PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Tips Menulis Dalam blog Format

hello peeps cam ne ary nie. Sukew ta? aq sukew giler kot dapt kuar nan kekacih aty itew. Penat tu takya ckp ar an, tapi tape aq sukew dapt kuar ngan diew, enjoy,bahgie je rasew. Bile kuar tadi diew blnje aq makn eskrem romantik ta? romantik an ?an ?an?. buat awk, awak la pengarang jantung hati kite, xmo da cari org lain, kite setie ngan awk jerrrr.....Tapi kite jeles tengok awk layn kwn gurls2 kt fb two.. bukan ape takut awk xcyunk itew lgi biler da jumpe org lain y comeyy ag dari itew.... Awk jgn curang ngan itew erk.kite syunkkkkkkk ngat ker awk tu. slam cyunkkk.muahhhhhhhh.muahhhhhh

Hai pembaca blog PM, da baca ayat kat atas tu, PM tak berniat nak mengata pada sapa sapa tapi PM tertarik untuk menulis entri ini kerana PM nak bantu anda terutamanya blogger baru. Apa pendapat anda jika anda membaca format penulisan seperti di atas? tenang? gembira? atau rasa nak klik "x"? Simpan jawapan anda kerana itu pilihan anda sendiri.  PM jeles ke tengok entri cinta orang lain?

Sejujurnya PM tak pernah jeles pun baca entri cinta korang, PM gembira sangat bila baca kisah cinta korang terutamanya jika ia sesuatu yang menggembirakan. PM jua turut bergembira. Tapi jika penulisan anda menggunakan format penulisan seperti diaatas PM rasa pening la nak baca, kenapa tak gunakan font, yang senang untuk dibaca. Tak perlu nak "berbunga bunga" sangat font dalam blog. Guna je font "Georgia" atau "Arial" saiz normal.Dan kalau boleh biarlah 'aligment' penulisan tu anda pilih justify.Lagi kemas.
Mengenai loghat, sebenarnya PM klasifikasikan loghat dan bahasa manja gedik tu dibawah satu kelas yang sama. PM tak nak salahkan anda jika anda memang menulis menggunakan loghat, tapi pastikan la orang yang membacanya juga faham apa yang anda cuba sampaikan. Kadang kadang bila PM baca blog yang sering menggunakan bahasa SMS ni PM pun tak faham apa yang dia tulis. hehe #gelaksopan. Ok PM bocorkan satu rahsia untuk anda kenapa PM galakkan anda menulis dalam bahasa yang betul,tiada shortform. Ia sebagai langkah persediaan anda untuk digunakan dalam kehidupan kelak dalam penulisan surat dan sebagainya. Dan yang terutamanya bila anda menggunakan ejaan penuh, peluang untuk blog anda keluar dalam carian google juga ada. Walaupun tak setanding blog popular lain. Tapi jika ayat itu merupakan kata kunci dalam carian insyallah blog anda akan tersenarai. Main blog takkan taknak maju.

Ok, korang mesti akan cakap, "eleh blog realiti konspirasi guna bahasa biasa je gua lu gua lu je berlambak orang masuk blog dia". Nasihat PM fikir dulu  DIA tu siapa, dan ANDA tu siapa? Jika anda dah mempu berada di platform yang dia nikmati sekarang boleh la nak tulis apa apa pun.  ekarang jika anda blogger baru dan ingin menaikkan blog anda. salah satu yang paling anda titik beratkan adalah format penulisan. Mengenai Gaya bahasa juga anda perlu terapkan bersama kerana itu daya penarik blog anda.

Sekarang PM tengok ramai blogger yang menggunakan aset yang mereka ada untuk menarik pengunjung ke blog mereka, aset apa? kecantikkan . Ramai blogger menggunakan trik ini untuk menarik minat blogger lain mengunjungi blog mereka. Kalau PM guna cara ni mesti lari semua pembaca.haha ye la tak hencem comel je.tak caya? layan kan gambar bawah
Ha amacam?hehe. "eh gambar siapa ni PM?" ni la PM . "cait tak hensem rupanya, tak nak la masuk blog PM lagi" .haha. jangan kejam cam ni er. kasihan PM insan serba kekurangan.

Ini sahaja untuk entri kali ini, mengenai format penulisan, untuk entri seterusnya insyallah PM cuba bagi tips yang lain.Harap dapat membantu  anda dalam menguruskan blog. sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

24 bicara cinta:

OtaiSkema said...

saya blogger baru. perlukan bantuan anda buat header simple gila2 utk sy boleh..

Miss Purple Ungu said...

saya pun blogger baru PM hehehe...
nice tips :)

Amalina Lee said...

SOKONG! Byk Lina terjah blog mesti tulis pasal cinta dorg, font pulak buat italic, adoi-,0

RinsyaRyc said...

<---identiti sndiri. PM pun ade identiti sndiri.. ^__^

Unknown said...

itew sukew larh bacew entry awark... kahkahkah ayat memang mintak pelempang je.. :P

ascil.punye.lah said...

saya blogger baru.*peace!

hmmm,aku punye blog amacam?senang baca tak?kalau susah,cakap kat shoutbox tau.nnti senang nak improve.

Ku Azhar said...

waaa!! btl2..dlm entry ku pn ade sebut mcm nie..tp xpe la mungkin diorg xprasan kowt dlm entry kita ada sebut kn..hehehe kna tegur sorg2 nie ..ish3 :p

forever love said...

satu lagi if bila ada user dari luar.. means yg tak tahu bahasa melayu. bila diowg translate.. takde la jadi tak paham

Nazatulwanis said...

orang kata .. membaca ni blh memperkayakan baasa ;) .. cantik mawar yg dekat pic tu .. nak blh?

Jom Makan said...

Letih sbenarnye nak tlis ayat pnuh..tpi aq akn cube..1st time jejak kaki kat sni..

Noor Maizan said...

aloo blog kite dh bercampur loghat kedah dengan noghori..pm boleh paham ke???huhu

smilenajah93 said...

haha ! jahat sangt tu PM . hehe . kiteorg x tengok rupelah . tgk ape yg disampaikan lebih baik :)

best entry ni. thanks share :)

CikTeddyCorner said...

xpe PM..rupa x penting,namamu ttp di blog ku..hik3

msredcheesecake said...

bhs sms ni memang kadang2 pening dibuatnya...

msred da lama tau pm tak hensem, dtg jugak sini... hhaaa...ini gurauan namanya...

vendoline said...

bgus la bg tip...hehe
jn la merendah diri sgt

Anonymous said...

bagus tips nie..
era suka :)

Unknown said...

tq PM atas nasihat tu...sangat2 berguna untuk Fida...^_^

Falling . said...

hahaha saya akan tekan X lau jumpa blog cenggini ;p

Cheyah said...

adoi! sakit mata aku baca tulisan cenggitu. aku dulu suka jugak tulis dlm blog guna 'bahasa sms' tapi sekarang dah berubah. Sbb bila aku baca balik entri2 lama aku tu, mmg sakit mata! tak susah pun tulis ejaan penuh, ibarat menaip assignment je. haha. yg penting, apa yg kita nk sampaikn tu dpt difahami.

anamizu said...

guwa benci gila bahasa gediks cmtu.. mmg guwa tekan X terus je.. sakit mata + geli nak bace..hahaha jht tak? =P






luv,
cik ana

shamyheart said...

uui, pakar bahasa ni. kahkah.

dah jawab dah pertanyaan tuampa nak tau, kan?

❤ Cik Fia ❤ said...

hahaha..tergelak2 baca entry ni... terkena kat batang idung jugak sikit.. :)

WELL DONE!!

Unknown said...

teman guna loghat perak...

monologmalamhari said...

blog sy byk prubahan blajar dri PM la .. hehe thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD