Hai pembaca blog PM kali ni izinkan PM untuk "berjiwang" boleh tak. PM tak pandai dalam soal madah madah cinta, kata romantik apatah lagi mengayat. Tapi jika berbicara soal hati dan perasaan PM yakin anda semua mampu untuk membicarakannya dalam selembar warkah mahupun sebuah novel. Bercakap soal cinta, pernah kah kita mengimpikan sebuah perhubungan yang sempurna? mesti kita semua inginkan pasangan yang terbaik dalam hidup kita kan? PM jua bergitu.
Tidak ku kejar kesempurnaan dirimu kerana aku akan menjadi pelengkap buat dirimu,
Tidak ku pandang kecantikkan rupa parasmu, kerana aku menatap apa kecantikkan isi hatimu,
Tidak ku peduli kekayaan hartamu , kerana ku menagihkan kekayaan akhlak dan peribadi mulia mu,
Tidak ku persoalkan kekurangan mu kerana aku bakal mengisi segala kelemahan dirimu,
Apa sebenarnya cinta?
adakah ia sebuah perasaan kasih sayang seorang insan terhadap insan lain?
apa sebenarnya cinta?
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah
anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
apa sebenarnya cinta?
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
Apa itu cinta?
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Mudah berbicara dan menafsir mengenai cinta. Tapi PM masih persoalkan apa sebenarnya cinta?kenapa ia digelar cinta? PM sendiri masih bersama soalan itu.
Jika dia mengambil berat mengenai kita, adakah itu cinta?
Jika dia seringkali bertanya keadaan kita, adakah itu cinta?
Jika dia sering menghubungi kita, adakah itu cinta?
Jika dia seringkali berkongsi suka duka dengan kita, adakah itu cinta?
Jika kita tempat dia mengadu segala kesulitan,adakah itu cinta?
Jika dia seringkali menyebut nama kita ,adakah itu cinta?
Jika dia memanggilmu sayang, adakah itu cinta?
Jika dia seringkali merinduimu, adakah itu cinta?
Adakah dia menyintai PM? atau sekadar PM teman biasa seperti teman nya yang lain?
Suka duka kita kongsi bersama,
kesulitan dirimu akan cuba ku selesaikan
kesedihan dirimu akan cuba ku gembirakan
air mata darimu akan ku padamkan,
kesunyian dirimu akan ku ceriakan,
Adakah kita seringkali bermimpi di siang hari menggapai bintang yang belum pasti untuk kita temui. Bicara soal cinta tidak akan pernah luput dalam hati seorang insan, siapa kita ,pasti kita akan mampu berbicara soal cinta. Oh terlalu panjangkah bicara cinta kali ni? dah lama sebenarnya PM tak berbicara soal cinta. akhir kata dari pendamba
Menyintai dan dicintai adalah satu kenikmatan, menyintai tanpa dicintai adalah keindahan, dicintai tanpa menyintai adalah satu kerugian.
Buatmu ku titipkan sebuah doa, semoga impian ku menjadi kenyataan,
Tuhan dari setitis cintamu kau limpahkan serumpun cinta ini, cinta warisan adam dan hawa, cinta yang berputik di taman syurga tumbuh dan berbunga di taman dunia, naluri hati seorang lelaki yang bakal bergelar suami, mengimpikan seorang wanita solehah sebagai isteri merindukan pertemuan di pelamin keredhaan , sama berganding menuju keagungan sebuah rumahtangga bahagia bayangan syurga idaman. Kau yang ditakdirkan disuratan azali untuk hadir dalam hidup ini. Bukan permata yang ku janjikan sebagai mahar perkahwinan tapi sebuah cinta yang ku bina di dasar iman, sebuah kasih yang ku semai di taman islam, moga kau sudi menerimaku agar impian kasihku menjadi kenyataan kau dan aku segera dipertemukan
sekian.
19 bicara cinta:
miss purple doakan smga impian kasih PM tu jadi kenyataan :)
its good to be inloved
amin amin ! semoga berjaya PM ! PM hebat ! !!
semoga apa yang PM hasratkn tercapai.
PM ni memang jiwang la. siapa lah yang dpt kan.hahah
hehe..pagi2 dah baca entry jiwang.emo lah wa cmni.hahaha
*suka-sayang-rindu-cinta sume maksud yg berbeza.tp nape dicintai tanpa menyintai 1 kerugian?x paham kt situ.hehe
cinta cukup sekadar hadir untuk kita dihargai dan menghargai.insyallah bahagia :)
erkkk.dah terjiwang pepagi ni.haha.lame tak bace.now am back :)
jiwangnye PM kali nie..untung lar awek PM nt..hee~
cinta amat sukar untuk ditafsirkan..ngee~
sama la persoalan kita..
tapi cinta selalu buta..=(
gua pon tak mengerti apa itu cinta.
selama ni gua tak pernah merasai cinta drpd ex gua.
btw.semoga apa yg lu impikan tercapai..amin.=)
waaa.....mmang btl la cinta 2 :)
InsyaAllah dpt lah tu~ p
wahhh .. semoga dapat apa yang diimpikan .
insyaAllah , adik doakn :)
nice entri PM...semoga dapat apa yg diingini...
cinta itu subjektif... ada macam2 pengertian...
cinta itu adalah pengalaman yg plg berharga ;)
cinta
emm
terlalu byk definasi cinta
hanya yg melalui
dapat merasai
dpt menterjemahkan erti cinta tu kan =]
Post a Comment