PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Profesional kah kita

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hai pembaca blog pendamba mawar, pagi ni pendamba hanya ingin berbicara mengenai blog. Ya tentang blog, jika ada yang sudi membaca apa yang blogger baru ini ingin bicarakan teruskan bacaan anda. jika tidak mahu menerima bicara dan pandangan saya anda boleh terus klik 'x'. Apa yang ingin pendamba bicara mengenai apa yang begitu sinonim dengan seorang blogger, iaitu Follower, Entri, Design, dan 'blogwalking' . buat blogger yang lebih berpengalaman mohon keizinan untuk pendamba meluahkan pendapat pendamba melalui entri yang tak seberapa ini.
Yang pertamanya pendamba ingin menyentuh topik 'follower' atau siapa yang mengikuti blog kita. selalu hal ini yang menjadi persoalan dan permasalahan pertama untuk seorang blogger. Kenapa?selalu persoalkan orang yang mengamalkan ' i follow and you follow me back?' kenapa? selalu menghalang seseorang untuk mengamalkan gaya mencari follower cam tu. Anda seorang blogger. tak sepatutnya anda menidakkan cara blogger lain mencari follower.
Pendamba tak pernah menghalang blogger yang menggunakan cara ini untuk mendapatkan follower sebab pendamba tahu apa perasaan diorang bila follower mereka bertambah. jadi tak perlu anda cuba 'kondem' semangat mereka. 
Ya entri anda cukup bagus, berbanding blogger yang mengamalkan i follow you follow ni. tapi hormat la cara mereka mencari follower ok. Pendamba yakin lama kelamaan mereka akan sedar tentang ini dan akan berhenti melakukan semua ini dan fokus pada entri untuk mendapatkan pembaca. Dan pada blogger mengatakan follower itu TAK PENTING sila la buang widget follower dari blog anda sekarang.
Yang kedua adalah mengenai entri, ya pendamba sendiri masih lagi tak mampu membuat entri yang dapat menghasilka komen beratus ratus untuk satu entri. Tapi pendamba gembira jika entri pendamba ada satu komen.
Apa yang penting untuk sesuatu entri adalah idea yang menarik, cara penyampaian, bahasa yang digunakan. bagi pendamba setiap dari blogger ada kelebihan masing masing dalam penyampaian sesuatu entri. ada yang menggunakan doodle, ada yang menggunakan lagu dan kebanyakkan menggunakan ayat.
Apa yang dapat menarik minat pembaca ke blog? tajuk entri jika anda seorang yang kreatif pendamba yakin anda akan terus maju dalam dunia blog ni. perkongsian tips? tutor? itu selalunya yang menjadi pencarian utama untuk blogger terutamanya blogger baru. Dan jika boleh jika anda mahukan orang membaca blog anda, tak perlulah cerita mengenai sesuatu yang akan membuatkan orang malas membaca entri anda. Jangan menulis dalam keadaan emosi nanti entri anda tidak akan ada sebarang kualiti. 
Dan format yang paling penting dalam sesebuah entri tiada loghat, tiada shortform dan paling penting tiada ayat ayat yang menggelikan pembaca contoh ' itew ta sukew lha kat dier tooo' . Salah satu ayat yang buat pembaca tertarik, untuk?klik 'x'.
Perkara ketiga yang pendamba rasa seorang blogger patut sedar adalah mengenai design blog iaitu bagaimana anda mencantikkan blog. semakin kemas?atau semakin serabut?
Pendamba nak tanya anda, kenapa anda letak banyak sangat benda benda di blog? terutamanya gambar di sidebar. Maaf buat yang terasa tapi pendamba teringin jua persoalkan. kenapa banyak widget yang tak penting ada di blog? tentang lagu tu pendamba tak nak la tegur. pendamba harap sangat korang ley buat blog yang mempunyai tempoh loading yang sangat laju. 
Home blog ni da macam bilik kita, bagaimana kita mencorakkan bilik kita? apa yang penting harus didahulukan. Tapi pendamba nampak adalah sebaliknya. pesanan pendamba untuk blogger baru untuk mencatikkan blog anda perlu rajin, tutor yang mengajar tentang mencantikkan blog sangat banyak, tapi anda harus bijak memilih mana yang diperlukan. Jangan anda rambang mata sehingga apa yang anda cuba lakukan pada blog anda itu akan menghancurkan blog anda.
dan yang terakhir adalah 'blogwalking', pendamba ingin gunakan istilah ramah mesra dengan blogger lain. kenapa? ya ini paling penting dalam blogging. anda takkan mampu teruskan dalam dunia blog jika anda tidak cuba untuk menghulurkan perkenalan dengan blogger lain. Dan cuba untuk mesra tinggalkan komen di entri orang lain,insyallah mereka juga akan buat perkara sama buat anda.
Yang terakhir dari pendamba, terima kasih pada sesiapa membaca entri ni sampai habis. pendamba sangat hargai anda. dan buat blogger baru jangan segan untuk bertanya mengenai blog. Jika anda malu anda boleh tanya je sapa sapa yang tahu mengenai blog. nak tanya pendamba pun boleh insyallah pendamba cuba menjawab persoalan anda. sekian. selamat blogging.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

15 bicara cinta:

Anonymous said...

kadang-2 bila fikir balik..bace balik komen2 dengan dorang sume hentam blogger lain tu..rasa bersalah.. sebab dulu pun orang macam tu.. malas dah nak fikir..
actually perkara simple,tapi dah jadi besar sebab blog seseorang tu dah naik,dah banyak komen and macam-2 so,dia rasa boleh cakap tentang kesedaran or hidayah yang dia baru dapat..and nasihatkan orang lain macam tu..
truly,rasa bersalah sangat

Pendamba Mawar said...

takpe setiap orang tak lari dari mlakukan kesilapan..:))

monologmalamhari said...

hehe buat msa skrg nie sy msih lagi belajar utk jdi sorg blogger . trima ksih gak pde bloger2 y byk mbantu sy . hehe . serius jdi semngat bla follower btambh dn kdg2 jdi tkut utk buat entry sbb tkut dorg lari .. hehe papepon skrg sy rsa gmbira sgt bla ad org sudi komen entry y sy buat wlaupon cma sorg . sy akn cuba baiki smua kelemahan spya org selesa dan ska dgn cara pnulisan dan blog sy :)

ll said...

nice entry.. (:

Saddila said...

huiyooo dila baca sampai abis woo entry ni . BANGGA :)

*walaupun satu komen je yang ada kat entry tu , kite tetap bangga , sebab ada jugak yang sudi baca dan hayati hasil idea kita .

dila suka entry ni :) BERILMU !

are_tik25 said...

sy blogger baru....=)

Anonymous said...

Info Berguna..Thanks..

reenapple said...

welll .. betullah .. kadang3 yg ada follower ramai pom tak semestinya entri pom bagus.. hehe.
memang la sometimes cam jelez dengan sesape yang ada follower ramai even baru jer mula blog... pastue dapat found out dia guna "i follow you , you follow me back.. " hehehe.
setiap orang ada hak tuk follow blogger sape yang dia suka...
nice entry..

p/s- blog kita berat tak??? K.O jugak... heheh

Ukhtifarhana said...

apabila adik pendamba berkata2....hehehehehe..nice entry dik...trpulang pade blogger tu sendiri sbnrnye..bgi akak,xsalah nk guna i follow u u follow me back..sbb akak pun pnh guna gak ayat kaedah tu..tp lama2 rase malu plak bt cmtu sbb entry xbgus mne,tp nk suruh org follow blog kite...haha..

but, akak lgi suka klu org tu follow dan dtg jgk komen entrykita wlupun xselalu..sekurang2nya dia sudi bce entry kite..jgn jdi blogger yg follow pastu dah xdtg2 dah..hehehe...just my opinion..

ape pun pde semua blogger...happy blogging..blogginglah secara sihat!!!=)

Eudora Priscilla said...

Thank you for the kata-kata nasihat pendamba :D saya pun baru juga.. Thanks for the comment just now! ^^

kunci locker said...

waaa...aku kne buang widget follower aku ni..hahahha... :P
kalo pndapat aku follower tak pntg yg mana bawak maksud tak perlu kerja follower..biar jek follower tu naek sdri...ok tak??hahahaha *sengal nk gak tny

ppe pn nice entri...aku rse ko blh jd penceramah ni..apa kata ko ajr aku cmne nk menulis ng baek sbb aku suka mnulis ng emosi...heheheh :P

opss..terpanjang lak..almaklum la..aku suka buat karangan kt blog org...hahahha

cik mate sepet said...

wah..nice tips =)

TrigYy said...

1. follower. aku skong mu. sbb kita smua b'mula ngn newbie kan.. ak dlu pom cmtu jgk. tak thn jgk bile org mrah klu newbie gn skill tu.

2. ak xtaw la entri ak bgus ke x.. sbb traffic x tentu.. huhu

3. ak try nk beramah mesra ngn blogger2.. tp kdang2 busy.. so, ak rse, ak nk g la bukok pose ngn bdk2 ni kt pata esok.. hehe

purplelicios said...

memang dah buang followers pun hahahn um entry berguna..thank

precious cla said...

Aku selalu ada masalah dgn masa...susah nak buat entry yg berkualiti...tunjuk ajarmu sifu amat berguna ..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD