Hai pembaca blog PM sebelum ni PM pernah berbicara mengenai tips menulis dalam blog kan? kali ini selepas anda dah faham dengan entri tu, PM nak kongsikan apa yang anda boleh tulis dalam blog dan bila pembaca akan akan baca entri anda tu #hanya pandangan dari PM ,cara blogger lain PM tak tahu. Untuk memudahkan pemahaman anda dalam entri ni PM akan pecah pecahkan mengikut kategori atau genre genre tertentu.
Peribadi dan luahan hati
Pemerhatian yang telah PM lakukan kebanyakkan blogger akan menulis entri berbentuk peribadi di dalam blog mereka, dan kebanyakkan mereka menggunakan blog sebagai medium untuk melepaskan tekanan, luahan perasaan ,berkongsi suka duka dan sebagainya. Dan dalam kategori ni PM pecahkan kepada dua blogger,iaitu entri yang mendapat sambutan dan entri yang tidak mendapat sambutan.
Kebanyakkan blogger yang mendapat sambutan melalui entri peribadi biasanya blogger itu mempunyai tahap pengaruh yang agak tinggi, berbanding blogger yang tidak mendapat sambutan. Jadi nilai diri awak bagaimana nak menarik pembaca jika anda menulis entri berbentuk peribadi.
PM : saya akan baca entri berbentuk peribadi jika saya berminat untuk mengenali diri blogger itu sendiri, jika dia seorang pengomen tegar saya dan bila cerita itu mampu memberikan kepuasan pada saya , jika entri itu mempunyai jalan cerita dan bahasa yang mempunyai tarikan.
TIPs dan tutorial
Untuk kategori ini PM akan gabungkan ,tips dan tutorial di bawah satu tajuk, ramai blogger yang menggunakan kaedah ini untuk menarik pengunjung serta membantu blogger blogger . PM tak akan komen perkara negatif menggenai blogger yang cuba membantu blogger lain. Tapi jika anda berkongsi tips mahupun tutorial pastikan anda yakin apa yang anda cuba kongsikan.
Terutamanya tutorial, PM dapat lihat ramai blogger yang berkongsi tutor tapi mereka sendiri tak tahu apa sebenarnya coding yang mereka cuba kongsikan. Bila pengunjung mengajukan soalan mengenai coding tersebut,mereka tak dapat jawab soalan tu. Bagi PM tak salah anda berkongsi tapi pastikan anda tahu apa kesan dan apa guna dan fungsi sesuatu koding dan software.
PM: PM akan rajin cari tutor bila PM nak buat perubahan pada blog,dan jika ada orang mintak tolong PM carikan coding sesuatu widget. untuk tips PM akan baca jika ada blogger yang berkongsi tak kisah pada bila bila masa.sebab kita tak tahu bila masa yang sesuai untuk kita gunakan tips yang dikongsikan.
Isu semasa
Isu semasa, gosip artis dan sebagainya yang berkaitan dengan apa yang berlaku di sekeliling kita, terutamanya blogger yang hebat dalam permainan SEO. PM tak nafikan blogger yang menggunakan isu semasa sebagai isi blog mereka mampu meraih traffik yang agak tinggi. Tak dinafikan juga pendapatan blogger SEO juga agak lumayan.
Ok kita tak mahu bercakap mengenai itu, tapi PM cuma nak ingatkan blogger yang cuba menggunakan isu semasa sebagai isi blog anda. Tolong la jangan nak gunakan blog anda hanya sebagai 'jambatan' untuk ke berita sepenuhnya. Maksud PM anda tak kembangkan isu itu,tapi anda hanya melakukan backlink di dalam entri itu. Terangkan lah sejelas jelasnya dalam blog anda barulah anda dapat meraih pengunjung yang ramai.
Oh yang blogger baru yang cuba bermain entri tutorial pun ramai yang jadikan blog mereka sebagai 'jambatan'.
PM: saya akan cari entri berkaitan isu semasa jika isu tu menarik minat saya, dan saya ingin baca dengan lebih jelas jika ditulis dalam blog, tapi kebanyakkan kekecewaan yang bertapak disebabkan anda menggunakan backlink je. Nasihat saya anda terangkanlah isu tu dalam blog.dan sumber tu anda jadikan kredit je.
Ok PM dah kongsikan 3kategori utama yang biasa dilakukan oleh blogger dalam blog mereka. Harap anda faham apa yang PM cuba sampaikan. segala kekurangan datang dari diri PM sendiri. segala persoalan boleh ajukan diruangan komen.
p/s maaf tak letak gambar.internet tak mengizinkan
23 bicara cinta:
nice sharing bro..^_^
<----x reti ape tu seo. = ="
SEO tu penting ke ?
iqa yg 1st tu kot..hehe...
kdg2 je dtg serius wat entry ilmiah...ngeeee~
sye bukan blogger tegar...
tulis ikut sedap je...
thanx kerana masih sudi singgah...
adik tlis ikut suka hati je hehehe
agak² teman ni kategori mana satu ye
hehehe
update entry pun ikut mood
so, ikut mood jugak la nak update psl apa hehehe :)
suka tulis entry peribadi, tapi tak banyak, lebih suka entry isu berkaitan dngan remaja, pandangan dan teguran...
sy peribadi kut....heee..terharu bila ade juga org sudi singgah walaupun tak tahu bagi mnfaat ke tak kat org..T__T
ok belog ika kategori yg 1st uh..cnfirM la,,
btw, nice entry la PM...
nice sharing . kadang2 suka juga luah tp balik2 pikir tak perlu pula.
bg PM entry sy byk luahan hati perasaan ? haha
blog sy mmg tmpt luah segala rasa..
^^
eh stuju! stuju! blog sy tulis ape yg nk di tulis jer..boleh?
hai pm :D rindu sy tak.hihi biler baca entry ni terfikir blog sy ni kategori mne ye?
aku buat entry ikt ap yg terlintas
kehkeh
blog gua blog peribadi.lalalala~
saya suka share andangan saya. hehe
sy tulis je pape yg sy nak. takde fikir pasal seo ke hape. tapi kdng2 tersangkut gak kat google.. hahaha
good info..^_^
entry ain byk berbaur tentang kehidupan ain :)
sebab tu ramai x kunjung. HAHA.
nevermind.
saya baru dalam dunia blog, gi mana ya?
blog sha OK tak? Ke K.O?
Post a Comment