PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Maafkan dan Percayakan Pendamba


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hai pembaca blog pendamba mawar. maafkan pendamba atas penurunan pola update blog pendamba ni,bukan pendamba tak mahu untuk update entri banyak banyak setiap hari tapi pendamba ada tugas yang perlu disiapkan. tambahan plak blog pendamba ni dicop sebagai blog takde kualiti. apa apa je la ni kan blog pendamba ,pendamba tak burukkan orang pun. ok layan lagu ini ea


Percaya padaku? tentang apa? pagi pagi ni pendamba nak berbicara soal kepercayaan. benarkah lafaz  'aku cinta kamu' itu sama seperti ungkapan ' aku mempercayai kamu'.mempercayai dari segi apa?jom kita bincangkan bersama sama.

Kepercayaan dalam bicara dan tutur kata
Ini adalah biasa dalam satu perhubungan,tutur kata mesti kita jaga agar tidak terusik mana mana pihak, contohnya dalam satu perhubungan. tiba tiba kita melafazkan kata ' kenapa la sayang tak seperti ***** , dia comel tapi sayang cantik' ok ni salah satu ayat,walupun nampak ayat tu memuji,tapi kenapa perlu dibuat secara perbandingan pendamba percaya perbandingan ini sedikit sebanyak akan menyebabkan hati pasangan itu terusik.

yang kedua kata kata yang hendak dituturkan mestilah indah,tak perlu anda marah marah pada pasangan anda, kerana tiada pihak yang akan mengaut keuntungan atas pergaduhan yang anda mulakan. Jika benar pasangan kita salah cuba berbicara sebaik baik nya. jangan cetuskan sebarang pergaduhan.bincang elok elok itu lagi mudah untuk mendapatkan kata putus

Kepercayaan dalam tingkah laku
Perkara ini sering kali menjadi punca permasalahan dalam tingkah laku,terutamnya long distance relationship,kepercayaan kena tinggi.  kenapa pendamba mengatakan tingkah laku mempengaruhi permasalahan? kerana dari tingkah laku akan menimbulkan persoalan pada pasangan .Ingat Cemburu itu tanda sayang tapi jangan keran tingkah laku anda cemburu itu mula menimbulkan benci.

Cuba anda jaga tingkah laku anda kerana kadang kadang tingkah laku kita menimbulkan persoalan, walaupun kita merasakan ok.tapi tidak pada pandangan orang lain pada kita.

Jadi bagaimana untuk memupuk kepercayaan ni dalam . yakin diri anda untuk percaya pada pasangan anda dan insyaallah anda akan mendapat pulangan yang sama.

"Kepercayaan ibaratkan selembar kaca yang dititipan kepada kita untuk dijaga agar tidak tergores atau pecah. Satu goresan apalagi pecah akan merusak kepercayaan itu." Syamsul Arham

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

8 bicara cinta:

~eFFa sLumBeR~ said...

long distance relationship..
memang mencabar..
tapi jika sama2 ikhlas n saling mempercayai, ok kot..
yg penting jgn cemburu buta..

kepercayaan mmg penting kerana kepercayaan mengukuhkn sesuatu perhubungan..

Pendamba Mawar said...

pendamba setuju ngan effa.. kepercayaan..insyallah..tiada istilah cemburu buta.

nooghulegha said...

betul kepercayaan tu sgt penting. ia ibarat kaca sekali terhempas ia xkan balik kpada asal. walaupun dicantumkan retaknya masih kekal terlihat. sy sendiri mengalami fasa dimana mencintai orang yg tak pernah percayakan sy. akhirnya cinta itu jdi hambar.

Pendamba Mawar said...

amera>kpercayaan kn pnting..sabar la ea

aizamia3 said...

kepercayaan tu penting dalam perhubungan.. kalau ikhlas insyaAllah kekal lama.. ;)

biarlah orang tu nak kata apa.. at least ada jugak yang layan belog ni kan.. ;)

saya cello191 said...

memang betul..tergores skit,hilang kepercayaan tu..^^

kim heeruul said...

gua dah percaya dia,tp dia mengkhinati kepercayaan gua..gua angin bro...

Ku Azhar said...

aiyook!!! patut la hilang smcm je abg aku nie T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD