PENJENAMAAN SEMULA BLOG PENDAMBA MAWAR

PRINCESS WIDIEA AZIRA

Nak Bermaafan la sangat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hai pembaca blog pendamba mawar, pendamba sedar kemeriahan beraya masih lagi hangat di dada setiap  umat Islam, tapi pendamba nak berbicara mengenai isu raya dan bermaafan ini. Izinkan pendamba memulakan bicara ini dengan salam kemaafan buat semua yang terasa tapi pendamba teringin membahaskan isu yang sering dianggap perkara remeh oleh masyarakat kita sekarang.

Apa perkara yang sering dilakukan bila menjelma hari raya? makan kuih raya?ziarah menziarahi?salam bersalaman. ok pendamba teringin menyentuh isu bersalaman. 

Dalam sepotong hadis  daripada Aisyah r.a.h memberitahu yang bermaksud: Demi Allah sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah melakukan sesuatu apa pun yang tidak diperintah Allah, dan sesungguhnya tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan mana-mana perempuan.

Apabila Rasulullah menerima pengakuan baiah daripada mereka baginda berkata: Aku telah terima baiah kamu dengan perkataan. (riwayat Muslim, jld:12, hlm:188-189 ).
Tapi apa  yang pendamba perhatikan sewaktu pendamba beraya ,wah! bukan main ramai yang menggatal memohon kemaafan sambil bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Pendamba tak faham kemaafan apa yang dipohon sedangkan mereka sedang melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT.

Jadi dimana kekurangan kita? seringkali kita ingin melakukan sesuatu tapi kita lupa apa yang dilarang terlebih dahulu. maaflah pendamba juga bukan seorang lelaki yang baik, tapi pendamba malu melihat perkara ini berlaku. Sedangkan Islam sudah melarang kita bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim kita, Tapi! kali ni kita sendiri dengan sengaja melakukan perkara tersebut.

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”

Jadi anda fikir fikirkan lah apa yang terbaik untuk anda.. budaya Islam atau masih dialiran barat kah kita. renungkan lah.sekian


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Wordless Wednesday #18



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Selamat Tinggal

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Salam sejahtera buat pembaca blog pendamba mungkin ini update terakhir pendamba untuk bulan ogos, insyallah jika panjang umo kita bertemu dibulan September. Seperti sedia maklum hari ni adalah hari terakhir ramadhan al mubarak dan kita akan menerima kedatangan bulan syawal untuk tahun pada esok hari. Dikesempatan ini pendamba ingin berbicara mengenai adab atau nafsu.


Bulan syawal sinonim dengan tradisi rumah terbuka di mana ramai yang akan membuat majlis makan dan menjeput selruh sahabat handai untuk menjamu selera, apa yang pendamba nak tekankan di sini adalah mengenai adab dalam makan. Jika kita menghadirkan diri ke majlis rumah terbuka, perkara yang patut kita jaga adalah cara kita makan. ok pendamba makan senang je la, suap je makanan tu dalam mulut. Ya begitu mudah untuk mengdeskripsikan maksud makan tapi jangan kita lupa tentang etika yang harus kita jaga. Cuba elakkan untuk:


Berbunyi sambil menguyah makanan
Mengambil lauk menggunakan tangan yang kotor
Menggoyangkan kaki ketika makan


tiga perkara yang seringkali kita lupa apabila kita sedang dibuai nafsu makan, jadi jaga tingkah laku anda. pendamba percaya anda tak mahu dipandang serong oleh orang lain kan? jadi beradab la bila makan. Dan etika pemakaian anda juga haruslah dijaga sangat tidak elok sekiranya anda menziarahi rumah kenalan anda dengan berpakaian yang tidak kemas, ini menimbulkan persepsi yang berlainan buat tuan rumah serta pengunjung lain. cuba cari baju yang kemas, baru atau tidak itu pilihan kedua yang penting kemas. Jika boleh cari la pewangi jika menziarahi umah sahabat handai. Jangan tunggu badan anda berbau.


Buat teman pendamba yang beraya di kampung, pendamba harapkan anda selamat kembali pulang ke kampung halaman, Jaga diri baik baik. buat teman pendamba yang tak dapat berya bersama keluarga harap sabar ye mungkin ujian untuk anda di pagi yang mulia ini. buat calon calon peperiksaan pendamba harapkan anda dapat fokus apa yang patut anda utamakan.


Yang terakhir dari pendamba,


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
buat semua pembaca blog pendamba , 
teman FB, Blogger , Octove
Maafkan diri ini jika pernah melakukan kesalahan terhadap anda
Insyallah jika dipanjangkan umur kita akan bersua di lain hari.
sekian.
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Ticker ooo Ticker

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ha tepat pukul 12 pagi 29 Ogos perubahan lagi dalam sistem facebook , pendamba tak tahu la apa lagi yang diorang nak buat, makin lama makin hilang privasi kita di Facebook. tak tahu la nak buat cam ne nak pendamba call mark lagi ke?haih malas da.haha.. lagipun peratusan saham pendamba dalam facebook telah dibekukan takde hak nak ubah semua ni lagi.




Apa motif sebenarnya 'ticker' tu wujud. Jika pendamba positif la mesti untuk kemudahan apa yang dipost oleh orang, tapi bagi pendamba kewujudan benda alah tu menimbulkan rasa tidak puas hati untuk setiap orang. kenapa la jadi cam ni. apa la nak jadi kat facebook.


Harap facebook dapat kembali cam asal dulu la, serabut semacam sekarang ni. law main octove je cam ne? ahaks. cam best jugak tu. tapi facebook lagi besar pengaruh. ah sudah sudah malas nak pikir blog tetap ku update. tapi masih tak puas hati kenapa perlu ada benda alah 'ticker' tu.


buat pakar pakar coding ke apa ke tentang ini, tolong la guna kemahiran anda sekarang. pendamba perlukan anda. sekian




THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kad Raya Buat Pendamba

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hai pembaca blog pendamba, pendamba cuba nak berbicara ringkas sahaja iaitu mengenai kad raya . Alhamdulillah tahun ni buat pertama kalinya pendamba menerima kad raya. Ulang taipan BUAT PERTAMA KALINYA . sangat sangat terharu ok, haha ada juga insan yang sudi menghantar kad raya buat pendamba. 
Tapi naluri pendamba bagitahu bahawa ada lagi kad yang tak sampai ke tangan pendamba ni.  Target pendamba hanya la 3keping kad raya yang akan sampai pada pendamba, tapi alhamdulillah pendamba telah menerima se..ratus...ok tipu sepuluh keping kad raya.

Pendamba nak ucapkan terima kasih sangat sangat pada


Lc Nabella - Non Blogger
Kak Gurlz Lala - Non Blogger
Unidentity Person - cant trace from who

Terima kasih pada semua yang sudi bagi kad raya pada pendamba

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kondem Blogger


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hai pagi ni pendamba sekali lagi ingin menyentuh isu blogger kondem blogger. Memang isu ni tak kan pernah terpadam dalam istilah blogging, mesti ada je blogger yang membuat entri mengutuk blogger lain. Jadi pagi ni pendamba teringin berbicara secara ringkas mengenai isu ini.
Seperti biasa siapa yang sudi baca entri ni anda boleh teruskan bacaan anda, dan pada yang tak sudi meneriman pandangan dan bicara pendamba, pendamba alu alukan untuk terus klik 'x'. Pada yang meneruskan bacaan pendamba ingin menerangkan kenapa pendamba memilih isu ini untuk dibicarakan dan pendamba harap anda dapat mengubah persepsi anda terhadapa blogger lain.
Perkara pertama yang pendamba ingin bicarakan mengenai isu berpuak puak, seringkali isu ini yang menjadi permasalahan bagi blogger baru untuk naik. Ya pendamba sendiri pernah putus asa disebabkan faktor ini.
berpuak puak seringkali diamalkan dalam group blogger, memang sangat ketara dan jangan cuba menafikan! sebab kamu cuba menegakkan benang yang basah. Maaf buat blogger yang terasa dengan isu ini tapi ini la punca kenapa blogger baru susah nak maju. Sebab anda hanya nampak teman yang biasa berbicara dengan anda, anda hanya nampak blogger yang ada pengaruh tersendiri. Anda lupa pada blogger baru.
Siapa anda sekarang? da dikenali, dan mempunyai ramai kawan? amik masa seminit renungkan siapa anda untuk entri pertama blog anda? siapa diri anda ketika itu? Tak perlu la anda berpuak puak, open untuk semua apa salahnya. bukan sahaja dalam blog anda berpuak, tapi jika bersembang di group pun anda tetap memilih kroni anda, apa salahnya menegur budak budak baru? apa salahnya berkenalan ngan blogger picisan cam pendamba ni. anda tak rugi satu sen pun. bahkan anda dapat ganjaran kerana membuka hati menerima persahabatan baru.
Perkara kedua yang menjadi isu pendamba adalah mengenai entri yang menjatuhkan maruah blogger lain, tajuk entri anda memang hot, tapi anda lupa sedikit sebanyak anda telah menjatuhkan imej blogger tu, walaupun tajuk tu langsung tak kena dengan entri tapi apa tanggapan pertama orang terhadap entri anda? jika tajuk tu negatif? tentu fikiran pembaca jua negatif. 
Anda pakar SEO? atau cuba bermain SEO, main la yang menggunakan 'keyword' elok elok jangan cuba main keyword nama blogger. Ya tiga perkara tu yang anda cuba kejar, tapi satu anda lupa maruah blogger yang anda tulis.
Yang menyedihkan pendamba entri yang melibatkan nama blogger lain ni adalah anak melayu sendiri, Melayu sama melayu cuba jatuhkan anak bangsa sendiri. Itu la yang pendamba fikirkan, tinggi nya traffik yang anda dapat, dan rendahnya martabat orang melayu yang anda pegang. Malu la sikit blogger ni ramai orang melayu, tapi sama sama menjatuhkan bangsa sendiri. Perpaduan? bijak pandai mana ajar perpaduan jika ini yang ada di blog anda.
Jika anda menulis untuk menyedarkan masyarakat sekeliling pendamba tak kan tegur anda sebab pendamba akan sokong tindakan anda, tapi apa sebenarnya yang anda cuba buat adalah mendapatan TRAFFIK! sangat tidak masuk akal ok bila bangsa berada di bawah, dan kehendak berada dia atas.
Isu ketiga dan yang terakhir untuk entri ini mengenai Identiti blog,  iaitu bagaimana anda nak bawa blog anda untuk dikenali blogger lain. Tentang hal ini anda sebagai blogger perlu tetapkan sendiri apa dan bagaimana strategi yang harus digunakan untuk menarik perhatian orang datang ke blog. entri dan design, dua perkara penting, jika boleh pendamba nasihatkan anda carilah identiti sendiri jangan terlalu meniru blogger lain. 
Tentu saja anda inginkan blog anda dikenali, jadi anda harus fikirkan strategi untuk menarik pengunjung, dari segi design dan entri. Dalam dunia blogging ada tiga jenis blogger iaitu Follower, Challenger, Nicher. Jadi anda di bahagian mana?
Anda digelar blogger follower bila anda cuba membuat entri entri sendiri yang dapat menarik minat pembaca dan anda rajin ping di group group blog
Anda digelar Challenger bila anda bermain SEO dan cuba mendapatkan ranking untuk bersama dengan blogger blogger top yang lain dan anda menghasilkan entri entri yang cukup mantap serta anda memilih tempat tempat ping yang mampu anda dapatkan traffik yang tinggi.
Dan anda akan digelar nicher bila anda menghasilkan entri berbentuk personal dan sukar diterima pembaca. kerana gaya penyampaian anda lebih kepada monolog dalaman untuk diri sendiri bukan untuk pembaca.
Akhir kata dari pendamba jadi la diri anda dalam blogging, itu yang terbaik. Jangan mengejar sesuatu hinggakan anda terkeliru tentang apa itu kemahuan dan apa itu kehendak. bukan mawar jika tidak berduri, bukan manusia jika tiada khilaf,oleh kerana itu jadilah mawar berduri yang mekar. walaupun kita serba kekurangan tapi kita mampu untuk gembirakan hati semua orang.sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Selamat Hari Lahir Aein


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Entri penghargaan kali ni pendamba nak tujukan buat teman pendamba. Siti Noraein. Selamat hari lahir sayang.. eh tersasul.maaf. selamat hari lahir aein. Hadiah dalam proses penghantaran. jika tak sampai awak marah posmen la ea.Pendamba tak nak buat ucapan panjang lebar sebab pendamba kurang dalam berkata kata,
Untuk Aein,
Selamat hari lahir
semoga dimurahkan rezeki
Jika ada kesulitan yang bakal mendatang hadapi dengan kuat
Jangan pernah merasai kesunyian kerana aein masih ada kawan kawan yang mampu gembirakan hari hari aein
semoga apa yang diimpikan akan dikecapi
Walaupun kita tidak pernah bersua
insyallah saya cuba menjadi teman untuk aein
menjadi seorang kawan yang boleh berkongsi suka dan duka
wish u all the best
chiayo' aein

ok la nak nyanyi sikit..

Jumeoni eh neoeun sonen japineun ge eomneunde
Eotteoke neol jabeul suga isseo
Nae saenghwareun neoege eo-ulliji anneunde
Geuraedo nae gyeote isseojugenni

Jul su inneunge I norae bakke eoptta
Gajin georagon I mokssori bakke eoptta
Ige neol utkke mandeul sun isseuljji moreujiman
Geuraedo bulleo bonda niga bada jugil barae bonda
(maksud?cari sendiri la)




THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Pulang beraya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hai pembaca blog pendamba mawar, ya dikesempatan ini pendamba ingin berbicara mengenai pulang beraya, ya raya dan balik kampung dua perkara yang tak dapat dipisahkan. Jadi pendamba ingin berpesan pada semua teman pendamba agar berhati hati ketika pulang ke kampung.


'Alhamdulillah akhirnya' , itu la bait yang keluar dari mulut pendamba apabila berita 5% kes kemalangan jalan raya menurun untuk tahun ini, tapi tadi pendamba dikejutkan berita tentang kes kematian jalan raya untuk tahun ini semenjak ops sikap dilakasanakan meningkat. kenapa jadi macam ni. 


Faktor ini yang mendorong pendamba untuk menulis entri ni, pendamba ingin tujukan buat semua teman blogger pendamba agar anda semua lebih berhati hati dalam perjalanan pulang ke kampung dan halaman rumah masing masing.


Dalam keasyikkan kita untuk menyambut lebaran yang bakal menjelma pendamba nasihatkan anda untuk memeriksa kenderaan anda, untuk sesiapa yang ingin memandu jarak yang agak jauh pendamba harapkan anda mendapat rehat yang cukup.


Pendamba berdoa agar anda semua selamat dalam perjalanan ke kampung halaman masing masing. Dan akhir kata, berhati hati di jalan raya buat semua.




THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Tika Hati merindu


Seandainya kau ada di sini denganku
mungkin ku tak sendiri
bayanganmu yang selalu menemaniku
hiasi malam sepiku
kuingin bersama dirimu

ku tak akan pernah berpaling darimu
walau kini kau jauh dariku
kan selalu kunanti
kerana ku sayang kamu

Hai pembaca blog pendamba mawar, pendamba ada satu persoalan untuk anda pernah tak hati anda merindui seseorang? Apa perasaan anda tika merindu? terutamanya bila anda sendirian tiba tiba dia muncul dalam fikiran anda. anda itu juga digelar rindu? Sukar untuk mentafsir rindu. Apatah lagi merasai nikmat sebenar merindu. Pendamba sangat merindui seseorang, da lama pendamba tak dapat nak 'contact' dia sebab dia sangat sibuk untuk exam. Pendamba akan tunggu dia kembali aktif FB dia.

kenapa dua rangkap lagu tu pendamba selitkan di awal entri ini, kerana blog dia menggunakan lagu ni sebagai background music. Itu saja klu yang pendamba dapat bagi untuk anda. pendamba bukan nak cerita sangat pasal perasaan ini tapi pendamba nak tanya pakar pakar apa tips untuk menghilangkan rasa rindu? banyak tips yang pendamba baca tapi, masih tak dapat nak menredakan kerinduan ni. macam mana?



Tips yang biasa pendamba baca adalah tengok gambar dan mesej dengan mereka. bagaimana jika pendamba ni takde gambar dan nombor telefon dia? yang kedua pendamba biasa baca diorang tulis tengok hadiah yang selalu diberi olehnya, macam mana dengan pendamba yang tak pernah dapat apa apa dari dia? yang ketiga menghabiskan masa di tempat selalu berjumpa, macam mana dengan pendamba yang tak pernah bertemu dengan nya? yang seterusnya mendengar lagu kegemaran nya, ha yang mungkin la. tapi pendamba agak la lagu di atas tu faveret dia sebab dia letak kat blog.

Jadi macam mana nak menghilangkan kerinduan ni? berjaya kah tips yang anda kongsikan? tak mungkin berjaya untuk sesetengah orang dan mungkin berjaya buat seseorang jadi pendamba baharap kepada blogger yang selalu buat entri tips tu tolong la buat tips yang betul betul berguna pada kedua dua pihak. bukan pendamba tak mahu membuat tips dalam entri pendamba, tapi pendamba pun masih banyak kekurangan. 

akhir kata dari pendamba blogging untuk bahan bacaan dan blogging untuk memenuhi perasaan sangat berbeza. Jadi hati hati jika anda ingin menulis sesuatu. bukan pendamba menghalang apa yang anda lakukan, tapi jika anda betul yakin apa yang anda kongsikan dapat digunakan oleh pihak lain, teruskan jika tak cuba olah ayat tu menjadi ayat yang dapat diterima semua pihak.sekian

p/s pendamba masih mencari apa tips rindu yang dapat diguna pakai oleh pendamba.
miss you saranghae dongsaeng


