Hai pembaca blog PM, ada yang rindu ngan penulisan PM tak?mesti takde yang rindu kat penulisan PM dan takde pun yang ingat PM kan..hehe Dah nak tacink plak PM, Insyallah PM akan kembali update blog macam biasa selepas beberapa hari tak dapat nak update, masalah tenet yang slow tu satu hal. Tapi ada satu lagi masalah yang buatkan otak PM ni tak dapat nak fikir. Ops bukan soal cinta. Im totally free bird.haha.
Untuk bicara kali ni PM nak rumuskan apa sebenarnya ada dengan BLOG PENDAMBAMAWAR, mungkin korang fikir "eh!dulu PM cakap blog tak sesuai dengan entri personal, tapi aku baca penuh entri frust bercinta jer". hehe mesti ada yang fikir cam tu. PM akan terangkan dengan jelas perubahan dalam blog PM, dulu PM pernah menyatakan tak elok menulis entri peribadi sekarang?elok ker? PM akan jawab persoalan itu. Mana PM dengan entri entri puitis dulu?PM akan jawab persoalan ini. Mana PM dengan tips tips yang tak berapa berguna tu? PM akan jawab. mana PM dengan entri entri persekitaran?PM akan jawab.
Entri personal, PM tak pernah melarang anda menulis entri personal,tapi jangan banyakkan entri personal sehingga pengunjung bosan dengan blog anda. Kadang kadang PM menulis entri personal sekadar untuk mendapatkan pendapat dan pandangan anda semua mengenai apa yang berlaku. Terus terang walaupun ramai yang mengatakan alam maya bukan la medium sesuai untuk mendapatkan kawan sejati apatah lagi cinta. Tapi PM sangkal semua tu,sebab PM mempunyai ramai kawan maya yang ambil berat tentang diri yang serba kekurangan ini. "ala sekadar tulis je bukan apa pun" , daripada tulisan itu dapat membangkitkan semangat seseorang. Jadi PM nak ucap terima kasih pada kawan kawan yang selalu jenguk blog PM, yang bertanya apa masalah PM hari tu, ok PM gitau. Kayu jatuh atas kepala PM masa siapkan garaj, takde luka, takde kesan tapi otak jadi mengong la kejap.hehe. Tapi sekarang da ok mekasih siapa siapa yang ambil berat tu.
Entri Puitis, kalau awal blogging dulu dah ada blogger lain yang cop PM sebagai blogger jiwang , tapi kenapa sekarang da kurang , banyak entri frust je. Bukan PM frust bercinta, PM tak bercinta pun. Tapi itu gelagat orang di persekitaran PM, PM adaptasikan rutin mereka menjadi cerita di blog PM. Tak perasan ke tagline blog PM " realiti menjadi idea fantasi" tapi bila bercerita ramai yang ingat itu berlaku pada PM. ok sesetengahnya memang PM.hehe #gelaksopan. Insyallah dalam masa terdekat PM akan menjana otak PM supaya dapat menghasilkan cerita cerita cinta. Tentang cerpen blog PM, lepas eksiden kayu tu PM da lupa apa sambungannya, haha nanti PM ingatkan balik jalan cerita dia. Oh ya ada seorang blogger yang mohon PM buat "tips cara cara perempuan ingin mendekati lelaki tanpa digelar perigi mencari timba" wah agak mencabar tajuk ni tapi PM akan usahakan untuk point point isu itu.
Bercakap pasal tips, mana entri entri tips untuk blog dan sebagainya? kemana menghilang? PM bukan tak mahu bagi tips tapi PM dapat lihat sekarang ramai dah blogger blogger yang buat tips itu ini. Banyak membantu blogger, Tapi kalau nak tips boleh je. Tips mintak nombor fon awek PM da bagi, Tips keluarkan duit secara percuma di ATM PM da bagi ,tips topup free pun PM da bagi. hahaa #gelaksopanlagi. Untuk tips yang lebih serius insyallah PM akan hasilkan.
PM sebenarnya nak pembaca blog ni tersenyum baca entri PM, walaupun kadang kadang ada entri sedih. Sebab tu PM banyak tips yang korang fikir buang masa je baca tips tu, tapi dalam tak sedar tips tu mampu buat korang mengukir senyuman tika membacanya. PM malas nak serius dalam penulisan sebab PM sedar pembaca akan cepat bosan bila kita terlalu serius dalam penulisan, dan yang cuba buat entri sempoi tapi kadang mengarutnya melebih lebih. PM tak suka la macam tu. terus terang PM ngaku kat sini. sebab bagi PM korang nak melawak atau nak mengarut dalam entri boleh tapi jangan la nak menunjuk sangat.
Kadang kadang PM jeles jugak tengok entri cam biasa biasa je tapi komen dia fuh sangat banyak, sedangkan blog yang betul betul berkongsi sesuatu yang bermanfaat kita seringkali terlepas pandang. Maaf bagi yang terasa, tapi bagi PM menulis biar ada kepuasan, dari penulisan orang dalam mengenal separuh dari hidup dan diri kita. Jadi jangan la nak tunjukkan sangat kekurangan kita.walaupun kita tahu setiap orang ada kekurangan. segala kekurangan datang dari PM sendiri..sekian
ps: dulu kebanyakkan entri cinta PM berdasarkan perkara betul, ada yang mengadu masalah cinta pada PM dan PM cuba selesaikan melalui entri. sekarang ni takde so kurang la entri cinta.hehe..motif gambar korea?saja cuci mata ..malas nak google gambar lain..haha.maaf ye.
24 bicara cinta:
kadang2 sebuah blog banyak jenis genre di dalamnya. Ada juga satu je genre. Niche.
Macam mana kayu tu boleh jatuh? Semoga sihat sokmo ye.
dua kesalahan yang masih dilakukan oleh blogger
suka bc entry PM sambil mengomen hehehe...
btw, sian kepala PM kena kayu
PM..WALAU PAPEPUN..JGN PUTUS ASA TAW BERBLOGING...jadikan ia sebahagian dari hidup...=)
jom rebut nie http://aindzaya.blogspot.com/2011/11/beloglist-ain-dzaya-earning-nuffnang.html
kesian kena kayu..tu la len kali jgn careless...
kayu!! marah kayu! berani die kacau PM kite! grr
hehehe,, setuju ngan PM, hari tu kan kebanyakkan entri PM ni kebanyakkan pasal perasaan PM kan? ataupon lebih tepat lagi entri jiwang.. era just bace sahaja tak komen, sebab kalo era nak komen pon, era nak komen apa? era bukannya pandai bab2 macam tu. so, era just be a silent reader :)
ade betol,.kadang blog yg too personal, banyak jugak dapat pengomen,.mungkin pengomen tegar atas sebab *lain2*,.huhuh,.xpela,.setiap blogger dn readers ade defnisi diorg sndri dlm nk cari ilmu kn,.mcm2 yg kite cari seharian hdup kita ni,.terpulang!
PM, dh g check blom? bhye tau kalo rase bengong2 gitu,huhu,.yela,.sakit dalam kan mane kite tau,.semoga sihat2 aje ye,.CN dh lame xjenguk sni,.sedih lak rase,.
mcm xder identiti jer blog aku nie
tapi kalau personal jalan cerita bes ok je..
ramai je readers nak dtg,..bergantung jugak ")
blog PM sgt mnearik. teruskan ya PM.
PM, tc oke ! better pegi check tau. ;P
heee
sejak tawu belog PM ni
selalu je singgah sini
suka dgn bahasa nya =]
kelakar lah lepas kena kayu tak ingat sambungannya.hahaha.
alaaa,blog sendiri buat je apa2 pon.eh,tapi betul gak.kena pikir pembaca jugak kan.
<---suke jae suk. ho dong best gak~
>_<
setiap org ada peminat masing2.. untungla pm bnyak peminat..
<---xde peminat..
stuju sgt . hehe . lgpun sy memang suka baca blog yang jenis santai . tak berat sgt utk student cam sy .. hehe . tpi sy mema ske bca blog PM nie .. semoga trus bjaya dlm dunia blog .
cam terpikat ngan blog ni..hehehe
menaip secara berhemah :)
sama-sama Pm...
hati-hati ye next time...
kalau ttiap hari makan ikan mesti la muak kan??
mcm tu jugak kalau nak cerita pasal personal. boleh , tapi jangan la setiap hari entri yang sama kan. mesti la org bosan.
tak sabar nk tnggu entri pm yg strusnya. hehe
gmbar last plg comel smpai mnganggu pmbacaanku..ahaha
ok dh syum dh bce ni :D sorry pm lmbt jln2 sni bru balik keje :)
gua hanya mampu create entry personal je..If readers nak komen Alhamdulillah..Bg gua blog juga tempat gua mengadu.^^
hehehe selalu datang sini.. baca entry PM.. best je.. santai.. sambil goyang2 kaki pun boleh baca :P
di blog dan di luar .lain amat.. kdg org kate
eh btol ke dye ne. xmcm dlm blog dye pon. blog kdg kdg jiwa kte,
luaran kdg cuma lakonan.
just try to accept it.
sorry sayang sebab awk dh kene tag!
tu la..awk yg gatal sgt ajar sy join segment2 nih...
http://widieabudakjahat.blogspot.com/2011/11/segment-santai-blogger.html
Post a Comment