PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Kekurangan Diri Ini

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Haih(mengeluh) kenapa la dengan aku ni, nak beli benda yang aku suka tak dapat. haih(mengeluh lagi) kenapa la aku ni tak hensem/cantik, kenapa la takde orang nak kawan ngan aku.
Biasa dengan keluhan?rintihan? oh hindarkan diri anda dengan semua ni. Bicara pendamba kali ni mengenai kekurangan yang patut kita hargai dan kita manfaatkan. Seringkali kita mengeluh atas apa yang kita tak dapat buat ,apa yang kita tak dapat miliki. Cuba ambil masa sejenak, fikir apa yang kita impikan? bagi remaja apa yang anda impikan? salah satu yang bermain di fikiran anda adalah fon canggih, kereta, laptop, kekasih dan material material yang agak tinggi harganya. tapi! pernah tak kita berfikir insan yang serba kekurangan? tak mampu nak memiliki sebuah hanfon sedangkan kita hanfon hampir setiap tahun hendak bertukar. bab fesyen berapa ramai insan yang tak mampu membeli pakaian? tapi kita? hampir setiap minggu membeli belah. fikir tentang ini seketika.
alahai aku tak hensem/cantik. Tapi pernah tak kita bersyukur kerana diberi peluang mendengar?berbicara?melihat? Jika anda merasakan anda tidak sempurna yakin la anda masih lagi beruntung daripada insan yang lebih bernasih malang dari anda. Bukan pendamba menghina mereka yang serba kekurangan. Tapi pendamba nak anda sedar bahawa apa yang anda miliki sekarang adalah lebih baik dari insan lain.
kenapa blog aku takde orang nak masuk? kenapa follower dia ramai? kenapa blog dia cantik?kenapa entri dia ramai komen?#jeles. 
Biasa?rintihan diri sendiri bila masuk blog blogger lain? kali ni kita beralih kepada isu blogger, perkara diatas biasa berlaku dalam diri kita sendiri sebagai seorang blogger terutama yang masih baru dalam dunia blog. persoalan pertama.
Kenapa takde orang nak masuk blog kita?
Pada pendapat anda kenapa takde orang nak masuk blog kita? kita lihat pada 'pandangan pertama' bloger masuk blogger lain melakukan 'blogwalking' di blog kita, adakah blog kita sudah cukup kemas? sudah cukup menarik? fikir balik adakah citarasa orang lain sama seperti kita? Jika anda betul betul membuat blog untuk berkongsi dengan blogger lain. Cuba anda kaji serba sedikit mengenai 'gelagat pengguna' apa yang mereka nak bila masuk blog? kemas, laju loading, tidak diganggu dengan muzik yang bising dan tidak membaca penulisan yang berbentuk personal dan mempunyai ayat gedik. Jadi apa yang anda harus lakukan? senang, anda fikir mengenai gelagat pengguna ya. apa mereka nak. 'Pelawat adalah Permaisuri' Jadi jaga lah mereka sebaik baiknya.
Kenapa follower dia ramai?
Isu follower , anda rasa kenapa blog mereka ramai follower? sedangkan mereka tak mengamalkan 'i follow and u follow me back' . Apa yang anda fikirkan? mestilah kerana entri mereka , betul tak?  Jadi jika anda ingin memperolehi follower anda haruslah mencari point point menarik untuk dijadikan entri. Tentang isu 'follow mollow' ni pendamba tak nak menunding jari kepada sesiapa kerana pendamba juga amalkan cara ini dulu, sangat best bila follower meningkat. Kita akan dapat semangat untuk terus berada dalam dunia blog. Tapi lama kelamaan anda sendiri akan fikir apa kekurangan jika amalkan follow mollow ni. Pendamba tak kan menghalang sesiapa yang nak main follow mollow ngan pendamba. Tapi anda harus ingat kualiti blog anda harus dijaga selari dengan follower.
Kenapa Blog dia Cantik?
Ni perkara yang paling banyak pendamba merungut, kenapa blog dia cantik? kenapa blog pendamba tak cantik cam dia. ok pendamba nak ingatkan anda satu perkara kepada anda yang ingin mencantikkan blog. Jangan terlalu banyak widget yang merapu. dan paling penting jangan anda busuk hati pada owner blog yang mempunyai blog yang cantik tapi usaha macam mana nak dapatkan blog yang cantik macam mereka. bagaimana penat lelah mereka ngadapa coding untuk dapatkan blog yang mereka idamkan. Jangan pernah bersangka buruk pada blogger kerana kita tak tahu kelak kita akan memerlukan bantuan dari mereka. Nak cantikkan blog? anda rajin la google. Jangan mengharapkan orang datang menyuap anda. yakin anda mampu lakukan.percaya diri anda 


Pendamba berharap entri kali ni dapat membantu anda semua. yakin pada diri anda. jika anda melihat blogger lain berjaya, jangan fikir dia senang untuk berjaya tapi fikir la berapa banyak halangan yang telah dia berjaya tempuhi untuk berjaya. Anda fikir anda serba kekurangan?Pasti anda ada kelebihan yang anda mampu manfaatkan.sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

8 bicara cinta:

monologmalamhari said...

entry yang bagus .. hehe tapi saya masih lagi lemah dalm penulisan . hmm nk kna blja uat karangan balik . hehe .
blog awak bnyak mmbntu saya :)

Pendamba Mawar said...

fierul mesti ada kelebihan..cuba kaji balik.:) percaya diri taw

monologmalamhari said...

tu la . sekarng nie dok cuba baiki cara penulisan . :)

HaFizaH aYu said...

blog fiza pon byk kekurgan..dh tau klemahan tu tp still tangguh2 tuk settlekan.

yunZatie said...

good job dude

Ku Azhar said...

btl tu btl! T_T
knp la xde org nk dtg blog ku huhu

FarhanahAdzlan said...

agree dngan semua statement kat atas=)

Falling . said...

npe la ??? npe?? npe?? huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD