak merdeka?renungkan la.banyak lagi yang pendamba ingin bicarakan mengenai ini.mungkin ada sambungan entri ni..nantikan.sekian.
6 bicara cinta:
wahh mendalam n3 ni...
insyallah ada lagi sambungan
terasa plak part bahasa rojak tu..
yg lain2 tu terasa jgak ckit2 tp still setuju.. hihi..
kebetulan hr tu ade dgr hujah2 member..
die ade wt kajian ckit psl ni..
so mmg setuju sgt la..
kita masih blom merdeka sebenarnye..
xsabar nk tggu sambungan.. =)
belum merdeka kan minda dan imaginasi lag ;)
betul gak info yg lu bg tu...
kenapa hakim dok pakai rambut palsu mcm org putih tu...pelik2..
Jadi apa pendapat anda???
Post a Comment