السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
salam ukhwah buat pembaca blog pendamba mawar, di kesempatan ni pendamba ingin berbicara megenai isu yang dianggap sebagai remah tapi bagi pendamba isu yang boleh merosakkan agama Islam. Walaupun pendamba tidak mahir dalam isu bertudung tapi pendamba teringin untuk mneyentuh topik ini, ya entri untuk kaum hawa lagi untuk kaum adam juga boleh baca kerana pasangan anda juga lahir dari kaum hawa.
Bertudung? apa maknanya? dan apa tujuan nya yang sebenar?sekadar mengikuti adat berfesyen? mematuhi undang undang yang ditetapkan manusia? malu dengan kawan kawan? atau menurut perintah Agama. mana satu tujuan anda bertudung? Siapa pendamba untuk berbicara soal ini? pencatat dosa pahala kah pendamba ini? bukan! tapi pendamba kasihan dengan anda, disebabkan fesyen anda lupa apa sebenarnya tujuan bertudung.
Tak pelik jika kita bertudung mengikut cara yang telah ditetapkan, yang menjadi peliknya bila orang kita ni kreatif. macam macam jenis tudung dikeluarkan, cara pemakaian juga dipelbagaikan. pendamba tak menghalang jika gaya pemakaian tudung anda masih menutup aurat.
bercakap mengenai aurat, ramai perempuan yang terkeliru. Maaf bukan nak menuduh tapi kebanyakkan pendamba lihat adalah bergitu mereka menganggap aurat hanya la bahagian rambut, tapi mereka terlupa untuk menutup bahagian lain selain rambut contohnya leher,dada, telinga.
Jadi seeloknya nak bertudung tutup la mana yang memang harus ditutup jangan sampai anda hanyut dengan arus fesyen yang mengalir dengan laju. Bagi pendamba fesyen bertudung sekarang lebih kepada ingin menunjuk dan menarik perhatian orang daripada menutup aurat. percaya atau tidak?pemakaian tudung anda yang agak 'trendy' tu sebenarnya mempengaruhi orang yang berada dipersekitaran anda untuk melihat kepada anda. itu yang anda inginkan?itu yang anda impikan bila berfesyen dalam bertudung?
Pendamba nak menyentuh sedikit mengenai apa yang dipakai bila bertudung. Pendamba harap sangat anda buat la pilihan yang baik jika anda seorang yang bertudung. Jangan jadi seorang yang bertudung tapi dalam keadaan berbogel. anda faham maksud pendamba? bukan la lelaki tak suka anda pakai ketat ketat, mereka suka. Tu ada yang jadi mangsa rogol,mangsa cabul tu. Tapi nak salahkan lelaki pun tak guna, anda menaikkan nafsu mereka. jadi pendamba sarankan jika nak berpakaian tu cari la yang menutup bentuk tubuh.
Lagi indah pandangan mata jika anda berpakaian yang tidak mempengaruhi mata orang lain untuk menenang anda. Jadi diri jaga peribadi, yang baik adalah untuk yang terbaik. fikir fikirkan la.Mekar mawar ramai pemuja,layu mawar tiada yang sudi. renung renungkan dan fikir fikirkanlah. sekian
15 bicara cinta:
wahh!! nice entri..
sekarang susah nk jmpe pmpn yg betul2 pakai 'tudung'~ :)
sangat setuju :) thanks utk ingatan
suka entry nie :) .
nice nasihat y baik pdamba .
trend dan tutup aurat.. sgt bgus :P
sedang berusaha ke arah itu..
bak kata ustad, jangan jadi hamba kepada feshen
susah dow nak jumpa..boleh tak kalo ai cakap exceli pompuan tudung labuh lagi mnampakkn bentuk dadanya..maaf tapi dat the truth
setuju sngt..bumi ni dah tersangat tua =)
naiss,.terbaek!,.CN pon jjurnye,suke jgk pkai shawl yg trendy2 nih,.tp kene la ssuai dgn bju dn mjlis,.xde la smpai trjerut leher smpai xttup aurat,.huhu,.
nice entry ni.. hurmmm. tak salah nak berfesyen, namun beringatlah sama jangan sampai merosakkan diri sendiri dan menjadi mangsa fesyen
dah ramai bertudung ikut fesyen.ape bleh buat..kita tegur salah.tak tegur salah
imah setuju ngan muslimah optimis n fipper tonggek..
*hi5*
---> bertudung... ^^
nie pandangan atq la ye..
dalam al-quran ada mengatakan bahawa lelaki dulu perlu menundukkan pandangan..
so dalam hal rogol merogol nie.. semua salah.. laki salah, perempuan pun salah.. laki salah sebab tak tunduk pandangan.. dan perempuan salah sebab tak pakai mengikut aturan syariat..
wallahu 'Alam :)
pakai tudung sebab nak cantik. itula jadinye
Post a Comment