PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Pendamba Nak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hai pembaca blog pendamba, hari ni pendamba nak tanya berapa ramai pembaca blog pendamba yang telah berkerja atau yang buat duit poket tambahan? bagaimana anda spend duit tu? Dibelanjakan semua?atau ada peratusan yang anda simpankan. Kali ini pendamba nak mengajar anda untuk bermain dengan perlaburan dimana hasil pelaburan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita pada masa hadapan.


pendamba ingin berbicara mengenai pelaburan dalam emas. Pendamba sedar perlaburan yang memberikan keuntungan yang cepat dan tinggi adalah pelaburan dengan Public Mutual, tapi pendamba ingin mengajak anda untuk lebih berfikiran kehadapan mengenani perlaburan dalam emas. Emas yang pendamba cuba bicarakan adalah emas dalam bentuk jongkong atau bar(emas 999).




Public mutual memberikan pulangan yang tinggi terhadapat pelabur,tapi perlaburan dalam unit ini sangat berisiko untuk mengalami kerugian walaupun anda mendapat keuntungan tapi jaminan untuk mengalami kerugian juga tinggi. Jadi kenapa pendamba mengajak untuk memilih pelaburan dalam emas? dalam tempoh 10 tahun statistik yang dirangka menunjukkan harga emas sentiasa meningkat dari 2001 hingga 2008, pada tahun 2009 harga emas berlaku sedikit penurunan sebelum harga emas mula melonjak naik pada tahun 2010 dan 2011 dijangkan harga emas akan terus meningkat pada tahun seterusnya.


berdasarkan kajian yang pendamba buat, kadar keuntungan yang diperolehi dalam perlaburan emas amat memberangsangkan di mana peluang untuk anda rugi adalah sangat rendah. anda pelabur dalam ASB? Kuntungan dari ASB kita perolehi dari dividen di mana RM1 yang dilabur oleh kita akan mendapat pulangan RM1 dividen. tapi melabur dalam emas satu jaminan yang boleh pendamba berikan adalah kita tak perlu risau mengenai naik turun harga.




berdasarkan pola kenaikkan yang dicatat pada april 2011 harga emas semakin naik. pendamba dapat katakan ini adalah waktu terbaik untuk anda mula melabur. harga emas akan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. dan jika berlaku penurunan kadar penurunan tersebut adalah terlalu rendah dan sementara jadi anda tak perlu risau mengenai kerugian. Ini adalah peluang terbaik untuk anda jana pendapatan tambahan anda dalam pelaburan,jangan lepaskan peluang ini.


p/s: kenapa pendamba tetiba bercakap soal pelaburan,ni salah satu target pendamba law dapat duit daripada blog. owh terima kasih Encik Nuffnang, kerana memberi BE pertama buat blogger picisan ini.sekian


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

4 bicara cinta:

Falling . said...

owhhh dpt be rupanya.

shamyheart said...

mm.. belum mampu

Pendamba Mawar said...

gugu>hehehe

sha>hehe nanti da mampu try la..:)

kim heeruul said...

melabur boleh masyuk..^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD