PENJENAMAAN SEMULA BLOG PENDAMBA MAWAR

PRINCESS WIDIEA AZIRA

Wordless Wednesday #26



Photoshot only
jom klik sini



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Rantai rahsia perhubungan

Hai pembaca blog PM kali ni PM tak nak berbicara panjang. PM hanya ingin berbicara mengenai rantai. ye rantai yang dipakai kat keher tu. Yang perempuan memang tak pelik la yang lelaki ni nampak cam pelik betul tak. Ok jadi sempena tahun baru ni PM nekad nak berhenti pakai rantai. da lama sebenarnya PM tinggalkan tapi kadang kadang gatal jugak pakai. tapi untuk kali ni nekad walaupun rantai tu.....


Apa apa pun terima kasih pada saudara ni yang mengajukan soalan ni kepada ustaz. jom baca penjelasan ustaz
nampak tak jawapan ustaz, HARAM. Jadi dengan ini PM nekad berhenti dari memakainya.  Memang PM gilerkan rantai sebab PM dulu cita cita masa kecik nak jadi askar sebab rantai tu je. banyak sebenarnya bukti PM pakai rantai.. tak percaya?jom layan gambar dibawah
nampak?dalam bulatan tu?
nampak?
tu ada.nampak?
tu ha nampak?
tu terang lagi bersuluh

sebenarnya banyak lagi tapi ini je yang PM nak kongsikan. hurm jadi dengan ini say no to necklace. Betul sebenarnya tak elok lelaki ngan rantai ni, tapi ye la darah muda semua nak berstyle, sekarang ni da terang terang jawapan dan hukum depan mata. PM nekad berhenti pakai.Terima kasih baca entri merapu ni. Mungkin ini la penghijrahan pertama yang PM lakukan.sekian



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kenangan Cintamu

Pada kedinginan petang yang indah. 



kelihatan seorang jejaka sedang menanti puteri impian nya,


Beliau masih setia menanti, hatinya yang leka menunggu menanti kehadiran puteri idamannya menyebabkan dia terleka dengan kehadiran puterinya itu


Hatinya yang berisi cinta dan kasih sayang dibawa kepada ku



Kenangan suka duka kami lalui bersama


kami bergurau, bergelak tawa bersama


Tapi itu tak kekal lama, bila jejaka itu terpaksa mengundurkan diri dari perhubungan mereka atas permintaan ibu bapa puterinya itu


itu lah kali terakhir pertemuan mereka dan itu la pengakhiran perhubungan mereka


Hanya kesunyian dan kesedihan yang dialami puterinya tanpa mengetahui sebab sebenar puhubungan yang terpasa diputuskan


Hanya kenangan yang menjadi memori yang takkan terpadam dalam ingatan mereka berdua


Buatmu ku ukirkan kata cintaku,

pertemuan dengan mu 
telah menerikan seluruh hidupku
kau terangi kelam laluku
kau cipta sebuah kebahagiaan baru
aku 
hanya mampu tersenyum
tatkala ibu bapamu tidak merestui ku
mereka lebih tahu dari ku
dalam menetapkan jodoh buatmu
maafkan aku untuk pengunduran ini
aku tetap mengimpikan dirimu
kau tetap puteriku
usah kau tangiskan pengundurankan
kerana itu tidak menjanjikan
kepulangan ku kembali
jadilah seorang isteri yang mampu
menggembirakan hati seorang suami.
sekian

p/s : tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati. betul ke tipu ni? nilai la sendiri..hehe. #rekaan semata mata..erk..haha
ok lelaki tu PM....



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Nyanyi ke tunjuk body

Hai pembaca blog PM kali ni mungkin PM buat perubahan sikit dalam penulisan..hehe kita tukar tukar la kasi meriah sikit.
jangan lupa klik sini, sini, sini

Situasi berlaku ketika berada di sebuah kedai karaoke


Moral :
nak pi tempat ramai jangan la pakai pelik pelik
nanti orang sibuk bercerita tentang anda.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Layak buat kekasih?

Mana pilihan anda dan apa pandangan anda


klik gambar di atas untuk entri 
Bersyukur aku anti wanita


jom bantu klik

untuk tips dan trik untuk newbie .klik spoiler di sidebar

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Dua blogger anti PM

Hai, hari ni PM lebih serius. Dua blogger ni da melampau kalau diorang blogger ni ANTI Perdana Menteri mesti da kena tindakan buang negeri. PM tak nak cakap banyak, sakit hati kot tengok entri diorang ni.huh!


korang boleh klik gambar header diorang untuk ke blog diorang.tak faham napa diorang gitu..huh!


klik sini sini sini




ANTI?
Antara Nama yang Tetap diIngatan
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Alhamdulillah Aku selamat menjadi suami sah

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana Dia telah memperkenankan doa hambanya ini untuk melengkapi ebuah kehidupan dengan memiliki seorang pasangan yang sah. Walaupun agak gementar gila berhadapan dengan jurunikah, alhamdulillah dengan semangat dan keikhlasan yang ada dalam diri, lafaz nikah berjaya dilakukan dengan sekali lafaz.

Ramai tetamu yang datang , mengucapkan tahniah. Walaupun agak penat melayan rombongan tetamu yang hadir tapi PM gembira kerana semua berjalan dengan lancar. Cuaca hari ini juga ok seperti merestui persiapan yang telah dilakukan sebelum ini.

klik gambar diatas untuk lihat bekas tunang PM yang jadi tunangan orang

Ramai guru guru yang ku kenal, ramai jugak kawan kawan yang ku kenal hadir dalam majlis ini. Semua bertanya padaku, "kau bila plak nak kahwin?" PM dengan selamba je jawab "tak de calon lagi". habis tu cerita kat atas tu beria macam ko kahwin? PM jawab.. " PM kuli je angkat pinggan dan gelas.hehe. Bila la giliran PM plak ye. PM pernah bertunang..

klik untuk entri kenangan PM bertunang

Kawan kawan da ramai yang bertunang, berkahwin. Dan mereka rajin berusaha dah sekarang ni untuk.... #faham2 la. PM? hahaa ada rezeki ada lah.. apa apa pun PM sangat penat hari ni..k la sekian

kawan jangan lupa klik






THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Music On Saturday 16

Jom Teka


when i look at you my face gets red
when i see you my heart goes thump thump
i talk with shyness like a kid
when i look at you i just smile out of nowhere
like a fool I keep doing that
I think love came to me


You’re the president of my heart
You’re my chests’ star embroider
I’m Genie for you girl
You make me stop breathing
whatever you want
because i love you
There’s no reason for my love you know


you’re a darling
you’re more beautiful than the stars above in the night sky
the shining thing deep inside my heart
my own love light


i love you darling
give me light next to me whenever
every night i look at you
and you’re beautiful even when i look at you
you’re my love light


when i see you i feel like im up on the clouds
it may be immature but i keep doing this
i tihnk love came to me


you’re a darling
you’re more beautiful than the stars above in the night sky
the shining thing deep inside my heart
my very own love light


i love you darling
give me light next to me whenever
every night i look at you
and you’re beautiful even when i look at you
you’re my love light


you’re lovely
you’re mroe blinding than the sunlight up in that sky
you shine the dark places inside my heart
my own love light


i love you lovely
even if i close my eyes i see you
looking at you like this
you’re still blinding even when i see you
you’re my love light

bantu insan ini klik sini, sini, sini








THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Buat Lappy anda Bercakap

Hai kali ni PM nak ajarkan anda satu trick ringkas. Maaf bukan tak nak credit tapi trick ni PM dapat dari lecturer PM di politeknik dulu. tak tahu la kot da ada blogger yang buat entri sama. Trik ni sesuai la untuk anda yang tak de benda sangat nak buat ngan lappy anda. jom kita mulakan

Mula mula,Buka notepad anda dan pastekan code dibawah

Dim message, sapi
message=InputBox("What do you want me to say?","Speak to Me")
Set sapi=CreateObject("sapi.spvoice")
sapi.Speak message

Kemudian anda save dengan nama "speak.vbs" kemudian klik enter

kemudia klik je file tu , tulis la apa yang nak dengar lappy anda berkata kata.


selamat mencuba.hehehe

jangan lupa klik sini, sini, sini

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Pergi solat Jumaat ke?

Hai pembaca blog PM, seperti sedia maklum hari jumaat semua orang laki wajib menunaikan solat jumaat jika tiada kesulitan kan? Tapi hari ni PM dapat tengok sikap segelintir manusia manusia yang bergelar lelaki ni, Datang ke masjid tapi...... jom teruskan bicara anda.
oh ya klik sini , sini , sini jap
Tapi mereka,
Masuk lewat
Ini la perkara yang paling PM tengok sangat sangat malu, umur dah macam ayah PM tapi bila khutbah disampaikan mereka mmasih asyik berbual dan merokok di persekitaran masjid. Macam mana nak didik remaja kalau yang dewasa pun da perangai macam ni?
Sesetengah dari mereka sengaja melewat lewatkan untuk masuk ke dalam masjid, bila doa dibacakan selepas habis khutbah kedua baru la muncul muka muka nak pi ambil air semayang la, basuh kaki la. Nak ditegur nanti dikata PM berlagak pandai.
Selipar
Ini yang buat PM sakit hati dan sangat kecewa dengan sikap orang Melayu. NAk je PM lempar selipar dia tadi. Korang bayangkan lelipar diletakkan lebih tinggi dari tempat orang nak sujud. Tinggi sangat ke darjat selipar tu? kalau takut selipar tu hilang PM nasihatkan jangan la pakai selipar mahal pi masjid. betul tak?
Merokok
Ni PM paling pantang, pas merokok pi berkumur lebih kurang lepas tu semayang. aduh. kuat bau rokok. Hilang fokus nak solat. Siyes PM benci orang cam ni. tak fikirkan orang lain. Agakla nak semayang jemaah hisap rokok bukan nye orang lain nak ambil bau rokok datang masjid ni. 

Tiga perkara ni je yang PM nak rangka hari ni. Yang lain malas nak tekan kan. sekian..

Tips dan trick blogger baru di sini.


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Fantastic Friday Mawar 7

Tips dan trik blogger baru..klik pada gambar


Memperlihatkan cinta adalah suatu kepicikan
Dibanding sesuatu yang agung, yang tersembunyi dibalik cinta
Cinta memang tidak mudah untuk dimengerti ... 



jom klik sini bantu PM


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Apa salah PM

Ada orang kutuk PM.. peh tak sanggup nak baca.. hurm sampai hati apa salah PM??





apa salahku????
klik gambar untuk baca entri tu

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Tips dan Trick Blogger Newbie

Hai pembaca blog PM kali ni PM tak nak merapu lebih. PM nak fokus tentang tips dan trick yang boleh digunakan untuk blogger baru . Bgaimana nak menarik pengunjung? bagaimana nak membina blog yang baik. PM akan jelaskan satu persatu dalam entri ni. Sebelum itu biar PM kongsikan beberapa tips yang telah PM tulis sebelum ni yang mengkin dapat membantu anda.
Tips tingkatkan follower
Tips menulis dalam blog
Saat mana diperlukan entri tersebut
Blogger apa kau ni
Kau ada blog
Tajuk Panas
Blog atau diari
Jana idea untuk blog
Anda boleh klik mana mana tajuk di atas untuk membacanya.Semoga membantu. untuk kali ni PM akan berbicara lagi tips untuk membantu anda para blogger newbie. Dan PM akan cuba ringkaskan ini untuk memudahkan pemahaman anda semua. kita akan bermula daripada yang asas kepada yang lebih mendalam. Tips ni PM syorkan buat blogger yang ingin berjaya dan memang niat untuk blogging.
URL Blog
Nama memainkan peranan penting dalam sesuatu blog. PM nasihatkan anda supaya memilih nama yang mudah , jelas dan mampu diingati oleh orang lain. Tak perlu anda menggunakan ejaan ejaan yang moden ni kerana itu akan menyusahkan orang lain mencari blog anda.
Layout
Ini merupakan elemen peting sebelum kita menghias blog. Layout, bagi PM layout yang sesuai adalah layout yang hanya mempunyai 2kolum kerana ruang di post dan sidebar luas berbanding layout yang mempunyai 3 kolum. 
kedudukan sidebar sebelah kiri atau kanan tidak menjadi masalah asalkan anda pandai menghiasnya.
Setting 
Buat blogger baru, setting ini akan membantu blog anda untuk mendapatkan komen dan kunjungan dari blogger lain.  Ramai blogger lupa betapa besar nya impak yang diberikan oleh setting semudah ini.
Kemudia save.  Setting ini untuk memudahkan pengunjung meninggalkan komen di entri anda tanpa perlu loading perkara sama sebanyak dua kali.
Warna
PM nak ingatkan anda, warna memainkan satu peranan penting dalam blog iaitu daya penarik. Nasihat PM anda haruslah bijak dalam penentuan warna di dalam blog anda. warna pada backgroud, post serta sidebar mestilah mempunyai kontra yang tinggi. Jangan biarkan warna tulisan tenggelam dengan warna background blog anda.
Widget
Ramai blogger baru yang seringkali terpengaruh dengan widget yang agak "menyusahkan" walaupun anda melihat ianya "lawa". contohnya, pop up welcome note.
ayat yang ikut cursor tu,
Blink blink, dan widget seperti daun yang jatuh, efek salji , itu akan melambatkan loading blog anda. PM harap anda cuba buang widget tu jika nak blog anda terus dikunjungi.
Muzik
Ramai blogger yang tidak suka pada blog yang memasang muzik. PM sendiri pun tak suka. Kerana bagi pengguna broadband yang berkapasiti rendah cam PM ni muzik tu sedikit sebanyak mempengaruhi jmlah buffer yang digunakan. Dan semasa blogwalking blogger biasanya membuka banyak blog sekaligus. Apa yang anda rasakan jika 5 blog dibuka dan kesemua nya mempunyai lagu? Fikirkan balik bagus ke nak letak lagu dalam blog.
Shoutmix cbox
Ok ramai blogger baru yang lupa untuk memasang widget chat ni. sebenarnya PM pun tak suka sebab ramai yang menjerit jerit je tanpa baca entri kita. Tapi sebenarnya daripada widget ni kita dapat menjana UV yang agak tinggi setiap hari. saranan PM anda memilih Shoutmix kerana maklumat seperti nama dan url telah disimpan berbanding Cbox.

Bagi PM ini sudah mengcukupi untuk anda menghadapi dunia blogging mengenai penulisan telah PM jelaskan dalam link yang terdapat diatas sana. Jadi rajin rajin la menulis dan bertegur ok. nasihat PM blogging biar ikhlas. jangan ada iri hati atau niat semata mata untuk duit. Rezeki ada di mana mana . Biar orang kenal anda dengan identiti anda sendiri. jangan jadi blogger yang suka copycat entri orang. sekian. sebarang persoalan boleh diajukan di ruangan komen. 



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kau beli Pisang goreng ke

Hai pembaca blog PM sebelum PM teruskan berbicara di entri ni, PM nak anda baca dulu ini.
http://pendambamawar.blogspot.com/2011/11/spontaneous-thursday-25.html
Da baca? da jelas? ok kita ke seterusnya.Seperti semua sedia maklum, fon Sony C510a PM rosak. Jadi PM berhasrat menukar fon tu kepada nokia c3. Murah pun murah.haha
Jadi apa kaitan dengan pisang goreng, tadi saja la keluar, nak pi bayar hutang motor. hehe singgah di kedai fon Tengok tengok fon idaman di hati.haha.. niat hati nak beli i phone or samsung galaxy tapi tak mampu. haha. Jadi PM tengok. tengok tengok dan terus tengok. Ha C3. tengok bajet. ok menepati jangkaan. hahaRM 335 memory 4gb ok.. berpatutan.. Tanpa membuang masa terus angkat. Impian ku semalam menjadi kenyataan tak gitu?
Urusniaga dijalankan.. da taraaaaaa
menjadi miliki. ini bermakna berakhir la sudah episod ku bersama sony c510a..... 


motif entri? saja nak kongsikan ngan anda.haha
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Spontaneous Thursday #25


PM nak NOKIA C3 jugak itu je termampu nak ganti fon Sony C510a PM ni. Tak kire. nak jugak.....

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Tahniah Malaysia anda berjaya

Tahniah buat skuad bawah 23 Malaysia walaupun kalah 2-0 kepada Syria. Ternyata ketiadaan Baddrol , Fadhli dan Irfan sedikit sebanyak mempengaruhi corak permainan yang ditunjukkan pasukan Malaysia. Seperti semua sedia maklum Syria bukan la calang pasukan dalam arena bola sepak ini mempunyai pemain pemain yang tinggi lampai serta pemain yang memiliki kawalan bola dan ketepatan rembatan yang agak tinggi. 
Ternyata pemain Syria menggunakan kelebihan ketinggian yang mereka miliki untuk mendapatkan gol awal. Tapi syabas dan kata pujian harus dberikan pada skuad malaysia kerana berjaya mengekang beberapa serangan yang di lakukan oleh pemain Syria. Ternyata kepenatan dan kekurangan pemain menyebabkan skuad Malaysia terpaksa menggunakan pemain tengah untuk menjana serangan.

Kita berbincang mengenai separuh masa pertama pada minit ke 0:42 di mana Thamil Arasu telah mensia siakan satu peluang keemasan pertama untuk mendapatkan gol awal, di mana sepakan halfvolley yang cuba dilakukan nye tersasar jauh dari pintu gol. Walaupun pada tika itu penjaga gol syria telah berda jauh dari gawang nya. Berbicara mengenai Wan Zack Haikal, pada pandangan PM stamina dan kecergasan beliau masih belum mengcukupi untuk diturunkan dalam perlawan seperti ini. Tetapi sumbangan yang ditunjukkan harus diberikan pujian. Seperti kita tahu wan zack merupakan pemain sayap yang mampu melakukan sesuatu dari jarak jauh, kelincahan dan kawalan bola juga agak baik. tapi faktor kecergasan mempengaruhi prestasinya menentang Syria pada malam ni.

Pemain yang mencuri hati para gadis, Nazmi Faiz pada malam ini beraksi dengan baik. Peningkatan prestasi ditunjukkan secara mendadak dengan kawalan serta hantara hantaran yang dilakukan olehnya. PM berharap beliau dapat diturunkan lagi untuk perlawanan perlawanan akan datang walaupun pada separuh masa kedua dilihat beliau agak hilang fokus. Faktor kepenatan mungkin mempengaruhi dirinya. Mengenai pertahanan Malaysia pada separuh masa pertama, alhamdulillah setiap penyerang syria di "marking" dengan baik walaupun kita dapat lihat pemain pertahanan seperti Zubir dan Mahali tidak dapat melakukan larian overlapping kerana dikawal ketat oleh pasukan lawan. Khairul Fahmi memainkan peranan penting pada malam ini menyelamatkan beberapa percubaan oleh Syria.
Pada separuh masa kedua kelihatan pemain malaysia mula hilang fokus. sebelum sekali lagi kesilapan pertahan menghukum pasukan Malaysia dengan gol kedua dari syria. Apa apa pun tahniah buat skuad Malaysia kelemahan dalam perlawanan menetang Indonesia yang PM jelaskan di SINI telah di tutup baik pada perlawanan malam ini. Tahniah Skuad Bola Sepak Malaysia Bawah 23 Tahun

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Makhluk asing mula ceroboh bumi

Hai pembaca blog PM, PM ingin berkongsi sesuatu yang menggemparkan  ,Makhluk asing telah mula ceroboh  alam maya kita. Sedar tak sedar kita kini telah diancam bahaya.
Adakah kita sudah berada di tahap yang tidak selamat?tidakkkkkkkk. Gambaran makhluk asing. Berikut adalah data data yang diperolehi dari sumber yang disahihkan kebenarannnya.


Jika anda perasaan pada tangga ketiga "unknown" . sebanyak 1.05% besar tu, telah mengunjungi blog PM ni, alien kah?makhluk asing kah? seram.... hati hati lah dari alam mana IP adress tu diperolehi PM sendiri pun tak tahu.

hehe entri yang hampir sama dengan miss Nadya.

miss Nadya : sini

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Bisikan Warkah Rindu Buat Zara #4


Seminggu berlalu, arman menghubungi zara...



mereka berbual berkongsi kerinduan, betautkan kasih sayang. Semua nya indah dalam perhubungan mereka berdua, hari demi hari, bula demi bulan berlalu hubungan mereka kukuh berdua. Saat hari terakhir SPM arman menyatakan sesuatu kepada zara.

“Zara, arman terpilih menjalani latihan khidmat negara, kemungkinan kita tak kan dapat bersua untuk 3 bulan akan datang.” Tenang bicara arman, tetapi wajah zara berubah sebelum kembali tersenyum.

“tak mengapa arman, selagi jodoh kita bersama insyallah kita akan masih berdua.” Jelas zara walaupun pada awalnya dia seakan tidak merelakan pemergiaan arman untuk menjalani latihan khidmat negara.

Hari hari berlalu , arman di PLKN ,manakala zara di rumahnya mereka memendam kerinduan di atas sekeping kertas kerana mereka tidak dapat berhubung menggunakan talefon. Pada saat ini la kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan mereka teruji. Kerinduaan yang makin menebal tidak mampu tertahan oleh mereka berdua tapi mereka terpaksa akur dengan keadaan yang mereka lalui.

Hampir setiap minggu Arman menghabiskan masa menghubungi zara ,kerana pada tika dan saat itu sahaja dia dapat menggunakan talefon. Tapi.. itu tidak kekal lama, apabila masuk bulan kedua ternyata zara telah menukar nombor talefonnya sekaligus memutuskan cara mereka berhubung. Tika ini hati arman tidak keruan memikirkan apa yang berlaku terhadap zara, fikiran nya masih positif mungkin talefon zara hilang.

Pada sekeping kertas dia mencurahkan kerinduan, pada sekeping lembaran dia mencoretkan kasih sayang.
Pada tika itu, kau telah mencuri hatiku
kau masih menyimpan hatiku
dan aku tapi kenapa kini
kau sunyi, kau sepi 
tanpa khabar kau biarkan aku di sini
sadarkah kau aku di sini merindui dirimu
merindui gelak tawamu
merindui senyumanmu

Kasihku, 
impian ku hanya satu
kabulkan hasratku
penuhi impianku
hadirlah dalam diriku
hiasi kesunyian diriku
temani kesedihan hatiku ini
yang mendambakan kasih sayang darimu
yang dahagakan kerinduan dari dirimu itu

sayangku...........

Coretennya terhenti di situ, tak mampu diteruskan lagi. Arman hanya mendoakan agar tiada apa apa yang buruk berlaku terhadap zara. Kemana sebenarnya zara menghilang? Bisik hatinya. Hari hari dilalui dengan kesedihan dan kesunyian. Sehinggalah tamat latihan nya selepas tiga bulan arman kembali.

Kepulangan nya disambut dengan sekeping warkah di biliknya, ibunya mengatakan surat tu diberikan oleh zara 3hari sebelum arman pulang. Hatinya sedikit ceria setelah mendengar ibunya menyebut nama zara. Tanpa membuang masa dia terus membaca coretan yang dikirimkan zara.

Teristimewa buat arman,
Maafkan diri ini hilang secara tiba tiba dari dirimu
Maafkan diri ini menyeksa kerinduan hatimu
maafkan diri ini melukai kepercayaan mu
ku undurkan diri ini buat sementara waktu
usah kau cari kehilangan ku
usah kau ratapi pemergiaan ku
aku menyayangimu seikhlas hatiku
jika kau juga ikhlas menyintaiku
dengan izinnya kita akan bersua

Usah kau membenci diriku
aku pergi atas dasar cinta
aku hilang atas dasar sayang
jika engkau masih memerlukan diriku
percayalah aku memerlukan dirimu lebih dari itu
izinkan aku mengundurkan diri 

Tersentak arman membaca warkah tersebut, tidak apa yang dapat difikirkan nya lagi......

Bersambung..
nantikan apa sebenarnya yang berlaku pada zara? dan apakah tindakan arman...

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2011PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD