PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Percintaan Mengarut

Hai pembaca blog pendamba mawar,  hari ini pendamba ingin berbicara soal percintaan. Izinkan pendamba memulakan bicara ini dengan sebaris pujangga.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu seumpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan. 
Cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta


Pendamba melihat budaya sekarang remaja sudah pandai melakukan hubungan percintaan. Benar cinta tidak mengenal usia, tapi mampukah kita mengawal nafsu muda kita untuk kekal bersama hingga akhir hayat. kebanyakkan percintaan pada usia muda seawal zaman persekolahan tidak semua akan bersama sehingga alam pernikahan.


Kenapa cinta zaman persekolahan digelar cinta monyet?pendamba hairan. adakah disebabkan evolusi manusia yang dieksploitasi oleh Inggeris kah yang mengakibatkan kita menggelarkan cinta zaman persekolahan itu cinta monyet? Bagi pendamba cinta zaman persekolahan hanya lah atas dasar nafsu dan budaya. Percaya atau tidak kebanyakkan budak sekolah sekarang berbangga bila mereka telah mempunyai kekasih masing masing. 


Itu tidak melibatkan laman sosial yang mereka gunakan, Facebook terutamanya mereka menggunakan medium ini untuk berbangga dengan buah hati mereka. Tapi! bila berlaku 'sedikit' perselisihan faham. Apa yang mereka lakukan? anda boleh fikir?


Pendamba tidaklah bergitu mahir mengenai selok belok percintaan, pendamba juga teringin bercinta tapi apakah daya jika pendamba sendiri tidak mahu nafsu menguasai diri ini. Bersabarlah mengenai cinta nescaya kamu akan memperolehi erti keindahan nya kelak. Percintaan yang lama akan menimbulkan pelbagai masalah kelak. benar atau tidak? sesetengah daripada kita akan memberikan jawapan yang berbeza dari sudut positif dan negatif. Jadi tak perlu pendamba terangkan dengan jelas.


relevankah bercinta zaman persekolahan? Bagi pendamba , cinta yang ikhlas akan membenihkan hasil kepada pasangan tersebut. Jadi bercinta pada zaman sekolah atau lepasan sekolah .tidak salah, jika anda mampu mengawal nafsu anda.


da pendamba mula mengarut. sebenarnya pendamba nak cakap. kenapa bila kapel mesti ada pergaduhan. tapi bila kawan ok je. hehe.. 


pendamba rasa ni entri pendamba paling mengarut..haha..maaf ye.. mood tak betul. lepas fon yang dibaiki mula menunjukkan impak negatif..arghhhh. ada sapa nak belanja pendamba compact camera tak?
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

17 bicara cinta:

miss jambu said...

keikhlasan perlu dalam setiap perhubungan baik kapel atau persahabatan.

genk tertarik ngan kata Pedamb,napa bila kapel ada je benda/hal yang buat kita gaduh ek??napa kawan tak??hermmm..


genk nak fikir sekejap??hahaha..

MENARIK DI genkcorner.blogspot
JOM BACA


1 ORANG TUA BIAR TERUS BEKERJA,ORANG MUDA BIAR TERUS MENGANGGUR

2.MAAF!!SAYA TAK LAYAN BLOGGER FOLLOWER CIPUT

3.GAMBAR GIRLFRIEND AMIRUL HADI ZAINAL

4.ENGKAU MEMANG CANTIK,TAPI CANTIK SEBAB……

reenapple said...

hurm... setuju dengan pendapat kamu.. huhu

budak3 zaman sekarang daa pandai bercinta..

contohnya tgok je kat U kita... sem 1 , baru masuk seminggu daa ada makwe..sedangkan kita yang sem 5 pom takde lagi.. haish.. *ada la sikit jelez... haha

Falling . said...

setuju.. cinta monyet lg la payah nk kekal..

ain90 said...

kalau parents yang carikan insyaAllah berkat..

monologmalamhari said...

opss . bcnta dari sekolah lagi . hehe yup betul tu bercinta dgn org tu bkn bererti org tu mema jdoh kita .
cinta takan dtg kalau tak dicari cinta takan dapat kalau tak memberi :)

CikTeddyCorner said...

ahaa..btoi3..kasih pon budak skola lg maa..tp bcnta?no way...x mnat lgsung..slalu dgr kwn2 mngadu gaduh ngn pkwe..grr..sengalnye..x suke..huhu

kathy said...

anak buah sy pun dh pandai bercinta..umur baru 16 tahun..ke dia ikut perangai sy dulu2? kehkehkeh..

Bilal binti Robah said...

cinta yg ikhlas akan membuahkan hasil kpd pasangan?
wah gittew tau isi tersirat pendamba
HAHA

jom kite kawen nak,pendamba?
nnt kt kad kawen kite guna nama belogger
pendamba mawar <3 bilal binti robah
keh3

:P

Just Mini Love said...

dan mengapa setiap pertemuan ada perpisahan :((


sedih nye.. smbil dgr lagu feveret kat ats tu...

nurul diana said...

yeahh setuju dngn entri ni :)

widiea azira said...

saya x suke brcinta!! bagus x mcm tuh...:p

yunZatie said...

huhu..x bercinta dah.tapi kehilangan kwn yg paling syg adalah tersedeh kot

Unknown said...

cinta zmn srng lebih kepada trend, zina, etc... hmm

Noraien said...

cinta zaman sekarang especially cinta msa zaman belajar nie xsemesti nyee kenal lama lah.kadang2 just tok main2 jee .

lebih baik berkawan jee :D

anamizu said...

cik ana prefer cinta jenis = kalo sungguh2 suka-> jumpa parents-> nikah..tak perlu cinta2 bagai nak rak,last2 tergadai segala =.='

pendamba & family dah ok lepas tragedi ribut smlm tu?
semoga smua sihat2 saje ye :)


cik ana.

Idzanfashila said...

cinta zaman sekarang cinta moden.
semuanya cinta b4 kawen. after kawin, ada lg cinta antara dorg. kkdg terfikir.

p/s: wah,siap wo ai ni lg. haha! nk balas mcm mne ye. ha, nnt pegi tnye member dlu okeh. ;p

kim heeruul said...

kalau masing2 jujur/setia & ikhlas insyallah boleh kekal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD