PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Tika Hati merindu


Seandainya kau ada di sini denganku
mungkin ku tak sendiri
bayanganmu yang selalu menemaniku
hiasi malam sepiku
kuingin bersama dirimu

ku tak akan pernah berpaling darimu
walau kini kau jauh dariku
kan selalu kunanti
kerana ku sayang kamu

Hai pembaca blog pendamba mawar, pendamba ada satu persoalan untuk anda pernah tak hati anda merindui seseorang? Apa perasaan anda tika merindu? terutamanya bila anda sendirian tiba tiba dia muncul dalam fikiran anda. anda itu juga digelar rindu? Sukar untuk mentafsir rindu. Apatah lagi merasai nikmat sebenar merindu. Pendamba sangat merindui seseorang, da lama pendamba tak dapat nak 'contact' dia sebab dia sangat sibuk untuk exam. Pendamba akan tunggu dia kembali aktif FB dia.

kenapa dua rangkap lagu tu pendamba selitkan di awal entri ini, kerana blog dia menggunakan lagu ni sebagai background music. Itu saja klu yang pendamba dapat bagi untuk anda. pendamba bukan nak cerita sangat pasal perasaan ini tapi pendamba nak tanya pakar pakar apa tips untuk menghilangkan rasa rindu? banyak tips yang pendamba baca tapi, masih tak dapat nak menredakan kerinduan ni. macam mana?



Tips yang biasa pendamba baca adalah tengok gambar dan mesej dengan mereka. bagaimana jika pendamba ni takde gambar dan nombor telefon dia? yang kedua pendamba biasa baca diorang tulis tengok hadiah yang selalu diberi olehnya, macam mana dengan pendamba yang tak pernah dapat apa apa dari dia? yang ketiga menghabiskan masa di tempat selalu berjumpa, macam mana dengan pendamba yang tak pernah bertemu dengan nya? yang seterusnya mendengar lagu kegemaran nya, ha yang mungkin la. tapi pendamba agak la lagu di atas tu faveret dia sebab dia letak kat blog.

Jadi macam mana nak menghilangkan kerinduan ni? berjaya kah tips yang anda kongsikan? tak mungkin berjaya untuk sesetengah orang dan mungkin berjaya buat seseorang jadi pendamba baharap kepada blogger yang selalu buat entri tips tu tolong la buat tips yang betul betul berguna pada kedua dua pihak. bukan pendamba tak mahu membuat tips dalam entri pendamba, tapi pendamba pun masih banyak kekurangan. 

akhir kata dari pendamba blogging untuk bahan bacaan dan blogging untuk memenuhi perasaan sangat berbeza. Jadi hati hati jika anda ingin menulis sesuatu. bukan pendamba menghalang apa yang anda lakukan, tapi jika anda betul yakin apa yang anda kongsikan dapat digunakan oleh pihak lain, teruskan jika tak cuba olah ayat tu menjadi ayat yang dapat diterima semua pihak.sekian

p/s pendamba masih mencari apa tips rindu yang dapat diguna pakai oleh pendamba.
miss you saranghae dongsaeng


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

7 bicara cinta:

~eFFa sLumBeR~ said...

mesti 'dia' tu seorang yg sgt bermakna buat pendamba kn?
semoga pendamba dapat berhubungan dgn dia lg slps ini..
semoga berbahagia.. =)


mencintai tidak bermakna harus memiliki..
jika dia bahagia bersama insan lain,
dapat melihat dia bahagia sudah memadai..

farra said...

buat keje lain contohnye cam makan lemang ataupon rebus ketuat,kompom dpt lupekn dia jap..hilangla rasa rindu tu nnti:)

hihi..samat ari rayer musyukk..:D

kim heeruul said...

men game dpt hilangkan semua didalam kepala..haha

reenapple said...

selalu rindu kawan3 .... hehe

syarina syazila said...

oppaaaaaaaaaaa~
heee..
indu oppa gak..
winkwinkwink..
c(:

p/s: rase terharu nieh..

Unknown said...

kalau NL rindukan seseorang , NL akan menangis dan menangis meluahkan rasa hati sendiri. dan lepastu lega lah sekejap. NL benci bila rindukan seseorang dah org tu entahkan ingat entahkan tidak. hmmm

نور الشهيرة بنت مجلن said...

erm! sebijik cam kita.. tapi ira ade gambar x boleh tengok cuz takot makin rindu.. ade 6ber fon.. x boleh mesej.. Jatuh saham wo!! ngeh3~ tempat selalu jumpe? kat skula lah le.. lagu . erm.. lagu opick je dia minat ay0rk... tapi saya x minat .. erm~ sedey lorh.. kita same abg PM :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD