PENJENAMAAN SEMULA BLOG PENDAMBA MAWAR

PRINCESS WIDIEA AZIRA

Kenapa Teddy Bear

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hai semua, pagi ni pendamba teringin berbicara mengenai sesuatu yang sedang bermain di fikirran pendamba. Kenapa teddy bear menjadi pilihan perempuan dan kenapa lelaki jeles dengan teddy bear? wah persoalan pelik di pagi hari tentang teddy bear. 
Yang terdapat banyak koleksi teddy bear yang dijual di pasaran aneka bentuk,aneka gaya yang dipamerkan. Dan teddy bear seringkali menjadi pilihan utama sebagai hadiah dari seorang lelaki kepada perempuan. Tapi teddy bear sering menjadi mangsa cemburu para lelaki.
Fakta atau auta yang anda akan baca sebab kenapa lelaki cemburu dengan makhluk yang tidak bernyawa atau teddy bear ini adalah: 
Teddy bear tak perlu berkata kata atau menggunakan ayat romantis untuk memikat dan mencairkan hati lembut seorang wanita. sekadar duduk diam diatas rak jualan untuk dipilih. 
Teddy bear tidak perlu keluar duit untuk hidup bersama perempuan, sekadar duduk kaku untuk terus menjadi kesayangan perempuan yang memilikinya. 
Teddy bear sering kali menjadi tempat luahan dan bermanja untuk perempuan tambahan teddy akan merasai nikmat pelukan dari perempuan itu setiap masa diperlukan. 
Teddy bear mengetahui segala rahsia dan perasaan seorang perempuan kerana teddy bear sering kali menjadi tempat untuk meluahkan apa yang terbuku dalam isi hati seorang perempuan.

Walaupun demikian, kenapa lelaki masih lagi menghadiahkan teddy bear untuk anda? Faktor utama mereka menghadiahkan teddy adalah sebagai pengganti diri mereka, dikala anda sedang merindui, dikala anda kesunyian, dikala anda bersedih jika mereka tiada pada masa itu, teddy itu la yang mereka harapkan untuk memberikan anda satu semangat untuk terus ceria.sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

17 bicara cinta:

.M.E.A.S.M.Y.S.E.L.F. said...

sangat setuju :) tedi bear chumel(mcm sy, haha #pengsan#)

Miss SheiLa said...

nak teddy bear sama saiz ngan sheila..huwaaaaaaaaaaa~

NURUL AINI NORAZMAN said...

tido pelok tedy bear,.klu kene marah dgn mak carik tedy bear,.tedy bear soulmate frenz aw,.hik3

cik mate sepet said...

but teddy bear ni kan x elok simpan

Muslimah Optimis said...

x pernah ada tady bear

FIPPER TONGGEK said...

takde lelaki pernah bg tedy bear lagi..kenape ekk? dorang taknak suh dinde ingat dorang lettew. muahaha

Cik Siti Aziz said...

yeah..that's pretty right.haha

fierul said...

hehe bru dpt tddy bear . :) stuju sgt ap y pndamba ktakn tuh :)

yunZ said...

hihi..suke panggil tedy bear dengan nama bebear.. mmg kalo tido peluk tedy bear. zaman kapel dulu mintak bebear kat xbf tapi dy x bagi..katanya xelok letak patung dalam rumah..memang la betul..at laz beli sendiri..haha

Edy Fee said...

teringin lak nk dpt bear besar2

farra said...

kite bnyk sgt bebear..setiap tahun mesti dapt..x tau sape bg..

..cik gugu.. said...

teddy bear lbh cumil dr laki ;)

kunci locker said...

wah, ok..hahaha...entri ni mmg bgs..hehe..thnk kongsi ilmu ni..hehehe...

kim heeruul said...

gua tak berapa suka dgn teddy bear..
haha..koala lg comel..^^

ir prof dr alia rosli said...

bear mmg best, tapi tak elok, malaikat tak masuk

Idzanfashila said...

ala, teddy ad dkt umah. :'(

si ngokngek said...

teddy bear sbg pengganti diri ka...kawan aku bagi tak pernah peluk pun..hahaha~~kesian dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2011PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD