PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Kenangan Betamu

Sudah 4 pagi , PM masih tak dapat lelapkan mata. Bukan eksaited besday tapi PM teringatkan seseorang kalau PM ada kereta memang PM akan pi jumpa dia. PM teringin nak jumpa dia tapi apakan daya mungkin belum rezeki. Biarlah awak yang bertapak di hati PM, PM bukan seorang yang sempurna banyak kelemahan dalam diri PM, tapi PM cuba menjadi yang terbaik untuk awak jika diberikan peluang. 

"Kenangan akan membataskan kita", ya PM akan semat ayat ini dalam hati PM sehingga awak bersedia membuka pintu hati awak untuk seorang lelaki,jika bukan nama PM yang tercatat dihatimu PM akan menerima keputusan itu, jika PM yang tercatat dihatimu, PM akan menjadi yang terbaik dalam membimbingmu.

Bila PM selak lembaran lama, entri mu bertarikh 14 Julai 2011 betul betul membuat PM tersenyum, adakah engkau menerimaku, adakah engkau sudi memilihku.PM juga pernah mencoretkan sesuatu untuk awak pada bulan yang sama. Kita rapat melalui satu group, kita kenal melalui kata kata, kita berkongsi suka duka melalui bicara. Tapi kita tidak pernah membicarakan soal hati kerana PM hormati pendirian awak 2011 tahun untuk tidak mempunyai komitmen dengan hubungan sesama manusia. 

Entri awak 29 Julai 2011, dan 5 September 2011 membuatkan PM semakin percaya pada awak, membuatkan hati ini sedia untuk membuka pintu untuk awak tapi PM masih bersabar dengan semua ni. Komitmen awak untuk belajar, PM tak kan halang , teruskan untuk mencapai cita cita awak mungkin dari cita cita awak akan mendapatkan cinta. PM mampu redha jika awak bukan milik PM kerana awak da tunjukkan pada PM apa sebenarnya cinta. Pengorbanan itu cinta .dan cinta tak seharusnya memiliki.


PM sedar ramai yang cuba membuka pintu hati awak untuk mereka, dan mereka memiliki keistimewaan melebihi dari apa yang PM miliki, tapi itu bukan penghalang untuk PM putus asa. Kini walau awak sesibuk mana, walau awak jarang tegur PM. PM sentiasa mengingati awak dalam setiap doa PM, Insyaallah jika diizinkan tuhan kita akan membina sebuah mahligai kebahagiaan.

Pemberian pemberian awak akan PM jaga sebaik mungkin, mungkin tak seberapa bagi orang lain tapi sangat istimewa untuk diri PM, Benar kata orang jika merindui seseorang hubungilah mereka. tapi saya akan cuba untuk tidak mengganggu awak, saya nak awak fokus dan saya nak awak berjaya. Mungkin bila awak cuti nanti awak ada sedikit kelapangan masa untuk PM, sekarang ni musim exam jadi PM akan faham kepadatan jadual awak.


Akhir kata dari PM, Mungkin kata rindu, kata sayang dari PM awak anggapkan sebagai kata biasa yang keluar dari mulut seorang lelaki. PM tak kisah untuk itu, tapi apa yang PM nak awak tahu, awak setiasa berada dalam setiap doa PM. Semoga Allah memperkenankan doaku. sekian

p/s. siapa yang PM maksudkan biarlah rahsia.Kerana Allah kita bersua dan biarlah kerana Allah jua kita berpisah.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

18 bicara cinta:

nuruhuda_329 said...

ouchhhhh...romentiknya awakkk huahuahuahua=P

azie esa said...

semoga PM dipertemukan jodoh dengan si dia..amiiinnn

ruby sarip said...

hahaha, ingatkan masih single.. dah ada buah hati rupenye..lala~

monologmalamhari said...

apabila PM bermadah .. hehe
semoga btemu jodoh gan dia ye ..

RinsyaRyc said...

InsyaAllah....
:)


rindu sangat lah tewww~

Falling . said...

wahhhh gugu jd curious lahhh~

Anonymous said...

semoga cepat2 bertemu jodoh ek~

:)

Rosalia said...

amboi PM.ada yg dihati ye. btw slmt ari jd ye.:) mlm td dh wish kt shoutbox nk wish lg.hahah kt tweet pn ada wish

ascil.punye.lah said...

PM bufday kah?kalau ya,selamat hari jadi.semoga cepat2 lah bertemu jodoh tuuu.eh lupa,dan murah rezeki selalu.

noraauliyya said...

jiwangnya...PM.. terharu baca.

Unknown said...

happy bornday....semoga ceria dan happy selalu

aamalinaazman said...

semoga yg terbaik mengiringi kamu PM
yang terbaik
pasti utk yg terbaik!=)

Unknown said...

ist skali eppy beday ye PM...^_^ n Fida doakan PM bertemu jodoh dengan si dia yang tersayang...:) chaiyok2!

Just Mini Love said...

rindu seseorang ye ? hee..

Happy birthday ;)

Nadia said...

happy bufday PM...nad pilih blog pendamba mawar untuk blog pilihan hari ni..^_*
Blog Pilihan Hari Ini

new entry ::
Pantai Teluk Gadung

Wordless Wednesday

CikTeddyCorner said...

ala..maen rhsia2 plak encik kasih ni..kite nk tau jugak..^_^

Anonymous said...

ikhlas nye cinta kamu.. ^_^

Aesya Zealous said...

:) moga ape yg kamu pinta Allah perkenankan.aminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD