السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hai pagi ni pendamba sekali lagi ingin menyentuh isu blogger kondem blogger. Memang isu ni tak kan pernah terpadam dalam istilah blogging, mesti ada je blogger yang membuat entri mengutuk blogger lain. Jadi pagi ni pendamba teringin berbicara secara ringkas mengenai isu ini.
Seperti biasa siapa yang sudi baca entri ni anda boleh teruskan bacaan anda, dan pada yang tak sudi meneriman pandangan dan bicara pendamba, pendamba alu alukan untuk terus klik 'x'. Pada yang meneruskan bacaan pendamba ingin menerangkan kenapa pendamba memilih isu ini untuk dibicarakan dan pendamba harap anda dapat mengubah persepsi anda terhadapa blogger lain.
Perkara pertama yang pendamba ingin bicarakan mengenai isu berpuak puak, seringkali isu ini yang menjadi permasalahan bagi blogger baru untuk naik. Ya pendamba sendiri pernah putus asa disebabkan faktor ini.
berpuak puak seringkali diamalkan dalam group blogger, memang sangat ketara dan jangan cuba menafikan! sebab kamu cuba menegakkan benang yang basah. Maaf buat blogger yang terasa dengan isu ini tapi ini la punca kenapa blogger baru susah nak maju. Sebab anda hanya nampak teman yang biasa berbicara dengan anda, anda hanya nampak blogger yang ada pengaruh tersendiri. Anda lupa pada blogger baru.
Siapa anda sekarang? da dikenali, dan mempunyai ramai kawan? amik masa seminit renungkan siapa anda untuk entri pertama blog anda? siapa diri anda ketika itu? Tak perlu la anda berpuak puak, open untuk semua apa salahnya. bukan sahaja dalam blog anda berpuak, tapi jika bersembang di group pun anda tetap memilih kroni anda, apa salahnya menegur budak budak baru? apa salahnya berkenalan ngan blogger picisan cam pendamba ni. anda tak rugi satu sen pun. bahkan anda dapat ganjaran kerana membuka hati menerima persahabatan baru.
Perkara kedua yang menjadi isu pendamba adalah mengenai entri yang menjatuhkan maruah blogger lain, tajuk entri anda memang hot, tapi anda lupa sedikit sebanyak anda telah menjatuhkan imej blogger tu, walaupun tajuk tu langsung tak kena dengan entri tapi apa tanggapan pertama orang terhadap entri anda? jika tajuk tu negatif? tentu fikiran pembaca jua negatif.
Anda pakar SEO? atau cuba bermain SEO, main la yang menggunakan 'keyword' elok elok jangan cuba main keyword nama blogger. Ya tiga perkara tu yang anda cuba kejar, tapi satu anda lupa maruah blogger yang anda tulis.
Yang menyedihkan pendamba entri yang melibatkan nama blogger lain ni adalah anak melayu sendiri, Melayu sama melayu cuba jatuhkan anak bangsa sendiri. Itu la yang pendamba fikirkan, tinggi nya traffik yang anda dapat, dan rendahnya martabat orang melayu yang anda pegang. Malu la sikit blogger ni ramai orang melayu, tapi sama sama menjatuhkan bangsa sendiri. Perpaduan? bijak pandai mana ajar perpaduan jika ini yang ada di blog anda.
Jika anda menulis untuk menyedarkan masyarakat sekeliling pendamba tak kan tegur anda sebab pendamba akan sokong tindakan anda, tapi apa sebenarnya yang anda cuba buat adalah mendapatan TRAFFIK! sangat tidak masuk akal ok bila bangsa berada di bawah, dan kehendak berada dia atas.
Isu ketiga dan yang terakhir untuk entri ini mengenai Identiti blog, iaitu bagaimana anda nak bawa blog anda untuk dikenali blogger lain. Tentang hal ini anda sebagai blogger perlu tetapkan sendiri apa dan bagaimana strategi yang harus digunakan untuk menarik perhatian orang datang ke blog. entri dan design, dua perkara penting, jika boleh pendamba nasihatkan anda carilah identiti sendiri jangan terlalu meniru blogger lain.
Tentu saja anda inginkan blog anda dikenali, jadi anda harus fikirkan strategi untuk menarik pengunjung, dari segi design dan entri. Dalam dunia blogging ada tiga jenis blogger iaitu Follower, Challenger, Nicher. Jadi anda di bahagian mana?
Anda digelar blogger follower bila anda cuba membuat entri entri sendiri yang dapat menarik minat pembaca dan anda rajin ping di group group blog
Anda digelar Challenger bila anda bermain SEO dan cuba mendapatkan ranking untuk bersama dengan blogger blogger top yang lain dan anda menghasilkan entri entri yang cukup mantap serta anda memilih tempat tempat ping yang mampu anda dapatkan traffik yang tinggi.
Dan anda akan digelar nicher bila anda menghasilkan entri berbentuk personal dan sukar diterima pembaca. kerana gaya penyampaian anda lebih kepada monolog dalaman untuk diri sendiri bukan untuk pembaca.
Akhir kata dari pendamba jadi la diri anda dalam blogging, itu yang terbaik. Jangan mengejar sesuatu hinggakan anda terkeliru tentang apa itu kemahuan dan apa itu kehendak. bukan mawar jika tidak berduri, bukan manusia jika tiada khilaf,oleh kerana itu jadilah mawar berduri yang mekar. walaupun kita serba kekurangan tapi kita mampu untuk gembirakan hati semua orang.sekian
15 bicara cinta:
ok..banyak input.. blog aku adalah blog pribadi je.. just utk knal dan dpat kawan baru.. huhu
amat setuju..xdinafikan mmg ada je golongan seperti disebutkan..pnh la jgk mnghadapinya..xsepatutnya kn isu mcm tu tjdi..
1. ak b'puak tak? x kan.. klu ada silap, hrp tgur ak k.
2. ak tak prnah buat entry kondem blogger. slmat bab ni.. hehhe
3. ak pom tak taw nk kategori blog ak tu, blog apa.. haha.. campor2x
ku nicher!! :D
menarik..... thanks yew :) mintak simpan dalam note pad :)
sebab tu Nadh syg satu group tu ketat2. sapa yang baru masuk, tak menang tangan nak jawap orang menegur dia.. ;D
orait ..thanks for this info..so far,bila org komen or shout kat tmpat sy,pasti sy akan terjah dia semula..:)
tambah kawan,tmbh kenalan...:)
Terbaik entri ni..
Memang, ramai yg ikut geng je, terutama kat SB tu. Geram ada jugak. Sombong, pakai main geng-geng dia jer.. tak suka, tak suka.
kite jenis blogger apa ya? Macam jenis nicher je.Wakaka~ Kalau Challenger, tak ada langsung la.
aku berpuak x? mintak tegur
ade yang berpuak.. ade yg x terpulang lah..paling x suke kalo sanggup kutuk blogger2 len..
senang kata , semua blogger kena bantu membantu .. jangan pentingkan diri sendiri .. baru semua dapat manfaat
saya ni terlalu muda dalam dunia blog, mungkin sbb tu tak nampak kepuakannya. Teheee :)
Saya sendiri tak tahu blog saya kategori ape. Hahaha.
sebelum condemn2 orang, tgk diri sendiri dulu.. aduyaii.. tak kacau orang tak bole ek? suke bebenorr gitu.. hhihihiih.. boleh nak kritik ke ape ke tp biarla kearah positif dan membina.. kalau da sampai tahap condemn, alamakkk gelimatt lah... jangan mareee hihi.. *emm macam da lari tajuk plak komen ;P
semua orang lakukan kesilapan..tapi,takde salahnya kalau kita sama-2 blogger up sama-2? stop jugak condemn sana sini,dulu masa jadi newbie pun kita camtu gak..bila dah naik,bolehla condemn orang..esok lusa,newbie yg dah up jadi senor sikit akan ulang perkara yang sama..sejarah berulang..sbb tu orang melayu susah nak naik..sama-2 kutuk diri sndri,bangsa sendiri.so,thats it..
And ada jugak blogger yang selalu nak kondem entry kita..
Post a Comment