PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Reformatting Mind


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
kali ni pendamba cuma nak kongsikan sesuatu yang pendamba ingin konsikan mungkin lebih kepada peribadi tapi untuk peringatan bersama. dalam tak sedar da 4 bulan pendamba blogging ramai yang sokong pendamba dan tak kurang jugak yang cuba jatuhkan. seperti sedia maklum setiap dari blogger ada impian atau target sendiri  kenapa beliau blogging. bergitu jua pendamba.
Kenapa pendamba pilih tajuk 'reformatting mind'? sebab pendamba sedar pendamba telah lari dari ladasan target sebenar pendamba. pendamba dah leka dengan mainan follower hingga kualiti entri pendamba terganggu. Apa yang pendamba cuba sampaikan pada entri ni adalah pendamba cuba nak berada di landasan target blogging yang telah pendamba tetapkan. 
Tujuan pendamba blogging sebenarnya untuk berkongsi apa sahaja yang bermain di benak fikiran pendamba dengan semua orang termasuk la pembaca blog pendamba. Pendamba cuma mahukan respon dari pembaca untuk idea pendamba, itu sebenarnya yang pendamba kejar dalam blogging. respon anda semua mampu membantu orang lain. mungkin anda tak sedar betapa gembiranya pendamba bila entri pendamba ada orang komen. ya pendamba sedar pendamba bukan blogger yang kreatif dalam penulisan. Entri pendamba pun takde yang panjang panjang semua ringkas ringkas je kadang kadang mengarut plak tu.
Tapi pendamba bukan blogger yang copy paste even kita share tips atau tutor. tolong la hormat karya asal. jangan naikkan nama kita atas usaha orang lain. pendamba masih pegang itu dalam prinsip blogging pendamba, korang sedar tak betapa susah nya penulis tu nak canang idea? korang senang senang jadikan itu modal entri dan dapat traffik yang tinggi amat tak berbaloi. cuba la dapatkan identiti sendiri jika anda nak maju. 
Apa tujuan anda blogging?kawan?traffik?wang? atau sebagainya?kongsikan dengan pendamba. pendamba gembira jika anda berkongsi dengan pendamba.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

12 bicara cinta:

wan_cikgumuzik said...

saya berblog untuk kepuasan.... untuk sahabat..
untuk ilmu...

bab duit letak tepi.. iklan nuffnang jerr pasang.. berapa laa sgt incom dia kan... haha..

iklan berbayar pon lepas bayar bil tenet jerr...

Pendamba Mawar said...

hehe.. betul jugak cakap cikgu brapa sangat duit dia..hehe..:))

mekasih kongsi

imah said...

blogging untuk belajar dari pengalaman org ^^

Pendamba Mawar said...

yup betul pendmaba pun nak cam tu

kim heeruul said...

gua suka bercerita..sebab tu gua berblogging..^^

Pendamba Mawar said...

yeah terbaik kim..:)

Ku Azhar said...

blogging utk happy! hehehe :)

Pendamba Mawar said...

hehe happy sudah la kan?hehe

Miss Butterfly said...

blogging sebab nak share suke duke ngn orang laen. lulus tak? :D

Pendamba Mawar said...

lulus selalu..wahaha

Anonymous said...

saya berblog nak share kisah2 yang saya rasa menarik..hehe

shamyheart said...

berkongsi ssuatu =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD