PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Bila Kau Kembali kepadaku

Hai pembaca blog PM, soalan pertama dari PM. Apa perasaan anda bila anda bertemu kembali dengan insan yang anda sayangi,setelah sekian lama berpisah atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan? Kalau anda tanya PM, PM sangat gembira. Tersangat gembira ya PM telah bertemu dengan insan yang pernah PM sayangi. Tak sangka blog dapat menemukan kembali kami berdua. 

Ye ke PM ni? ke tipu lagi? Kali ni PM akan sediakan bukti bukti kukuh, Tak terniat PM nak melukirkan warkah peribadi di blog ini tapi PM sangat gembira selepas kembali bertemu dengan nya. Anis nama diberi, semanis raut wajahnya, seindah tutur katanya, perkenalan kami bermula di Pulau Pinang, sewaktu PM masih lagi menuntut di sana. Bicaranya memikat hati PM, dia juga pandai dalam memasak dan keayuaan nya telah mengikat hati PM bersama dirinya. 

PM masih menyimpan gambar awak, sewaktu date pertama kita. Ye PM tahu kita tak seromantik pasangan lain yang date di pantai dan sebagainya, kita date pun hanya di Jusco Perda. Awak ingat tak gambar ni kat KFC awak beria ria suh saya snap sedangkan waktu tu ramai orang kat situ.

Bukan saya malu, tapi saya takut orang lain jatuh cinta tengok kecantikkan awak. Tapi awak paksa jugak saya snap. Tapi awak cakap kat saya awak tak nak gambar ni, awak suruh saya simpan gambar ni baik baik jangan hilangkan. 

Alhamdulillah sehingga kini gambar awak masih tersimpan rapi dalam jagaan saya. Gembira kita masa tu kan, berdua berlegar legar di dalam Jusco, kita singgah di popular, kita tengok wayang dunia pada masa itu hanya milik kita berdua.

Awak ingat tak date kedua kita? Kali ni kita lepak di Megamall, kita main bowling sama sama. Awak ingatkan? walaupun dah setahun lebih kita lalui semua tu saya yakin awak masih mampu untuk ingat kenangan kita.

Ni gambar yang saya snap masa awak sedang makan kat paciffic. Mesti awak ingat kan? lepas kita main bowling awak kata awak lapar, jadi saya ajak la awak makan. Tapi lepas tu awak merajuk dengan saya sebab kedai yang awak nak beli baju tu tutup. Saya pun tak faham kedai tu tutup tapi awak merajuk kat saya.

Saya cuba la pujuk awak belanja awak makan aiskrim, akhirnya sejuk gak hati awak. Kalau tak ,tak tahu la saya nak pujuk awak cam ner, Bila saya tengok balik gambar ni saya tersenyum sendiri mengingati kenangan kita bersama banyak suka duka kita kongsi bersama. 

Tapi inilah pertemuan terakhir kita sebelum kita mengambil keputusan untuk fokus pada pelajaran masing masing, ye la awak kan bakal cikgu,mana boleh leka. Saya sayang kan awak sebab tu saya terima keputusan awak ,kita berpisah kerana ingin fokus pada pelajaran masing masing. Tapi...
Bila kau jauh terasa sunyi
Resah gelisah sepanjang hari
Seandainya kau ada di sisi
Bahagianya hidupku ini 
Ini yang saya rasakan bila awak berjauhan dengan saya, tapi kini awak kembali. Adakah awak sudi menerima saya kembali. Mungkin ini gambar lama bagi awak sebab hanya ini kenangan saya dan awak yang pernah saya miliki. Tapi tak sangka melalui blog kita bersua kembali selepas awak menukar nombor talefon awak. Dan kali ini saya harap kita takkan terpisah lagi buat kali kedua, biar jarak menjadi penghalang, tapi jangan biarkan hati merana kesepian kembali.
Oh ya cam ne PM ley jumpa dia di blog?tengok la bukti ni

Terkejut gak tapi bila tengok blog, eh dia anis. ha cam tu la PM jumpa dia di blog.Klik mana mana gambar untuk ke blog Anis ye, Jangan cuba nak kebas gambar mahupun tuan gambar ok..hehe.. oh ya PM nak review blog ni skali la, Bagi PM blog da ok, oh ya girls yang suka memasak tu PM syorkan anda bukak blog dia, dia ada resepi best untuk anda. Macam mana PM tahu? PM kan kekasih dia dulu.Dulu la bukan sekarang .Jom ramai ramai terjah blog dia. 
ps ini entri penghargaan bukan entri peribadi..tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

32 bicara cinta:

Diyana Ali said...

kekasih baru.. wooo cantik :) hehe

Unknown said...

wahhh tu la org kate dunia ni kecik hehheeh

Ana Farhana said...

huuuu ^^^

CikTeddyCorner said...

woo~ tkezut sy..haha

Anonymous said...

cantik..

# ingatkan kekasih PM tadi.. hehehe

Unknown said...

so suwit... <3

nuruhuda_329 said...

untong laaaa kekkekkeke :P

Zul De Alexis said...

giler cun tu..untunglah PM..:D

izamin said...

pm cun gler la.. :)

Nadia said...

adoi...dating kat pantai tu..au..terasa nad aw..yer lah...ari tu dating kat pantai..:)

alhamdulillah dapat jumpa kekasih lama dengan blog..:)

nad doakan jodoh PM dan si dia berakhir di jinjang pelamin..Amin..:)

p/s :: happy nad baca entry ni au..:)

$^ow Qu33n said...

Kekasih hati
Sampai bila diingati

hehehe

saya cello191 said...

wuuuuu...cantik~~~
moga ada jodoh korg ya...^^

Hun_eyes said...

org kat sini da tersedak nih.. hehe.. nice entry PM.. heeee ~

wait 4 ur turn ya! huhu

msredcheesecake said...

sweet la korang... hhee... ni kisah benar kan?

ascil.punye.lah said...

cantiknye cik anis nihhhh.

hrp korang tak terpisah,berpisah atau apa2 jelah.haha.

eh,jusco perda?slalu lepak situ.

Jom Makan said...

Wow buleh tahan yer..hehe

RinsyaRyc said...

makwe leteeww >.< #saje nak buat gosip

monologmalamhari said...

woow comelnye . :)

Aesya Zealous said...

baru nak frust menonggeng. bahaha

Falling . said...

wooooooooooooooooooooooooo!!!!!!

Just Mini Love said...

bnyak betul kekasih abg pm ye..

hik3..

Miss Purple Ungu said...

comelnya kekasih PM ni
patut la entry jiwang2 sgt semenjak 2 menjak ni hehehe :p

Azzah said...

uish..cantik giler.jaga betul2 yer..:)

widiea azira said...

wahhhhh ni yg duk kecoh2 dengar lagu ambo kene tu yer...

r-5 said...

Peh gila la jumpa awek lama. best tuh! teringin gak nak jumpa yang lama tapi hmmmm.. lupakan je la. haha. All the PM.. :)

sTilLuvMylIfe said...

hey3!!!hahahaha
at last...there you are...kamu curik BFF sy!!!:P
hahaha...

shamyheart said...

smile. senyum tak perlu kata apa2. =)

terjah..

serius atau santai, pilih mana?

♥nyeto89♥ said...

semoga bahagia..:)

imtong said...

acece.. patot la rumate sy asyik senyum soang2 ja skang ni. huhuhu

kim heeruul said...

chomey la dia..
mcm mana dia jumpa blog lu ?

Ahmad Syarif said...

Ingatkan tak kluar ngan pompuan dua orang...
=.="

Hun_eyes said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD