Tahniah buat skuad bawah 23 Malaysia walaupun kalah 2-0 kepada Syria. Ternyata ketiadaan Baddrol , Fadhli dan Irfan sedikit sebanyak mempengaruhi corak permainan yang ditunjukkan pasukan Malaysia. Seperti semua sedia maklum Syria bukan la calang pasukan dalam arena bola sepak ini mempunyai pemain pemain yang tinggi lampai serta pemain yang memiliki kawalan bola dan ketepatan rembatan yang agak tinggi.
Ternyata pemain Syria menggunakan kelebihan ketinggian yang mereka miliki untuk mendapatkan gol awal. Tapi syabas dan kata pujian harus dberikan pada skuad malaysia kerana berjaya mengekang beberapa serangan yang di lakukan oleh pemain Syria. Ternyata kepenatan dan kekurangan pemain menyebabkan skuad Malaysia terpaksa menggunakan pemain tengah untuk menjana serangan.
Kita berbincang mengenai separuh masa pertama pada minit ke 0:42 di mana Thamil Arasu telah mensia siakan satu peluang keemasan pertama untuk mendapatkan gol awal, di mana sepakan halfvolley yang cuba dilakukan nye tersasar jauh dari pintu gol. Walaupun pada tika itu penjaga gol syria telah berda jauh dari gawang nya. Berbicara mengenai Wan Zack Haikal, pada pandangan PM stamina dan kecergasan beliau masih belum mengcukupi untuk diturunkan dalam perlawan seperti ini. Tetapi sumbangan yang ditunjukkan harus diberikan pujian. Seperti kita tahu wan zack merupakan pemain sayap yang mampu melakukan sesuatu dari jarak jauh, kelincahan dan kawalan bola juga agak baik. tapi faktor kecergasan mempengaruhi prestasinya menentang Syria pada malam ni.
Pemain yang mencuri hati para gadis, Nazmi Faiz pada malam ini beraksi dengan baik. Peningkatan prestasi ditunjukkan secara mendadak dengan kawalan serta hantara hantaran yang dilakukan olehnya. PM berharap beliau dapat diturunkan lagi untuk perlawanan perlawanan akan datang walaupun pada separuh masa kedua dilihat beliau agak hilang fokus. Faktor kepenatan mungkin mempengaruhi dirinya. Mengenai pertahanan Malaysia pada separuh masa pertama, alhamdulillah setiap penyerang syria di "marking" dengan baik walaupun kita dapat lihat pemain pertahanan seperti Zubir dan Mahali tidak dapat melakukan larian overlapping kerana dikawal ketat oleh pasukan lawan. Khairul Fahmi memainkan peranan penting pada malam ini menyelamatkan beberapa percubaan oleh Syria.
Pada separuh masa kedua kelihatan pemain malaysia mula hilang fokus. sebelum sekali lagi kesilapan pertahan menghukum pasukan Malaysia dengan gol kedua dari syria. Apa apa pun tahniah buat skuad Malaysia kelemahan dalam perlawanan menetang Indonesia yang PM jelaskan di SINI telah di tutup baik pada perlawanan malam ini. Tahniah Skuad Bola Sepak Malaysia Bawah 23 Tahun
11 bicara cinta:
Its ok...Malaysia dah cuba yg terbaik.. :)
malaysia dah cuba yang terbaik tu.. :) sokong ekatikah :)
huhuhu,,tak suka fakri,,banyak peluang yang dia sia-siakan..rembatan dia pun lemah semacam sejak dri berjumpa dgn indon lagi,,;(
p/s:cehh,,pergi la ganti diaorang,,cakap banyak:P ha ha
malaysia dah buat yg terbaik . ttp sokong harimau malaya ! :D
btw,,MALAYSIA BOLEH!!!!I LURVE MALAYSIA!I LURVE KFC,,HEHEHE:p
Malaysia tetap terbaik walaupon kalah.setuju dgn PM,mungkin faktor keletihan dan tidak cukip rehat meyebabkan stamina pemain agak lemah tapi tetap ade pemain yang menunujukkan permainan yang bagus.good job Harimau Muda ! (:
Malaysia tetap juara di mata rakyat Malaysia .
Love u Harimau Muda <3
aku tak tengok bola tadi. busy kott.. huhuhu
btw, nazmi faiz tu adik aku. HAHAHA
huhu.. diorang dah buat yang terbaik... faham je~
nnti jumpa syria lagi, agak macam boleh balas :D
xpe2.. walaupun kalah.. aku tetap bangga :D hehe
xpe, skali gagal x brmksud gagal slmenya kan? InsyaAllah psukn Malaysia bleh brjye lgi. Amin~
Minat tgk Nazmi main... Ada potensi bsar la....Chaiyok2..Nazmi...
Post a Comment