Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu. kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari.
Benarkah madah di atas? sesungguhnya ramai yang sedang mengalami perkara seperti ini, menyintai seseorang tetapi tidak mampu untuk melafazkan bimbang perhubungan mesra yang akrab terjalin akan menjadi renggang secara tiba tiba. Lantas persoalan muncul.
Habis tu jika tak lafas macam mana seseorang tu nak mengetahui? ruginya tak melafazkan.
Rugi atau tidak itu bukan yang mereka perlukan, tapi mereka masih memikirkan hubungan mesra mereka sekarang. Anda pasti tahu bukan untuk sebuah persahabatan yang akrab bertukar menjadi sebuah cerita cinta. Tak mustahil berlaku tapi tidak semua berjaya melakukan nya. Kita mungkin memandang rendah pada mereka yang takut untuk melafazkan cinta, tapi pendamba pernah terbaca pada satu artikel yang menyatakan.
sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang shahid." (riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami)
"Aset" mu menjadi miliku, apa yang pendamba cuba maksudkan adalah hatimu menjadi miliku. Susah atau senang untuk membuka pintu hati untuk seseorang? simpan jawapan anda. kerana pendamba nak anda tahu tentang ini. Penerimaan seseorang di hati kita akan membawa dua impak yang besar dalam hidup kita, iaitu Kebahagiaan dan Kesedihan.
Lantas Aplikasi Cemburu mula diinstall dalam minda dan perasaan kita. Jadi peringatan pendamba jika kita bersedia untuk menerima seseorang jadi kita harus bersedia dari segi mental dan juga fizikal. Cemburu paling banyak akan mempengaruhi bila kita memahtkan nama seseorang di ruang hati suci kita. Jadi bersedia la dengan permainan permainan yang bakal cemburu anjurkan.
Pendamba bukan doktor cinta yang pandai memintal ayat menjadi sekeping warkah yang mampu mencairkan hari seseorang apatah lagi berfalsafah mengenai Cinta. Pendamba hanya insan yang sering mendambakan kesudiaan seseorang untuk menerima hati pendamba dan diri pendamba yang penuh khilaf ini.
Perlukan kita menjadi seperti apa yang mereka ingini?atau biarkan mereka cintakan kita kerana diri kita? mana lebih memberikan jaminan kesetiaan dan kebahagiaan? apa pendapat anda ?
titip bicaraku menerbitkan warkahku
ingin ku sulami dengan curahan kasih sayangku
supaya keikhlasan ku kekal bersemadi
menjadi peneman buat dirimu
bukan rupa , bukan jua harta
tapi Agama yang tersemat di dada
jua cinta yang terukir setia
sekian.
11 bicara cinta:
cukup ta if sekadar admire dia je? if dia da ditakdirkan 1 hari nnt sebagai jodoh kita, insyaallah, pasti ada. aik
testing2..ayat pergh!!!!
emm . . jika Aini pendamkan perasaan yang ada pada Aini mungkin akan sakit . itu sementara saja kan ?
kalau dah tertulis si dia untuk Aini pasti akan betemu nanti . .
Aini suka entry ni .
hurm.. kadang3 bila suka seseorang dari jauh.. memang susah nak hadapi...hehe
yeah... pernah mengalami dan maybe sedang mengalami??? entah...agak sukar nak explain.. huhu
p/s- suka entry nie
kalau bab camni azie lagi suka serahkan segala2nya pada pencipta kita..setiap orang ada jodoh masing2...tapi secara jujur memang susah nak handle bila masalah hati macam ni muncul..
sometime...cinta yg terpendam itu jauh lebih ikhlas n setia....akak penah ade admirer selama 8 tahun...dah dok jauh2 pown die tetap igt akak...tp jodoh tkde...dia pergi slps 3 bln kami bersama....!!!huhu...(kisah 7 thn lepas)
errrmmm...cinta itu sungguh rumit......nice entry!!i adore this....tertarik ngan hadis nih...
sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang shahid." (riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami)
in short,thanks...nice sharing!
gugu slalu hrp supaya dpt owg yg syg gugu lbh dr gugu syg dy. mak gugu kata ngan cara tu,insyaallah hdp kte bhagia walaupon pada mulanya kte tak syg dy.
aku selalu simpan rasa cinta aku kat seseorang itu tu..sbb aku takut nk lafaz kan..=(
hmm...cinta tuh pelik:)hehe
haishh..lama da nak tengok cite mujhse dosti ka roge tuh..tapi belum dapat lagikk:(hehe
jiwang :)
Post a Comment