PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Pesta? Tanglung atau Awek

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sebelum pendamba memulakan bicara ini ,terlebih dahulu pendamba menyusun 10 jari memohon kemaafan dari semua pembaca blog pendamba atas ketaksuban pendamba membuat tajuk entri yang panas tetapi mempunyai penulisan yang bergitu rendah kualiti nya. maafkan diri ini atas kekhilafan yang pendamba miliki. Terima kasih pada seseorang kerana menyedarkan pendamba tetang hal ini.
http://kuncilocker.blogspot.com/2011/09/awek-ajak-faizal-fyzal-main-ca-betul-lu.html
sekarang beralih kepada tajuk, pendamba baru pulang dari Pesta Tanglung bertempat di Kampung Cina Kuala Terengganu,  biar pendamba terangkan serba sedikit mengenai pesta tanglung. 
Pesta  Tanglung (Cina ringkas: 元宵Cina tradisional: 元宵節pinyin: Yuánxiāojié atau Cina ringkas: 上元Cina tradisional: 上元節pinyin:Shàngyuánjié; Vietnam: Tết Nguyên tiêu; Hán tự: 節元宵) adalah suatu pesta Cina diperayaikan pada har kelima belas dalam tahun bulan dalamkalendar Cina. Ia tidak sepatutnya dikelirukan dengan Perayaan Kuih Bulan, yang kadang-kadang digelarkan "Pesta Tanglung" di lokasi sepertiSingapura, Malaysia. Sewaktu Pesta Tanglung, kanak-kanak keluar ke pekong membawa tanglung kertas (Cina ringkas: 兔子灯Cina tradisional:兔子燈pinyin: tùzidēng) dan menyelesai riddles di tanglung (Cina ringkas: 猜灯Cina tradisional: 猜燈謎pinyin: cāidēngmí). Ia secara rasmi menamatkan perayaan Tahun Baru Cina.
Pada zaman kuno, tanglung-tanglung adalah sederhana, kerana hanya maharaja dan kerabat bangsawan mempunyai yang berhias; pada zaman moden, tanglung telah dihias dengan banyak reka bentuk kompleks. Contohnya, tanglung-tanglung kini sering dibuat dalam bentuk-bentuk haiwan.
Pesta Tanglung juga digelarkan Tahun Baru Kecil sejak ia menandakan akhirnya turutan perayaan bermula dari Tahun Baru Cina.




Tapi bukan ini point pendamba yang utama, pendamba tertarik dengan beberapa jurugambar muda sewaktu persembahan sedang dijalankan. Anda sangka apa yang pendamba cuba sampaikan? bergini sewaktu pendamba khusyuk memerhatikan persembahan tiba tiba pendamba terperasan seorang jurugambar bebas yang agak muda dan anda tahu apa yang dia snap? gambar belahan paha seorang amoi.  dan gambar belahan dada anak gadis.. 


Pendamba tak tahu apa motif dia mengambil gambar sedemikian rupa, nak kata chinese tapi anak melayu. Bukan nak burukkan anak bangsa sendiri, tapi ini la perilaku anak bangsa kita. nak mencemarkan nama baik bangsa sendiri. perkara kedua mengenai rokok. Pendamba da la tak suka orang hembus hembus asap rokok ni. tapi apa yang pendamba dapat tengok perbezaan chinese dan melayu tadi, sewaktu mereka buat kerja/ photographer yang melayu asap berkepul kepul keluar sewaktu snap gambar berbanding chinese yang fokus pada mereka dan hormat orang lain.


Dan perkara terakhir mengenai jurugambar yang sama, pendamba terdengar perbualan dia dan kawan nya, memperlekehkan orang lain, persembahan perempuan cepat je dia snap, tapi bila persembahan lelaki kamera terus disimpan. perkara paling pendamba tak suka adalah memperlekehkan orang lain.


berbalik pada isu blog izinkan pendamba selitkan satu perkara, anda da cukup hebat dalam dunia blogging? anda dah mempunyai ramai kroni? anda hebat menilai orang lain? mohon jasa baik anda jangan pernah mencuba memperlekehkan hasil kerja, entri, design orang lain. sebab? kita tak tahu apa kelebihan seseorang itu. sekali kita memperlekehkan orang lain. pendamba yakin orang lain akan hilang kepercayaan pada anda. fikir fikirkan lah.. segala kekurangan datang dari diri pendamba sendiri.sekian.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

6 bicara cinta:

Izafiza said...

eh dh habis ke tanglung?ololo..terlepas lg..

psl photographer tu mmg dh jd trend.tak nk tgk jauh tgk kt fb suda.photoshot byk perempuan la jd subjek utama.lg cantik n lg seksi, lg glemer la photograper tuh.sob!

monologmalamhari said...

btol ckp izafiza tuh . jrang nk nmpak photoshot wanita yang btudung . slalu yang ada msti yang 'seksa' kita yang tgk pon dpt ganjaran dia . haish .

Saddila said...

err kena hentam jugak dgn kunci locker ? sabar ye :)

*komen pasal ni je mampu .

PinKy MoMMa said...

uih pergi ye dik..akak malas nak lalu situ..slalu pun jam huhu ;p

akak suka amik gbr anak2 je hehe..

TrigYy said...

g pesta dop ajok ak.. uhuhu..


btw, spe blogger yg perlekehkeh org laen tu?

Falling . said...

ade yg perlekehkn owg len kt dnia blogging nih?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD