PENJENAMAAN SEMULA BLOG PENDAMBA MAWAR

PRINCESS WIDIEA AZIRA

Nak Bermaafan la sangat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hai pembaca blog pendamba mawar, pendamba sedar kemeriahan beraya masih lagi hangat di dada setiap  umat Islam, tapi pendamba nak berbicara mengenai isu raya dan bermaafan ini. Izinkan pendamba memulakan bicara ini dengan salam kemaafan buat semua yang terasa tapi pendamba teringin membahaskan isu yang sering dianggap perkara remeh oleh masyarakat kita sekarang.

Apa perkara yang sering dilakukan bila menjelma hari raya? makan kuih raya?ziarah menziarahi?salam bersalaman. ok pendamba teringin menyentuh isu bersalaman. 

Dalam sepotong hadis  daripada Aisyah r.a.h memberitahu yang bermaksud: Demi Allah sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah melakukan sesuatu apa pun yang tidak diperintah Allah, dan sesungguhnya tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan mana-mana perempuan.

Apabila Rasulullah menerima pengakuan baiah daripada mereka baginda berkata: Aku telah terima baiah kamu dengan perkataan. (riwayat Muslim, jld:12, hlm:188-189 ).
Tapi apa  yang pendamba perhatikan sewaktu pendamba beraya ,wah! bukan main ramai yang menggatal memohon kemaafan sambil bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Pendamba tak faham kemaafan apa yang dipohon sedangkan mereka sedang melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT.

Jadi dimana kekurangan kita? seringkali kita ingin melakukan sesuatu tapi kita lupa apa yang dilarang terlebih dahulu. maaflah pendamba juga bukan seorang lelaki yang baik, tapi pendamba malu melihat perkara ini berlaku. Sedangkan Islam sudah melarang kita bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim kita, Tapi! kali ni kita sendiri dengan sengaja melakukan perkara tersebut.

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”

Jadi anda fikir fikirkan lah apa yang terbaik untuk anda.. budaya Islam atau masih dialiran barat kah kita. renungkan lah.sekian


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

4 bicara cinta:

reenapple said...

heee...adat M'sia kot???
sib baek salam dengan family je... huhuhu
selamat hari raya ..

farra said...

yupz..setuju!!

just like my quote..

http://farra-laiyin5606.blogspot.com/2011/08/babi-atau-anjingaku-pilih-kucing.html

aizamia3 said...

kalau dengan orang luar, biasanya hanya cakap tanpa bersalam.. kena faham kedudukan kita berada di mana..

sha my heart said...

Selamat berhari raya..
kunjung mengunjung.. =)

eh, tak masuk dalam point entri la. Haha~

salam? erm, no komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2011PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD