PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Godaan Rangsangan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hai pembaca blog pendamba mawar, izinkan pendamba berbicara mengenai isu godaan dan rangsangan. Maaf mungkin entri ni tak sesuai untuk anda yang tak berapa gemar pendapat dan pandangan orang lain. Godaan dan Rangsangan pendamba istilahkan sebagai daya penarik atau bagaimana dan apa yang perlu kita lakukan untuk menarik seseorang.


Entri ni sebenarnya berkaitan dengan blog, pendamba rasa isu ni penting tapi kita sering kali pandang rendah tentang isu ni. soalan pertama dari pendamba, kenapa anda blogging? dan apa tujuan anda blogging. Kenapa soalan ini pendamba ajukan pada anda. kerana soalan ini berhubungkait dengan isu yang pendamba akan bicarakan. 




Blog boleh diibaratkan seperti bilik kita. Memiliki blog sama seperti memiliki sebuah bilik kosong, tugas seterus kita sebagai blogger adalah bagaimana untuk 'menghias bilik' kita. bagaimana susuatur yang seharusnya kita lakukan. ini adalah godaan dan rangsangan pertama pengunjung terhadap 'bilik kita'. Ingat ya, blog sama seperti bilik kita.


setiap dari anda memiliki sebuah bilik kan? mustahil anda tidak pandai mengemas bilik dan tempat tidur anda sendiri. bergitu jua dengan blog mustahil anda tidak pandai untuk menghias blog anda sendiri. Apa yang anda buat jika anda inginkan sesuatu berada di bilik anda? mesti anda beli,atau mendapatkan barang tersebut supaya bilik anda nampak lebih menarik. Jadi sama seperti blog, anda nak blog anda cantik, Jadi apa yang anda boleh buat? rajinkan diri untuk 'google' benda benda yang anda perlukan. 


Ringkas atau padat barang barang yang dihiaskan dalam sesuatu bilik bergantung pada susunatur yang kreatif. sama seperti blog bagi pendamba blog simple sangat best dan tenang. tapi pendapat pendamba tak salah nak letak banyak widget walupun ia mengganggu 'loading blog anda' tapi biarlah kekemasan tu ada. Pendamba yakin setiap dari anda mempunyai idea tersendiri bagaimana untuk menghiasi blog anda. cuma anda menjadi rambang mata bila melihat banyak widget eidget menarik yang ditawarkan. Nasihat pendamba berpada pada la dalam memilih widget dan menghias blog.

Apa yang berlaku jika blog banyak widget dan susunatur nya tidak sesuai?
Nampak gambar diatas? Ini la yang akan terjadi pada blog anda jika anda memiliki widget yangg banyak dan tidak membuat susunatur yang sesuai.serabut ok. Godaan dan rangsangan pengunjung akan terus hilang unutk mengunjungi blog anda. Yang paling penting pendamba nak tekankan adalah, cara nak membuat godaan dan rangsangan yang baik adalah melalui penulisan dan reka bentuk blog anda.

Penulisan best, blog serabut = tiada godaan dan rangsangan
Blog kemas, penulisan kosong = tiada godaan dan rangsangan
penulisan best , blog kemas = godaan dan rangsangan terbaik
 
Akhir kata dari pendamba, anda seorang blogger, percaya pada diri anda untuk membentuk blog anda. segala kekurangan dan kesilapan datang dari diri pendamba sendiri.sekian.
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

20 bicara cinta:

Ijah EmoTemo said...

hee setuju , if byk sgt widget dlm blog bkn shj rimas tp akn buat nk loading blog tersebut pun lmbt :)

monologmalamhari said...

hehe . rasanya blog saya dh kemas kot . cuma cara penulisan perlu dibaiki lagi utk tarik lagi byk reaader :)

stuju gan entry :)

Maira Quee said...

nice tips..huhuhu

PinKy MoMMa said...

banyak yang tersirat tapi penyampaian itu sampai bila diberi contoh dan gambar ;)

nice tips dik..

Falling . said...

blog gugu kemas x??? ehehehe

Aben Idris said...

kalau sye punye blog camnerrrr??????

jamilah izzati said...

terima kasih kerana memberi pendapat dan tips2 kepada para blogger:)))

RinsyaRyc said...

hehe..

betullah tu... blog kalau dah sarat, orang loading pun susah..

>>err... Blog sya tak tahula kalau orang lambat nak loading.. hihi


http://bulatmata.blogspot.com/2011/09/pelawat-dari-korea.html

nurul diana said...

cett ! blik yg bwh tuu , =='

Syahirah Rasdi said...

mcm2 perumpamaan boleh kasi untuk blog kan..hahaa!!btw,download le lagu avril tu yekk..HAHAA

ishiko said...

betul tu.. nak2 kalo widget tu loadingg je

reenapple said...

trima kasih d atas nasihat tue.. heeeee

shafiqabdshukor said...

btol tu..
kalo terlampau bnyk pon x elok gak..
wat lmbt je..

kim heeruul said...

widget juga menghabis kan GB broadband gua je..haha..nice entry..=)

AnakPakZohar said...

<--- tiada godaan dan ransangan.. hahaha

Idzanfashila said...

entry berguna.
terima kasih.
btw, susun atur yg kms bkn org lain pun suka bace tp kita sndiri pun smngt ckit nk ber-blogging. :D

justcallmehanim said...

dtg bertandang ke sini ..sgt setuju rimas pun ade tgk byk sgt gadget ^^
btw video hindustan tu best :)

TrigYy said...

trimas kwn.. hehe


p/s: ek, npe tuko gmbo krtun smula..

Anonymous said...

betul betul. setuje :D

Ku Azhar said...

blog ku rasanya yg nie :
Blog kemas, penulisan kosong

hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD