PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Gelak Santai


Cerita 1 :  Anak Ayah


" Tahun ni ada berita baik, ayah!" ujar seorang anak yang baru saja menerima  hasil keputusan SPM kepada ayahnya.


" Berita baik apa?" tanya ayahnya


" Yang pasti ayah tidak perlu pening memikirkan belanja saya untuk masuk ke universiti," jawab si anak.


" Apa kau lulus dengan markah bagus dan mendapat biasiswa?" tanya ayahnya dengan wajah bercahaya


" Bukan ayah!saya.... tidak lulus!!" jawab anaknya dengan selamba.






Cerita 2 : Romantik


Kamal diundang kawan nya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata kata sayang.. manis..manja..cintaku.. kasihku dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata...


" Romantis sekali setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata - kata itu."


Mizal mengangkat bahu dan berbisik, " sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."




Cerita 3 : Surat untuk ayah


Ayah...
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. saya ingin meminta wang sebanyak RM1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam,ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip


p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.


Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.


Kepada Sarip,
" Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari ayahmu.




THANKS FOR READING ♥ COMMENT

8 bicara cinta:

echa takashimaya said...

hahaha.pagi pagi dah buat senaman muka kan.gelak sengeh sorang sorang bace mende alah nie.haha

farra said...

hehehe..lawak jew;p

kathy said...

hahaha..citer surat tuk ayah tu yg x tahan..

monologmalamhari said...

hehehe lawak nom 2 tuh pnah bca . tpi lawak ptama n ketiga tu ta pnah dgr lagi . hehe . :)

kim heeruul said...

haha..yg 2nd tu lawak.keh keh keh

Falling . said...

hehehe sengal (-_-")

Rafidah Farhana said...

Cerita 1: Anak tak guna. Hakhak.
Cerita 2: Apakahhh? Nama isteri lupa. Astaga..
Cerita 3: Hebat bapak dia. Hakhak. Mmg takde ah duit cenggitu.

TrigYy said...

cite1: mmg ank yg tak suke nyusahkan mak bapak.. hahha


cite2: laki tu mmg sgt2 romantik.. prp mmg suke pggil dia syg mnja baby. nama x ingat xpa la.. hahha

cite3: ak bace duatiga kali. mcm mana dia ckp dia t'lepas posmen pdhal dia boleh tulis ayt2 tu... hahhaha. tp reply ayh dia tu, mcm skill anak dia.. kahkahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD