السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pendamba join segmen abg Ben Ashaari bicara cinta sekali lagi... wah nampaknya dunia percintaan memang benar-benar mempengaruhi kehidupan..
klik untuk terjah
membicarakan cinta sesuatu yang mengujakan kepada setiap insan, cinta adalah sebahagian daripada fitrah insan dan satu kurniaan Allah . Prinsip cinta telah diajar melalui kisah percintaan suci antara Adam dan Hawa yang dirakam di dalam Al-Quran. Kisah cinta ini membuktikan bahawa cinta adalah suatu yang penting dalam hidup manusia.
cinta antara lelaki dan perempuan terbahagi kepada 3 iaitu.. 'cinta yang mendekatkan diri kepada Allah' , ' cinta yang mendatangkan kemurkaan Allah' dan ' cinta yang harus iaitu cinta yang tidak disengajakan dan tidak sampai membawa maksiat kepada Allah'.
pendamba nak selitkan kata Hamka : " cinta adalah sebahagian daripada naluri manusia,maka alangkah baiknya jika tumbuh mengikut kewajarannya.cinta yang tak terbatas itu bagaikan layang-layang terputus talinya.dalam percintaan ada pertemuan dan perpisahan. kehidupan ini seumpama bunga,maka cinta adalah madunya."
BERCINTA DAHULU atau NIKAH DAHULU ? Mana lebih manis pada zaman sekarang ini ? Dalam 100 patah perkataan .. lebih tak pe.. hehe.. Jika ada pengalaman , cerita sekali .. manis atau pahit.. ;) .. kalau sudi la ..
Pada pendapat pendamba, nikah dulu adalah lebih baik... seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling menyintai kecuali nikah.".. Jadi hubungan percintaan selepas nikah adalah yang terbaik dalam kehidupan... memang tak salah kita bercinta dahulu untuk mengetahui hati budi masing-masing tapi jika kita telah mempunyai ikatan yang sah,hubungan kita antara pasangan akan menjadi lebih erat.. mengenal hati budi selepas kahwin itu la nikmat kehidupan.. tetapi jika diaplikasikan pada zaman sekarang mungkin kita perlu bercinta dahulu 'kot'... untuk mengenali diri masing-masing,tapi bila bercinta semua nya indah,semuanya manis..sukar untuk ditafsirkan sifat n sikap seseorang yang sebenar... pengalaman cinta pendamba biarlah menjadi rahsia pendamba... cuma pendamba nak bagi nasihat ni kepada semua..
Jauhilah ' cinta monyet' iaitu cinta keanak-anakan
Jauhilah ' cinta palsu' iaitu sekadar berpura-pura
Jauhilah 'cinta saku' iaitu cinta hanya kerana harta benda dan kewangan
sebaliknya, carilah 'cinta sejati' cinta yang menghasilkan cita-cita luhur dan kekal abadi.
akhir kata dari pendamba,cinta dan kasih sayang yang berlandaskan cinta hanya kerana Allah SWT adalah cinta luhur dan murni.oleh itu, jauhilah cinta yang boleh membawa penderitaan dalam kehidupan. sebelum terlibat dalam cinta fikirlah semasak-masaknya dengan penuh kewarasan dan ketakwaan.sekian.
21 bicara cinta:
sgt stuju...
hehehe..mekasih..tapi saya rase cam lari dari segmen yang abg ben buat..haha.
dr segmen abg Ben :)
mira'e iya..salam kenalan..:)
ehmm..lulu setuju
stuju jugak lah=)
lulu caldina dan nadiemsharmz setuju dengan bicara saya?terima kasih diucapkan..:)
cinta monyet..hehe.. ketingat knangan sekolah dulu2.. :D
agree! love necessary!
but please dont harm ur life becoz of love! tak bagos kan? hee~
zacky> hehe... ye cinta zaman skola tu.hahaha...belum matured..hha
setuju!!!
aisha> haha.. btul tu... cinta itu indah tapi bisanya boleh membinasakan...
Ehem..ehem..dtg baca cerita chenta..ahaks~
cik ida..terima kasih setuju dengan bicara saya
upprofits> hehe..segan la..da la xpndai bermadah tentang cinta
sekarang cinta monyet dgn cinta palsu jer yg bnyk .
setuju ^^,
aida4 eva>ya cinta Allah yang kita cari..insyaallah nanti sy terjah
kathy tuah>thank dear
cik faez>mmg skrang sukar untuk kita dapatkan cinta sejati..tapi kita diharuskan unutk berusaha mendapatkannya
bersemangat saya baca entry anda :)
terima kasih sudi cite ..
Post a Comment