PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Raya?bersediakah kita?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kurang dari dua minggu kita semua bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2011,bersediakah kita..kali ni pendamba nak kongsikan sepatutnya pendamba kongsikan dengan anda 4hari lepas tapi akibat mood yang tidak stabil pendamba terpaksa menukar tarikh untuk update mengenai ini.
Apa yang pendamba cuba bicarakan malam ni mengenai 'Pos Raya Insurance'.  Ini adalah salah satu produk yang boleh dikatakan baru oleh syarikat pos Malaysia,setelah 2tahun mengeluarkan produk ni alhamdulillah berlaku peningkatan dalam permintaan .
Kenapa pendamba sibuk promosi produk ni? sebenarnya ini salah satu produk terbaik yang patut kita miliki di dalam musim perayaan. Insyallah pendamba juga akan membeli polisi ini. ringkas mudah tak perlu medikal checkup. pergi ke pejabat pos untuk membeli pos insurans dengan harga serendah RM8. amat berbaloi.
pendamba syorkan pada semua pembaca blog ni untuk membeli polisi insuurans ni. sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada kita dalam tempoh sebulan perayaan ni.
Perlindungan yang diberikan selama 24jam sehari terhadap segala jenis kemalangan di musim perayaan. Tapi masa perlindungan hanya bermula 3hari sebelum raya, 2hari raya dan 10 hari lepas raya. ini bermaksa temph perlindungan untuk polisi insurans ini selama 15 hari sebelum polisi tamat. Bagi pendamba ni salah satu promosi terbaik bagi persiapan raya selain promosi pakaian dan kuih raya.
Hanya tiga syarat yang perlu dipatuhi untuk menyertai skim Insurans ni
Nota:
i)
Lingkungan Perlindungan: Di dalam Malaysia sahaja.
ii)
Terhad kepada 2 polisi untuk setiap individu atau keluarga.
iii)
Pelanggan hendaklah mengisi nama, No K/P, no. telefon, pelan yang dipilih dan jumlah premium pada Borang Pos Akaun 39 yang boleh didapati di semua kaunter Pos Malaysia.


Yang pendamba tahu insurans serendah RM8 ni boleh cover sehingga RM20,000 dan polisi insurans pos Malaysia ni berkerjasama dengan syarikat Insurang yang boleh dipercayai di Malaysia iaitu MAA insurance jadi anda tak perlu ragui mengenai tawaran cover yang ditawarkan.. untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi pejabat pos berdekatan untuk maklumat lebih lanjut mengenai insurans ni.

Akhir kata dari pendamba. pendamba harap sangat korang alert tentang produk produk cam ni. sebenarnya berguna dalam kehidupan kita. dan pendamba gembira kerana pos mengeluarkan produk cam ni. bukan senang nak memiliki polisi insurans dengan harga serendah ini.jadi jangan lepaskan peluang. hargai kemudahan yang disediakan.sekian.


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

13 bicara cinta:

~eFFa sLumBeR~ said...

da macam ejen insurans plak die.. =)
anyway, thanx for da info..
tolong belikan insurans utk sy skali bole? haha..

Pendamba Mawar said...

hehe ejen ke?sekadar perkongsian..belikan?hehe insyallah

Unknown said...

Wah bgs ni..abah ingat nak beli juga.harga pun murah..untuk perlindungan kan..kita bukan tau apa yang bakal berlaku kan
CONTEST Nostalgia Lagu Raya dan ANDA

Pendamba Mawar said...

abah.memang betul2 bermnfaat ni..cuba la..bukan senang nak dapt promosi cam ni

Falling . said...

owhh ini lah research nya....

saya cello191 said...

agent insuran plak ya..
sharing is caring
^___^

Pendamba Mawar said...

gugu>yup pendamba rasakan bende ni betul2 penting tapi orang tak nmpak pun


cello>hehe..mestilah..mngment student kan

kim heeruul said...

lebih kurang mcm insurans keselamatan

Engku Sofea said...

selamat hari raya pendamba mawar !!!

Anonymous said...

tak ready langsung nak raye

Pendamba Mawar said...

insurans ni kan perlindungan..xsalah kita amik..:P

Unknown said...

whoah!! sdia2~

Pendamba Mawar said...

liyana hehe kena la sedia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD