PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Bisikan Warkah Rindu Buat Zara #2


Sejak dari itu mereka berdua semakin rapat, mula bergurau senda bersama, pergi dan pulang ke sekolah bersama sama. Sehinggalah pada bulan ketiga mereka kenal antara satu sama lain.........


Hati mereka mula membenihkan perasaan sayang dan cinta, daripada persahabatan mereka ingin menjadi pasangan kekasih. Pada suatu hari Arman mengajar Zara keluar untuk menyatakan hasrat, mereka hanya bertemu di tempat pertama perkenalan mereka, lalu Arman menyatakan hasratnya melalui sekeping lembaran yang terukir,

Buatmu zara,
kau telah membuka kunci hatiku,
aku sedar perkenalan kita yang singkat ini 
tak mampu memberikan satu jaminan kebahagiaan,
tapi hidupku menjadi sangat bercahaya 
semenjak kehadiranmu
kau telah isikan kekosongan hatiku ini
kau telah patrikan erti kasih sayang pada diriku
dan kau juga telah semaikan maksud rindu disanubariku



Menjadi impianku untuk memiliki hatimu
menjadi anganku untuk mendampingi dirimu
sudikah engkau menerima hasratku ini
bukan ku pengecut tidak membahaskan secara lisan
tapi aku Lebih selesa melakarkan perasaan ku di secebis lembaran
agar engkau dapat melihat bukti tentang 
perasaan yang terbuku di hatiku
Izinkan diriku membuka pintu hatimu
agar engkau menerima hatiku ini.

dari pencintamu..Arman

Selesai membaca lembaran tersebut, mata Zara terus menuju pada Arman. Tidak Ada jawapan yang diberikan pada masa itu.Lantas Zara bersuara “ Arman jom jalan jalan, terima kasih untuk surat ini.” Arman menjadi kaku kerana tidak ada jawapan yang diingini daripada Zara, dengan langkah yang agak lemah kerana kecewa Arman menemani Zara berjalan jalan. Selama sejam mereka bersiar siar di kawasan taman Zara masih tidak memberikan jawapan untuk surat Arman, Tapi Arman bersabar dalam hati nya berbisik “ mungkin dia masih belum bersedia”. 

Senja mula menghadirkan diri, malam itu mereka berdua tidak menghubungi antara satu sama lain, Arman berada di dalam biliknya sambik bermonolog sendirian “ adakah suratku tadi akan menghancurkan segala persahabtan kami....... persoalan itu bermain di fikiran arman sehingga dia tertido.
Keesokkan harinya sewaktu mereka melangkah menuju ke sekolah, Zara menghulurkan sekeping kertas kepada Arman sambil berpesan, “ Awak baca surat ini,tapi lepas balik sekolah nanti” katanya sambil tersenyum. Senyuman yang dihadiahkan Zara telah menceriakan pagi Armin hatinya bergitu riang dengan sepucuk surat yang diterimanya walaupun baik buruk isinya masih belum dibaca. Waktu pembelajaran dihabiskan dengan senyuman, menantikan waktu pulang.

Pada hari tersebut, Arman tidak dapat pulang bersama Zara kerana Zara terpaksa menghadiri seminar untuk pelajar perempuan. Dengan hati yang riang dia menuju kerumah, sampainya di rumah Arman terus membaca surat daripada Zara. Terukir kata di lembaran tersebut..

Buat Sahabatku Arman,

Engkau menyatakan hasratmu di secebis lebaran
lalu ku ukirkan jawapan untukmu juga si secebis lembaran
Hati ini mampu membukakan pintu buat dirimu
tapi mampukah engkau menyintai dan menyayangiku
seikhlas hatimu? 
bukan kerana rupa dan fizikal
tetapi kerana hati
mampukah engkau berjanji padaku
engkau akan setia padaku
engkau tidak akan menyembunyi apa apa dariku

Jika engkau mampu memenuhi hasratku ini
hati ini akan sedia menerima dirimu
Dari temanmu, Zara.

Hati Arman melonjak kegembiraan mendengar jawapan daripada gadis yang diimpikan nya Zara. Alhamdulillah ucapnya menyatakan syukur kepada Allah kerana telah memperkenankan doanya. Tapi dalam kegembiraan nya. Tiba tiba talefon nya berbunyi, diamati nama yang tertera, “ Mak Zara,Calling.... “ .......

Bersambung di Part 3

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

9 bicara cinta:

The day we meet said...

alolo..sweetnya zara pun suka kt dia..hahaaa..yg pas mak zara call tu mst nk gtau zara excident.huhu #sj teka

Unknown said...

hmm.. jiwangnya PM..
puitis ar surat tuh..
kalu sy yg dpt, kompom cair :))

cik ika said...

jiwang sokmo~~

Anonymous said...

jiwanglah PM nie ^^

eh, comelnye header baru tu :D
suka tengok kartun tu.. heheehe.. sweetlah >_<

monologmalamhari said...

wahhh bersambung ..

jgn kta sesuatu yg buruk tjadi kt zara sudah ...

tak sbr nk tggu smbungan .

ascil.punye.lah said...

ada sespa tak nak bagi surat camni kat aku?hahahahaha.sweet.

eh tak sbr nk baca sambungan.eksiden ke?

miss nana said...

mintak2 zara tak jadi pa pe..huhu..

Anonymous said...

huuu. PM dah wat cerpen cinteee...

ohh zara. *berangan sattt

kim heeruul said...

wah wah,arman & zara berbalas surat nampak..
kalau cite ini sampai ke alam pekerjaan,mesti lg best,,^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD