PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Di Sebalik Spongebob Squarepant

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hai pagi ni pendamba ingin mulakan bicara mengenai rancangan kegemaran pendamba Spongebob Squarepants pendamba yakin ramai lagi diluar sana yang menggemari watak sponge kuning ni kan?ok simpan jawapan dalam hati anda.. pendamba Spongebob tu benda alah apa plak??takpernah saya dengar pun..
ni la Encik Spongebob.. selama pendamba menonton rancangan televisyen mengenai spongebob ni pendamba dapat rumuskan sebenarnya kartun ni cuba menunjukkan kepada penonton mengenai kehidupan.. pendamba akan jelaskan, spongebob ibarat diri kita sendri, kita bangun setiap hari untuk kerja untuk menyara kehidupan.. berkawan dalam komuniti supaya dapat terus hidup.. sikap spongebob yang rajin telah menunjukkan kita bahawa beliau diminati oleh ramai orang dan ada yang cuba mengambil kesempatan atas diri beliau untuk kepentingan sendiri.
watak kedua yang paling penting dalam kartun Spongebob,kita mungkin tak sedar tentang kepentingan watak Patrick ini kerana wataknya hanya menunjukkan dia merupakan makhluk bodoh yang sering tersilap dalam melakukan sesuatu.. tapi perasan kah anda? susah senang spongebob watak patrick mesti ada bersama?ketika parti?menangkap obor obor? bermain main?bahkan ketika spongebob sedang menghadapi masalah mesti watak patrick ditunjukkan bersama..ini menunjukkan kepada kita,bahawa kita masih mempunyai teman yang masih boleh dipercayai walaupun dia serba kekurangan tapi dia tetap bersama kita tak kira suka dan duka.
Watak ketiga yang ditekankan adalah Mr Crab merangkap pemilik Krusty Crab dan majikan kepada Spongebob. watak yang lebih mengutamakan duit daripada segalanya. apa yang cuba disampaikan dengan watak Mr Crab adalah seseorang yang bakal menggunakan kemahiran yang kita miliki untuk kepentingan peribadi.. walaupun pujian diberikan dan penghargaan diberikan namun apa yang cuba dicapaikan oleh beliau adalah untuk kepentingan peribadi.. Ini menunjukkan orang yang cuba memberikan rezeki pada kita dalam masa yang sama cuba mengambil kesempatan atas kelebihan yang kita miliki.


Tiga watak ini telah menunjukkan bahawa dalam kehidupan kita, kita akan menemui pelbagai ragam manusia,ada yang betul betul ikhlas dan ada yang cuba ambil kesempatan atas diri kita. jadi berhati hatilah kita agar tidak membuat pilihan yang salah dalam komuniti yang besar ini..  selagi kita ada kawan yang sentiasa bersama kita hargailah mereka,walaupun kadang kadang perangai diorang langsung tak masuk akal tapi dia tetap akan bersama kita tak kira suka dan duka..
sekian.. kadang kadang kartun lebih banyak mengajar kita mengenai kehidupan berbanding drama yang menggunakan khidmat pelakon pelakon popular..sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

24 bicara cinta:

TrigYy said...

hahahak3x... ak x tgok sgt spongebob ni.. taw2 cmtu je.. hhehe

TrigYy said...

so, xleh nk rmuskan sgt kisah2 dia.. hehhe

Lyndaz said...

xpenah lak den pikir..
baru sedar nih..haha XD

monologmalamhari said...

hehe lbih ske tgk karton dri drama2 y ntah pape tuh :) mkin lama mkin merapu je .

sumayyah said...

hohoho..betol3, rumusan yg terbaikk..
karton kdg2 lebih baik dari drama yg tah apa2 pengajarannya...

[k]o{q}i[n] said...

betol tu... patrick tu memang sahabat sejati spongebob. kalo lah dpt someone yg mcm tu gak, alangkah bestnye...

Falling . said...

huhu x mnat katun nih.

kim heeruul said...

mane squirdwad?

Pendamba Mawar said...

trigyy>ngee..tgok iklan ckup la..:P

lyndaz>hehe permerhatian pendamba je ni

fierul>hehe..tgok pun xsakit hati kan?

wan>mekasih2

koqin>nak mencari yang macam tu susah tu

gugu>da tu minat apa?

kim>itu watak tmbahan..ngee

cik dot said...

cte nie kdg2 kelakar gak. kdg2 sampai ketawa cm ap j. huhu ;DD

Nana said...

nana dh beli movie spongebob byk2 hehe..tak bosan tgk cite tuh..lawak

Pendamba Mawar said...

cik dot>hehe.. tu la pasal..lawak je

nana>siap beli tu..heehebgusnye

Orang Kita said...

x suka ngn spongebob,, suka patrick! huuuhuu

Pendamba Mawar said...

hehe..patrick lawak

PinKy MoMMa said...

wah kajian yang bagus :)
biasanyer tengok je tak pikir2 pun huhu..

Azza Azman said...

hmm betul tu, kartun lebih bermakna sebenarnya...lawak pun lawak...

Pendamba Mawar said...

pinky momma>hehe.. setiap tontonan ada pndangan dan tafsiran peribadi kan

chempaka sari>lawak itu untuk kita hilangkan masalah yang sntiasa datang..hehe

shamyheart said...

ulasan yg mantap! nice =)

I do I need Iman said...

hehe. mane lagi satu.,ape tue sotong tue namenye lupe.

yg tue lagi kesian. asek kene kacau je ;p

Pendamba Mawar said...

sha>mekasih

mawar>squidwad?itu watak tambahan menujukkan jiran yang sentiasa mencari klemahan diri kita

The day we meet said...

hehehe..terbaiklah huraian..
nape squidwk xde?hahahaa..idung pnjg..:p

cik ika said...

spongebob bf ik YG KE4..hehehe

Ikam said...

aku minat power rangers jerr...>_<..ahhaa

reenapple said...

squidwords mana??? sally??? bnyak watak tertinggal ni... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD