Hai pembaca blog PM, best ke bergaduh? kurang ajar ?meninggikan suara ?perli? dengan orang lain. Kalau anda jawab bagus tolong la jelaskan kat PM, PM sebenarnya malas nak cari pasal ngan anda. Tapi itu memang salah satu tanggungjawab PM nak menegur. ok izinkan PM meneruskan bicara kali ini.
Sedar tak sedar da setengah tahun PM menegur blogger mengenai isu SPAM, setengah tahun. bukan masa yang sekejap , Daripada aktiviti menegur Spam ni kenal banyak gelagat blogger, ada yang boleh menerima teguran, ada yang tak boleh terima,ada yang meninggi kan suara bila ditegur, ada yang memaki hamun, ada yang buat entri perli dan sebagainya. Anda fikir PM nak ke semua tu? nak ke cari gaduh dengan anda? PM tegur untuk kebaikkan anda.
PM akan terangkan daripada aspek promosi blog, kenapa ramai yang tak suka aktiviti spam,Mungkin ramai fikir ini cara tidak berhemah atau mengganggu orang lain. Ada yang marah apabila ditegur melakukan spam, dan fikir admin sesebuah group atau fanpage malah profil sebagai tak beri peluang kepada mereka.
Sebenarnya sebab terpenting anda tidak boleh spam ialah tindakan anda menyebabkan anda promosi anda menjadi tidak berkesan. Orang menganggap penyepam sebagai pengacau dan penganggu jadi mereka tidak memperdulikannya dan membecinya. Oleh sebab itulah apabila anda sering spam, promosi anda tidak dipeduli malah lebih teruk lagi dicemuh.Bila anda melakukan spamming ke atas post seseorang, sama la seperti anda tak menghormati orang yang melakukan promosi cara yang betul. Bila dah tak menghormati orang cam tu, mana adab anda?
Itu hanyalah pandangan dari sudut promosi blog, da nampak kan kenapa orang tak bagi anda spam? Setahu PM aktiviti spamming ni bukan sahaja tak dibenarkan di FB atau lebih jelas GROUP di FB bahkan spamming juga tak dibenarkan di mana mana forum online. kalau anda pernah join mana mana forum online,salah satu undang undang yang ditetapkan adalah mengenai pengharaman aktiviti spamming.
Spam dalam bahasa inggerisnya bermaksud “the abuse of electronic messaging systems (including most broadcast media, digital delivery systems) to send unsolicited bulk messages indiscriminately”. Panjang sangat ker? ok PM akan tukarkan kepada ayat yang senang untuk anda fahami.
SPAM= UNWANTED LINK
Dalam bahasa melayu nya digelar sebagai link yang TIDAK DIKEHENDAKI, jadi faham kenapa admin, atau ramai yang tak suka bila orang spam, sebab orang tak nak pun link tu.
Dua kesan jelas yang anda dapat melalui spamming di sesebuah group adalah, akaun anda akan di mark sebagai spam, dan kesan nya pada anda, anda tidak akan dapat mempromosikan link anda selama 3 hari atau seminggu. kesan kedua spamming adalah, kemungkinan besar anda akan dibanned dari group tersebut. kesannya? anda tak dapat nak masuk dan promosi link anda di group itu lagi.
SPAM mungkin orang pandang ringan, kenapa nak tegur, sekadar letak link biru je. ingatan PM pada anda orang takkan tetapkan undang undang jika itu tak memberikan kesan buruk pada anda. Hormatilah orang yang mencipta undang jangan nak langgar sesuka hati.
Dan buat yang selalu perli perli tentang penegur spam, PM cabar anda. kenapa anda sendiri tak nak amik tindakan menegur dengan cara berhemah jika anda rasa teguran kami agak kasar dan kurang ajar. PM nak tengok anda yang menegur, jangan hanya sekadar perli. sekian.
22 bicara cinta:
hehehe btl2..tp ku prefer cara tegur elok2..sbb xsmua org ske dilayan dgn cara kasar..lg diorg xtolerate..so kna pandai2 imbang la :)
lpa lak..msti pendamba xtgk yg ku ajar diorg elok2 kan..hehehe t tgk lg tau..insyaallah msti ada pnye :)
disebabkan isu spam nie la saya dah tak aktif kat group .. hehe sbb skit hati lau tgk org spam link . dari skit hati baik jgn tgk kan .. :)
setuju dengan PM..^_*
kadang2 bende dilarang dorang suka buat..
ouh! nasib baek aku dah awal2 ditegor pasal spam2 ni. mula2 xtau gak mende ape la spam ni.
ingatkan kek ke, ape ke.
lps PM explain kat aku, baru aku phm.
thanks yawww oppa...
:)
haha mampu ketawa je tgk org yg bodoh sombong
spam? isu x kan ade kesudahan nyeeee :)
spam susah nak dielakkan..dah bagi warning still buat jugak --'
jgn suruh dorang spam kat bulatmata lagi.. huk3
mana butang like .
nak like 1000 kali boleh ? hahah
isu ni takkan berkesudahan
haha~ isu ini sentiasa ada.
pernah nampak otai blog suruh bebudak letak link kat orang yang post tu.
*otai tu kira popular juga, kalau sebut namanya mesti semua kenal.
That why la isu ini tak akan ada kesudahannya, kita teruk-teruk duk pung pang, pung pang, otai sedap2 je suruh blogger letak link kat post. so?
tak suka menda spam ni..selalunya lepas ping entry terus sign out fb,kalau tunggu lelama,mesti berderet link masuk
hehhe...
susah nk abeskn isu spam nie...
pernah kena tegur dulu...
tp nasib baik sekarang nie dah tak buat lg...
thax byk2 kepada org yg tegur myra dulu... :)
kejap ye. dah lama dah nak tanya pasal nih. spam link tu ape. dan nape tak boleh spam-2 nya.. peace yarw :)
still tak faham SPAM tue untuk apa..@_@
tak berapa paham spam ni....
tu lah.. tegur ada kebaikannya kan.. tak pe.. tegur lagi if ada yg buat :)
xphm la spam..:(
Oo..bru ck tau spam tu ape..sebelum ni tertanya- tanya jugak..mekasih PM atas info nie..:)
isu ini amatlah popular.. terutamanya di facebook.. betul tak? hehehe
nice entry..sesuai untuk blogger br..^^
Post a Comment