PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Selamat Tinggal

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam sejahtera buat pembaca blog pendamba mungkin ini update terakhir pendamba untuk bulan ogos, insyallah jika panjang umo kita bertemu dibulan September. Seperti sedia maklum hari ni adalah hari terakhir ramadhan al mubarak dan kita akan menerima kedatangan bulan syawal untuk tahun pada esok hari. Dikesempatan ini pendamba ingin berbicara mengenai adab atau nafsu.


Bulan syawal sinonim dengan tradisi rumah terbuka di mana ramai yang akan membuat majlis makan dan menjeput selruh sahabat handai untuk menjamu selera, apa yang pendamba nak tekankan di sini adalah mengenai adab dalam makan. Jika kita menghadirkan diri ke majlis rumah terbuka, perkara yang patut kita jaga adalah cara kita makan. ok pendamba makan senang je la, suap je makanan tu dalam mulut. Ya begitu mudah untuk mengdeskripsikan maksud makan tapi jangan kita lupa tentang etika yang harus kita jaga. Cuba elakkan untuk:


Berbunyi sambil menguyah makanan
Mengambil lauk menggunakan tangan yang kotor
Menggoyangkan kaki ketika makan


tiga perkara yang seringkali kita lupa apabila kita sedang dibuai nafsu makan, jadi jaga tingkah laku anda. pendamba percaya anda tak mahu dipandang serong oleh orang lain kan? jadi beradab la bila makan. Dan etika pemakaian anda juga haruslah dijaga sangat tidak elok sekiranya anda menziarahi rumah kenalan anda dengan berpakaian yang tidak kemas, ini menimbulkan persepsi yang berlainan buat tuan rumah serta pengunjung lain. cuba cari baju yang kemas, baru atau tidak itu pilihan kedua yang penting kemas. Jika boleh cari la pewangi jika menziarahi umah sahabat handai. Jangan tunggu badan anda berbau.


Buat teman pendamba yang beraya di kampung, pendamba harapkan anda selamat kembali pulang ke kampung halaman, Jaga diri baik baik. buat teman pendamba yang tak dapat berya bersama keluarga harap sabar ye mungkin ujian untuk anda di pagi yang mulia ini. buat calon calon peperiksaan pendamba harapkan anda dapat fokus apa yang patut anda utamakan.


Yang terakhir dari pendamba,


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
buat semua pembaca blog pendamba , 
teman FB, Blogger , Octove
Maafkan diri ini jika pernah melakukan kesalahan terhadap anda
Insyallah jika dipanjangkan umur kita akan bersua di lain hari.
sekian.
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

9 bicara cinta:

~eFFa sLumBeR~ said...

selamat hari raya pendamba..
semoga selamat pulang ke kampung n kembali ke rumah..
maafkan semua salah silap saya ye..
makan rendang nnt jgn lupa sy kt cni ye.. =)

anamizu said...

salam lebaran dr cik ana..
hati2 dlm p'jalanan pulang ye..
maaf segala slh silap :)

are_tik25 said...

selamat hari raya dik!! maaf ye kalo ade slh n silap..=)

syarina syazila said...

selamat hari raya!

saya cello191 said...

yg goyang kaki tu,macam otomatik ja jadi..=.="

salam lebaran juga..

shamyheart said...

Thanks igtkan.

semuanya saya tak buat.. Sopan x saya? haha~

P/s: Nape letakkan nama saya Sha saja? Letak la Sha My Heart.
Kalau Sha saja, berapa orang, ramai kot. Hehe~

farra said...

hahaha..yang goyang kaki tu x ley nak elak..kikiki..btw,epy raya sayangku!!

TrigYy said...

mari ryer umah ak tkgik paka comey cket.. hahha

Falling . said...

selamat ary raya pendamba...

mohon maaf kalau ada tersilap bahasa ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD