PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Dirindui atau Dibenci

Hai pembaca blog pendamba mawar, sihat? hari ini pendamba akan berbicara soal rindu dan benci. waw! siapa merindu?dan siapa pula yang membenci. Entri santai petang ni pendamba akan mengulas serba sedikit mengenai pandangan orang lama tentang bulu mata jatuh tandanya ada seseorang yang merindu. Kenapa isu ini yang pendamba kemukakan? sebab tadi ada bulu mata pendamba jatuh. ha! ada yang rindu pendamba ya? ok kita lebih serius ok.




Kata orang lama, jika bulu mata sebelah kanan kita jatuh ertinya ada seseorang yang sedang merindui dan mengingati kita. betul ke? petanda ini. mungkin benar atau tidak itu diluar kotak pemikiran pendamba. tapi jika benar ada seseorang yang sedang merindui pendamba alhamdulillah tandanya dia masih mengingati pendamba.


Kita pandang pula teori ini melalui perspektif yang berbeza , kita cuba anggapkan bahawa setiap bulu mata sebelah kanan kita jatuh disebabkan Allah SWT merindui kita, merindui kita untuk berdoa padanya, merindui suara kita mengalunkan bacaan Al Quran, mendambakan tenaga dan keikhlasan kita memuji kebesaran Nya. Apa salah nya jika kita membalas kerinduan dari Nya itu, pendamba percaya rindu ini akan terbalas dari Nya.


Terdapat satu versi lain pula mengatakan bahawa jika bulu mata sebelah kiri yang jatuh maknanya ada orang yang sedang membenci pada kita, Jap nak periksa ada tak?haaha alhamdulillah setakat hari ni takde lagi orang yang membenci pendamba. betul ke teori ini? jika benar, pendamba berharap tiada la insan lain yang membenci pendamba.

Kita beralih ker sudut yang berbeza, siapa yang membenci kita? pendamba percaya syaitan akan membenci kita jika kita selalu mengingati Allah SWT , melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Syaitan benci kita untuk menuntut ilmu, Syaitan juga benci jika ibadah kita bertambah baik.

Jadi persoalan pendamba relevan kan bulu mata jatuh dengan rindu serta benci. Apa pandangan anda?jom kongsikan bersama pendamba. segala kekurangan datang dari diri pendamba.sekian


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

13 bicara cinta:

Noorsha Muhamad said...

wow..rindu dkt chansung..heheh..

Falling . said...

saya kurang percaya bab2 bulu mata jatuh ni.. sama jugak macam tergigit lidah.. eheheh~

Ukhtifarhana said...

ada org kata,di saat kita rndukan seseorang,bmakna org tu pun rndukan kita...tapi,akak xrasa pun mcmtu..hurmmm...

maaf dik..akak dah diactived facebook akak...ape2 contact kat blog ok...sorry sbb xbls komen kamu kat fb...bila akak nk bukak fb,entahlah..smpai hati ni dah betul2 sembuh,baru akak bukak...

Noraien said...

leh caya ke klu bulu mata jatuh that mean ada org rinduu?aien kurg percaya laaa ! :D







btw,tgh rindukan someone nieee .haha :P

Just Mini Love said...

ala,, bulu mata tu saje2 je nak jatuh.. hee.. ^^

Neon said...

tak caya ar, sbb aku rasa ramai ja yg rindu aku tp apsal tak da bulu mata jatuh pun, haha...btw blog ni best ar, before jd blogger ag dah dtg sini.

Hirdayu Rahmat said...

maya pun tak tahu lah mengenai bulu mata ni... maya pun tak ramai yang suka ^__^ kalau orang suka, bulu mata yang jatuh tu, boleh sambung balik tak agaknye ? hum ?


sedih kan kalau ade orang benci kite ataupun blog kite ~

msredcheesecake said...

tak pernah lihat isu ini dari perspektif spt pendamba.... mungkin ada kebenarannya... sgt elok dijadikan panduan...

kim heeruul said...

betul gak teori lu tu..
tp apa kene mengena dgn changsung 2pm? hahaa

reenapple said...

err... no comment pasal nie
dulu orang tua selalu cakap cam tue... tapi kalao ikut saintifik yg direka... dah nak jatuh, jatuh lauh.. sebab macam buah epal, bila masak dia jatuh..
eh, apa kaitan lak... heheh
conclusionnya... bulu mata mudah gugur berbanding bulu kening.. muahahaha

Nizam Ijam said...

rindu kat kucing...hehe

Unknown said...

hmm xprnah tau lak psl ni :D

Unknown said...

Kalau aku plk kiri dan kanan bulu mata jatu xD org tu aku knl..hehe exgirl frind aku..xD dia ada rasa benci dan rindu hehe..aku dpt rasa dlm hati aku :v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD