Kali ni pendamba ubah sikit penulisan pendamba..ok kita ke segmen kreatif Ben Ashaari kembali... hayati bait lagu ni...
Di kedinginan malam
berteman air mata
pilunya hati ini
bila kau tiada di sisiku
Menjadi kebiasaan perasaan rindu tu muncul di waktu malam.. bukan nya pada siang hari kita tidak merindu,tapi perasaan pada waktu malam adalah lain seperti siang, bila kerinduan mula merebak keseluruh dasar hati kita, perasaan sedih pula muncul..terutamanya bila seseorang yang kita rindu itu tiada bersama kita..
Apakah ini kasih
suratannya diriku
kau pergi tanpa pesan
tinggalkan daku kesepian
Berkasih sayang, bercinta itu ada lah mainan dalam kehidupan.. kerana adat permainan ada yang berjaya dan ada juga yang gagal... andai kita berjaya dalam percintaan kita akan kecapi bahagianya bersama insan yang tersayang..tetapi jika sebaliknya, mungkin itu bukan takdir yang menentukan bahawa kemenangan dalam cinta adalah milik kita. jadi seharusnya kita redha dengan perpisahan itu
mawar yang kita semai dulu
kini layu terkulai
walau ku jaga dan ku siram
dengan air mataku
sepi terasa bila ku sendirian
kau pergi jua tinggalkan ku sendiri
Percintaan yang telah bertahun- tahun lamanya tak semestinya akan berkekalan,walau seteguh mana,sekuat mana perasaan cinta tu..namun itu tak kan menjanjikan kebahagian percintaan.. akhirnya jika dia bukan jodoh kita dia tetap akan berlalu pergi tanpa kerelaan kita... Gagal dalam percintaan tidak bererti gagal dalam kehidupan.. itu la yang digelar keindahan cinta..ada manis dan ada pahitnya.. jika kita gagal..bangkit sekali lagi jangan pernah takut untuk menerima cinta.sekian.
4 bicara cinta:
tu lirik lagu apa?
sori2.hehe.. sebelum ni background blog pendamba hitam..hehe.. so lirik tak nampk..ni da ada da
tu kan lirik lagu,sape yg nyanyi?
ouch penyanyi jelmol-tajuk mawar
Post a Comment