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Profesional kah kita

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hai pembaca blog pendamba mawar, pagi ni pendamba hanya ingin berbicara mengenai blog. Ya tentang blog, jika ada yang sudi membaca apa yang blogger baru ini ingin bicarakan teruskan bacaan anda. jika tidak mahu menerima bicara dan pandangan saya anda boleh terus klik 'x'. Apa yang ingin pendamba bicara mengenai apa yang begitu sinonim dengan seorang blogger, iaitu Follower, Entri, Design, dan 'blogwalking' . buat blogger yang lebih berpengalaman mohon keizinan untuk pendamba meluahkan pendapat pendamba melalui entri yang tak seberapa ini.
Yang pertamanya pendamba ingin menyentuh topik 'follower' atau siapa yang mengikuti blog kita. selalu hal ini yang menjadi persoalan dan permasalahan pertama untuk seorang blogger. Kenapa?selalu persoalkan orang yang mengamalkan ' i follow and you follow me back?' kenapa? selalu menghalang seseorang untuk mengamalkan gaya mencari follower cam tu. Anda seorang blogger. tak sepatutnya anda menidakkan cara blogger lain mencari follower.
Pendamba tak pernah menghalang blogger yang menggunakan cara ini untuk mendapatkan follower sebab pendamba tahu apa perasaan diorang bila follower mereka bertambah. jadi tak perlu anda cuba 'kondem' semangat mereka. 
Ya entri anda cukup bagus, berbanding blogger yang mengamalkan i follow you follow ni. tapi hormat la cara mereka mencari follower ok. Pendamba yakin lama kelamaan mereka akan sedar tentang ini dan akan berhenti melakukan semua ini dan fokus pada entri untuk mendapatkan pembaca. Dan pada blogger mengatakan follower itu TAK PENTING sila la buang widget follower dari blog anda sekarang.
Yang kedua adalah mengenai entri, ya pendamba sendiri masih lagi tak mampu membuat entri yang dapat menghasilka komen beratus ratus untuk satu entri. Tapi pendamba gembira jika entri pendamba ada satu komen.
Apa yang penting untuk sesuatu entri adalah idea yang menarik, cara penyampaian, bahasa yang digunakan. bagi pendamba setiap dari blogger ada kelebihan masing masing dalam penyampaian sesuatu entri. ada yang menggunakan doodle, ada yang menggunakan lagu dan kebanyakkan menggunakan ayat.
Apa yang dapat menarik minat pembaca ke blog? tajuk entri jika anda seorang yang kreatif pendamba yakin anda akan terus maju dalam dunia blog ni. perkongsian tips? tutor? itu selalunya yang menjadi pencarian utama untuk blogger terutamanya blogger baru. Dan jika boleh jika anda mahukan orang membaca blog anda, tak perlulah cerita mengenai sesuatu yang akan membuatkan orang malas membaca entri anda. Jangan menulis dalam keadaan emosi nanti entri anda tidak akan ada sebarang kualiti. 
Dan format yang paling penting dalam sesebuah entri tiada loghat, tiada shortform dan paling penting tiada ayat ayat yang menggelikan pembaca contoh ' itew ta sukew lha kat dier tooo' . Salah satu ayat yang buat pembaca tertarik, untuk?klik 'x'.
Perkara ketiga yang pendamba rasa seorang blogger patut sedar adalah mengenai design blog iaitu bagaimana anda mencantikkan blog. semakin kemas?atau semakin serabut?
Pendamba nak tanya anda, kenapa anda letak banyak sangat benda benda di blog? terutamanya gambar di sidebar. Maaf buat yang terasa tapi pendamba teringin jua persoalkan. kenapa banyak widget yang tak penting ada di blog? tentang lagu tu pendamba tak nak la tegur. pendamba harap sangat korang ley buat blog yang mempunyai tempoh loading yang sangat laju. 
Home blog ni da macam bilik kita, bagaimana kita mencorakkan bilik kita? apa yang penting harus didahulukan. Tapi pendamba nampak adalah sebaliknya. pesanan pendamba untuk blogger baru untuk mencatikkan blog anda perlu rajin, tutor yang mengajar tentang mencantikkan blog sangat banyak, tapi anda harus bijak memilih mana yang diperlukan. Jangan anda rambang mata sehingga apa yang anda cuba lakukan pada blog anda itu akan menghancurkan blog anda.
dan yang terakhir adalah 'blogwalking', pendamba ingin gunakan istilah ramah mesra dengan blogger lain. kenapa? ya ini paling penting dalam blogging. anda takkan mampu teruskan dalam dunia blog jika anda tidak cuba untuk menghulurkan perkenalan dengan blogger lain. Dan cuba untuk mesra tinggalkan komen di entri orang lain,insyallah mereka juga akan buat perkara sama buat anda.
Yang terakhir dari pendamba, terima kasih pada sesiapa membaca entri ni sampai habis. pendamba sangat hargai anda. dan buat blogger baru jangan segan untuk bertanya mengenai blog. Jika anda malu anda boleh tanya je sapa sapa yang tahu mengenai blog. nak tanya pendamba pun boleh insyallah pendamba cuba menjawab persoalan anda. sekian. selamat blogging.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Bertudung ikut trend


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
salam ukhwah buat pembaca blog pendamba mawar, di kesempatan ni pendamba ingin berbicara megenai isu yang dianggap sebagai remah tapi bagi pendamba isu yang boleh merosakkan agama Islam. Walaupun pendamba tidak mahir dalam isu bertudung tapi pendamba teringin untuk mneyentuh topik ini, ya entri untuk kaum hawa lagi untuk kaum adam juga boleh baca kerana pasangan anda juga lahir dari kaum hawa.
Bertudung? apa maknanya? dan apa tujuan nya yang sebenar?sekadar mengikuti adat berfesyen? mematuhi undang undang yang ditetapkan manusia? malu dengan kawan kawan? atau menurut perintah Agama. mana satu tujuan anda bertudung? Siapa pendamba untuk berbicara soal ini? pencatat dosa pahala kah pendamba ini? bukan! tapi pendamba kasihan dengan anda, disebabkan fesyen anda lupa apa sebenarnya tujuan bertudung.
Tak pelik jika kita bertudung mengikut cara yang telah ditetapkan, yang menjadi peliknya bila orang kita  ni kreatif. macam macam jenis tudung dikeluarkan, cara pemakaian juga dipelbagaikan. pendamba tak menghalang jika gaya pemakaian tudung anda masih menutup aurat. 
bercakap mengenai aurat, ramai perempuan yang terkeliru. Maaf bukan nak menuduh tapi kebanyakkan pendamba lihat adalah bergitu mereka menganggap aurat hanya la bahagian rambut, tapi mereka terlupa untuk menutup bahagian lain selain rambut  contohnya leher,dada, telinga.
Jadi seeloknya nak bertudung tutup la mana yang memang harus ditutup jangan sampai anda hanyut dengan arus fesyen yang mengalir dengan laju. Bagi pendamba fesyen bertudung sekarang lebih kepada ingin menunjuk dan menarik perhatian orang daripada menutup aurat. percaya atau tidak?pemakaian tudung anda yang agak 'trendy' tu sebenarnya mempengaruhi orang yang berada dipersekitaran anda untuk melihat kepada anda. itu yang anda inginkan?itu yang anda impikan bila berfesyen dalam bertudung? 
Pendamba nak menyentuh sedikit mengenai apa yang dipakai bila bertudung. Pendamba harap sangat anda buat la pilihan yang baik jika anda seorang yang bertudung. Jangan jadi seorang yang bertudung tapi dalam keadaan berbogel. anda faham maksud pendamba? bukan la lelaki tak suka anda pakai ketat ketat, mereka suka. Tu ada yang jadi mangsa rogol,mangsa cabul tu. Tapi nak salahkan lelaki pun tak guna, anda menaikkan nafsu mereka. jadi pendamba sarankan jika nak berpakaian tu cari la yang menutup bentuk tubuh.
Lagi indah pandangan mata jika anda berpakaian yang tidak mempengaruhi mata orang lain untuk menenang anda. Jadi diri jaga peribadi, yang baik adalah untuk yang terbaik. fikir fikirkan la.Mekar mawar ramai pemuja,layu mawar tiada yang sudi. renung renungkan dan fikir fikirkanlah. sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kenapa Teddy Bear

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hai semua, pagi ni pendamba teringin berbicara mengenai sesuatu yang sedang bermain di fikirran pendamba. Kenapa teddy bear menjadi pilihan perempuan dan kenapa lelaki jeles dengan teddy bear? wah persoalan pelik di pagi hari tentang teddy bear. 
Yang terdapat banyak koleksi teddy bear yang dijual di pasaran aneka bentuk,aneka gaya yang dipamerkan. Dan teddy bear seringkali menjadi pilihan utama sebagai hadiah dari seorang lelaki kepada perempuan. Tapi teddy bear sering menjadi mangsa cemburu para lelaki.
Fakta atau auta yang anda akan baca sebab kenapa lelaki cemburu dengan makhluk yang tidak bernyawa atau teddy bear ini adalah: 
Teddy bear tak perlu berkata kata atau menggunakan ayat romantis untuk memikat dan mencairkan hati lembut seorang wanita. sekadar duduk diam diatas rak jualan untuk dipilih. 
Teddy bear tidak perlu keluar duit untuk hidup bersama perempuan, sekadar duduk kaku untuk terus menjadi kesayangan perempuan yang memilikinya. 
Teddy bear sering kali menjadi tempat luahan dan bermanja untuk perempuan tambahan teddy akan merasai nikmat pelukan dari perempuan itu setiap masa diperlukan. 
Teddy bear mengetahui segala rahsia dan perasaan seorang perempuan kerana teddy bear sering kali menjadi tempat untuk meluahkan apa yang terbuku dalam isi hati seorang perempuan.

Walaupun demikian, kenapa lelaki masih lagi menghadiahkan teddy bear untuk anda? Faktor utama mereka menghadiahkan teddy adalah sebagai pengganti diri mereka, dikala anda sedang merindui, dikala anda kesunyian, dikala anda bersedih jika mereka tiada pada masa itu, teddy itu la yang mereka harapkan untuk memberikan anda satu semangat untuk terus ceria.sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Shopping Raya


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hai pembaca blog pendamba, anda semua da beli kelengkapan raya? sudah? fuh dasyatnya. pendamba baru je berangan angan nak membeli ni. Pendamba tak beli apa apa pun tahun ni. Rasa macam malas plak nak shopping. Ada yang nak belanja pendamba tak? pendamba nak la. Kasut Adidas pendamba hurm ok lagi kot. Raya pakai tu je la.ahaks.
Ok la pendamba tak nak cakap banyak tadi pendamba saya lepak kat kedai online, fuh banyak keperluan pakaian yang lawa lawa. Jadi pendamba nak share apa pendapat anda.hehe. pendamba list barang barang yang berkenan di hati pendamba ye.
Bonin, natural cowhide leather sneakers white LBVN0868WH7 Silverline Point
₩59,800 ($ 56.88)

Men's Leather Shoes Punching Low
$44.99

yang perempuan pun pendamba tengok..hehe.. comel tak?baju la bukan awek tu

Blazer tu taw. Smart ar.

sesuai gak ni law kat malaysia

nah yang terakhir. ahaks.. walaupun nampak simple tapi bagi pendamba nampak ok la. color putih +lace colour hitam hurm sesuai la ngan banyak pakaian.
RM49

Pasal pe banyak barang perempuan?pelik betol la pendamba ni..hahaa. takpe layan kan aje kot kot anda berkenan.sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Nak Raya Dah



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Jom ajak adik tengok lucah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selamat semua buat pembaca blog pendambamawar, macam mana hari ni ok? pendamba kurang ok sikit, masalah emosi masih belum stabil tapi pendamba cuba hasilkan entri untuk pembaca sekalian. Macam ada pembaca je..hehe.. Lucah apa yang anda faham tentang lucah? tengok lelaki atau perempuan bogel itu lucah?cam tu?
Anda pernah menonton video lucah? tak pernah? adik adik anda?pernah mereka menonton video lucah? juga tak pernah? ok tolong ambil perhatian apa yang pendamba bakal sampaikan. Dalam tak sedar dalam kreativiti lukisan sebenarnya tersembunyi imej lucah yang kadang kadang tidak disedari oleh mata kasar kita. Syarikat penyiaran Malaysia mudah menerima untuk menyiarkan rancangan tersebut  tanpa kita sedari pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengekploitasi minda kita semua. 


Hanya menggunakan KARTUN! mereka tak perlu minta syarikat penyiaran Malaysia untuk menyiarkan Naughty America mereka tak perlu untuk itu. mereka hanya menggunakan kartun, di mana sasaran mereka adalah kanak kanak yang baru mengenali apa itu dunia. perlukan bukti untuk bicara pendamba?






Jadi macam mana tu?? teruskan menonton selepas ini?atau tengok kartun kartun lain?kan banyak lagi kartun lain. nasihat pendamba berhati hati dengan rancangan televisyen yang disiarkan. kadang kadang kita leka dengan semua ni. Jadi seharusnya kita lebih berhati hati selepas ini agar kita tida menjadi mangsa penipuan seperti ini lagi. sekian


p/s maklumat diperolehi selepas menonton video the arrival
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Spontaneous Thursday #12



The Signs Are Being Fulfilled
The Prophecies Have Come True
But Have You Gained The Wisdom To Recognize Them

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Adik buat abang bernafsu la

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hai pembaca blog pendamba, yang pertamanya pendamba nak mintak maaf untuk kaum hawa diatas entri pendamba kali ni, bukan nak tunjuk pendamba ni gila seks tapi pendamba berbicara mengenai ini untuk peringatan kita bersama. pendamba buat entri ni kerana pendamba sedar pengujung blog pendamba majoriti dari kaum hawa.
Apa yang membuatkan pendamba menulis entri ni? sebanarnya apa yang pendamba lihat tentang pemakaian baju seragam sekolah budak perempuan, anda sedar tak bahawa baju yang anda pakai tu sebenarnya sangat nipis? penglihatan biasa mampu untuk tembus ke dalam pakaian tu? adakah anda sedar?
Apa yang pendamba mampu katakan tentang etika pemakaian baju seragam sekarang sudah berlainan. Ramai pelajar perempuan lupa untuk memakai pakaian dalam yang lebih menutup tubuh badan. Terus terang hal ini menarik minta pelajar lelaki,bahkan orang awam yang melihat etika pemakaian begini. Jadi siapa yang harus dipersalahkan jika kes rogol, atau cabul pelajar perempuan yang masih dalam uniform sekolah??
Teringat pendamba sewaktu persekolahan dahulu di mana terdapat beberapa pelajar perempuan yang gemar mengenakan tudung sekolah yang singkat. ok anda bayangkan pakaian yang nipis serta mengenakan bra yang mempunyai tone colour yang menyerlah ditambah dengan pemakaian tudung yang singkat. elok ker?? sangat sangat tidak elok. anda nak tunjuk kat sapa bentuk tubuh anda? yang pendamba tahu jadi bahan ejekan pelajar lain je.
Entri pendamba bukan la nak menyatakan pendamba ni "pervert" tapi pendamba kasihan jika anda menjadi mangsa pemerkosaan. Ya anda salahkan orang yang memperkosa anda,tapi! anda lupa bahawa anda sendiri yang menarik minat mereka untuk menjadikan anda sebagai sasaran.
sekarang kita pergi pula ke arah pelajar kolej atau IPTA , ya anda sudah tidak terikat dengan etika pemakaian seragam lagi, dan anda boleh memakai pakaian mengikut citarasa anda tapi masih mematuhi undang undang yang ditetapkan. Sewaktu pendamba menyambung pelajaran dulu, pendamba lihat ramai gadis gadis yang sebaya bahkan lebih tua dari pendamba yang terlalu mengikut citarasa mereka dalam berfesyen sehinggakan lupa akan maruah serta adab yang perlu mereka jaga.
Biasa nya pakaian anda kaum hawa ke kuliah adalah baju kurung atau kebaya, betul kan? tapi sedarkah anda kadangkala baju kurung dan kebaya ni mempengaruhi mata seorang lelaki? saya tak salahkan bagi mereka yang memakai baju kurung yang mampu menutup bentuk badan mereka. tapi bagaimana yang sebaliknya?
Jika pemakaian seperti gambar sebelah? bohong jika lelaki tak tengok anda. Apa yang anda cuba nak pamerkan? 'aset' anda? Simpan la lagi bagus. Tak perlu anda pamerkan,kerana ini akan mengudang bahaya untuk diri anda sendiri. 
Pada pendapat pendamba, seharusnya anda memilih pakaian yang longgar je untuk ke tempat tempat ramai orang, tak perlu ketat ketat. awek dua orang ni budak poli pendamba tapi gambar da masuk dalam laman web yang mengumpul gambar gambar perempuan. nak ke anda jadi cam tu? semua orang duk menatap gambar anda?da cukup amalan yang anda lakukan?
Akhir kata dari pendamba. Jaga la etika pemakaian anda, Jangan anda sendiri yang menjadi punca masa depan anda menjadi gelap. Hiaslah dirimu dengan sifat malumu bukan dengan membuka auratmu. sekian.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Gelak Satai !

Cerita 1 : Tangguh


Alex mengeluh kepada Robert kerana dia tidak dapat menghilangkan kebiasaan buruknya iaitu suka menangguhkan sesuatu pekerjaan . Robert memberikan alex jalan untuk mengatasi masalah itu dengan menghadiahkan buku yang bertajuk " BAGAIMANA UNTUK ANDA TIDAK MENUNDA LAGI " . alex mengambil buku itu lalu berkata " Baiklah,akan ku baca buku ini di lain masa".


Cerita 2 : Jangan Makan

Udin disiapkan sarapanpagi bijiran dengan susu oleh ibunya. Udin yang mempunyai aquarium, berjalan ke arah aquarium dengan segenggam bijiran di tangan, berniat memberikan bijirin tersebut untuk manakan ikan ikan di dalam aquarium. tepat ketika udin nak berikan bijirin, ibunya masuk ke ruang makan.


si ibu. " Udin jangan kamu berikan bijirin kepada ikan,nanti ikan semuanya akan mati."


dengan wajah pucat udin menjawab " Habis tu,kenapa ibu bagi bijirin itu kepada saya?" 




THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Wordless Wednesday #18





THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Paha Mantap! Sangap Aku

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hari ni betul betul menguji keimanan pendamba, tengok paha je perghh sangap kot. Mantap ,law dapat tu memang pendamba tersenyum kegembiraan la.  Dah la gebu..


Nasib baik pendamba posa hari ni, law tak memang modal pendamba la tu, sabar sehingga berbuka dengan bau yang semerbak. wah!menggugat keimanan pendamba. nak tak nak pendamba ditugaskan membakar ayam hari ni, sabar je la.. akhirnya lepas berbuka tadi dapat gak makan. Alhamdulillah.. Kenyang, tapi tak makan banyak pun kang teraawih entah ke mana. haha.


Ehsan Pakcik pendamba google


mau tak terpengaruh law tengah lapar tengok ayam cam tu..telan air liur je la..eh!tak batal posa kan telan air liur..kihkih..


apa apa pun pendamba da kenyang.waktu untuk beribadat pula..k sekian..


p/s: apa motif pendamba letak paha perempuan tu erk?hurm..entah!
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2011PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD